Skip to content

MoU Air: Tolak tawaran S’gor, Pusat jangan langgar janji

March 11, 2014
Mar 11, 2014
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Sementara Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan komitmen tinggi untuk menyelesaikan kemelut air di negeri itu dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), namun Kerajaan Pusat dilihat mula ‘bermain wayang’.

Semalam, 10 Mac merupakan tarikh akhir bagi empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Konsortium ABBAS Sdn. Bhd. untuk memberi jawapan balas terhadap tawaran pengambilalihan RM9.65 bilion dari kerajaan negeri.

Bagaimanapun dalam laporan Bursa Malaysia semalam menyebut, tiga daripada syarikat konsesi itu iaitu Splash, PNSB dan Syabas menolak tawaran itu dan hanya ABBAS menerimanya.

Splash didakwa menolak terus tawaran itu manakala PNSB dan Syabas menolaknya dengan bersyarat.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk memastikan kesemua syarikat konsesi ini menerima tawaran kerajaan negeri seperti yang diputuskan dan dipersetujui dalam MoU yang ditandatangan kedua-dua pihak 26 Februari lalu.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata dengan kegagalan kerajaan pusat ‘memujuk’ syarikat konsesi itu, maka kerajaan negeri Selangor tidak perlu lagi mempercepat kelulusan untuk penerusan pembinaan projek Langat 2.

Ianya termasuk kelulusan seperti hak tanah, kebenaran akses dan permit lain biarpun ianya perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari menandatangani MoU itu .

“Seperti yang dinyatakan diatas, kerajaan persekutuan telah gagal untuk memujuk syarikat konsesi ini untuk menerima tawaran di atas .

“(Oleh itu) Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi perlu untuk memberikan semua kelulusan tambahan yang diperlukan Langat 2 untuk hak tanah, kebenaran akses dan permit lain,” kata beliau dalam satu kenyataan.

MoU air Selangor dan Pusat ditandatangan oleh Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bulan lepas dengan disaksikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Di bawah MoU itu, Selangor akan mengambil alih operasi empat syarikat konsesi air – SYARIKAT Bekalan Air Selangor Bhd              (Syabas) , Puncak Niaga Sdn Bhd ( PNSB ), Konsortium Abbas Sdn Bhd dan SYARIKAT Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd         (Splash ) – dan letakkan bawah milik Kumpulan Darul Ehsan Sdn Bhd

Sebagai pertukaran, Selangor bersetuju untuk meluluskan perintah pembangunan bagi loji rawatan air Langat 2 dan memastikan semua kelulusan yang diperlukan akan diberikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU dimeterai.

“Kini terpulang kepada kerajaan persekutuan untuk mengumumkan komitmennya dengan mengumumkan bahawa ia akan segera menjalankan semua kuasanya di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA ), terutamanya menggunakan Fasal 114 untuk mengambil alih secara wajib syarikat-syarikat air ini berdasarkan model pampasan yang dinyatakan di dalam perjanjian konsesi, “kata Pua.

Sementara itu, AJK PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad pula berkata, penolakan tawaran oleh syarikat konsesi itu menunjukkan bahawa kerajaan negeri berisiko “dipermainkan” oleh Pusat.

Ianya sekaligus akan menjejaskan kepentingan rakyat negeri Selangor, kata Dzulkefly lagi.

“Saya menyokong penuh pandangan Tony Pua. Ternyata pusat telah membelakangi komitmen awal yang dimeterai dalam MoU sebelum ini. Ini yang kita khuatirkan sebelum ini.

“Kini pusat perlu tunjuk komitmen dengan menggunakan Fasal 114 dan 191 WSIA dan kerajaan Selangor perlu menggunakan haknya melalui klausa 6 dalam MoU tersebut,” tegasnya.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: