Skip to content

Majlis Presiden Pakatan Rakyat sokong inisiatif MB TS Khalid Ibrahim

March 7, 2014
Mar 07, 2014
HARAKAHDAILY

 KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menstrukturkan semula industri air negeri Selangor, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, 6 Mac lalu setelah menerima penjelasan Abdul Khalid (gambar) yang dipanggil kkusus untuk menyampaikan taklimat.

Hadir pada mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan Anwar selaku Ketua Umum PKR.

“Di dalam mesyuarat tersebut, pimpinan Pakatan Rakyat telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi serta memberikan nasihat dan pandangan bagi memastikan proses penstrukturan industri air ini memberikan pulangan dan natijah yang terbaik kepada Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat Selangor, termasuk perkara-perkara yang disentuh di dalam MoU di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan,” jelas Anwar dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau menambah, di dalam konteks penstrukturan industri air ini Kerajaan Negeri Selangor juga akan terus mendapatkan maklum balas daripada jawatankuasa khas Pakatan Rakyat yang diwakili Rafizi Ramli (PKR), Tony Pua (DAP)dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS).

Menurut Anwar, pimpinan Pakatan Rakyat juga bersetuju agar  pakar perundangan, Tommy Thomas dilantik sebagai wakil bebas mewakili rakyat Selangor bagi memastikan perjanjian yang kukuh di sisi undang-undang guna menjaga kepentingan rakyat Selangor.

“Mereka akan bertanggungjawab bekerjasama dengan Kerajaan Selangor di dalam pelaksanaan penstrukturan industri air ini termasuklah menyemak dan memberi maklum balas kepada perjanjian-perjanjian yang bakal ditandatangani oleh Kerajaan Selangor di dalam isu ini,” tegas Anwar.

Kenyataan media Anwar ini dikeluarkan bagi menjawab dakwaan liar media massa pro-BN khususnya Utusan Malaysia semalam yang mendakwa kononnya wujud perbalahan antara Abdul Khalid dan para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Anwar dalam proses penstrukturan semula industri air Selangor.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: