Skip to content

Kenapa guru tidak puas hati dengan PBS..Bagaimana Pendidikan mahu cemerlang kalau pembuat dasar tidak cemerlang ya?

February 23, 2014

| February 23, 2014

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya menyedari masalah itu.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan YaPETALING JAYA: Kenapa guru tidak puas hati dengan penaksiran berasaskan sekolah (PBS) 2014?

Komputer tidak cukup bagi memasukkan data sehingga mengakibatkan masalah sistem.

Guru terpaksa bangun awal pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke dalam sistem pelayan kementerian.

Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas.

Demikian antara rungutan dan dakwaan guru di Kuala Lumpur.

Bekas Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Sobry Ahmad berkata, Kementerian Pendidikan terburu-buru melaksanakan PBS kerana belum ada projek perintis dilaksana sebagai perbandingan.

“Projek perintis tidak ada, jadi bagaimana kita hendak mengadakan sistem baru ini (PBS) lebih baik dan berkesan daripada sistem sedia ada?” tanya beliau.

Sobry menambah, PBS ini boleh mewujudkan persaingan sesama sekolah dalam usaha untuk pengktrifan dan menarik pelajar ke sekolah mereka.

Sedang berlaku di China

Katanya, ini yang sedang berlaku di China dan beberapa negara lain.

“Masalah PBS ini berlaku kerana guru dan pegawai pendidikan tidak mendapat penerangan atau penjelasan dari pihak kementerian, akibatnya mereka tidak faham.

“Masalah lain lagi ialah kemudahan sekolah yang terbatas hingga menimbulkan kesukaran kepada guru,” kata Sobry.

Manakala Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mendakwa Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia yang tetap meneruskan taklimat berkaitan pelaksanaan PBS  sedangkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan penangguhan.

Berikutan bantahan berterusan, Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari telah ditukar daripada tempatnya bertugas.

Bagaimanapun,  Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya menyedari masalah itu.

“Kita tahu beban yang tinggi…sistem dikatakan jammed (tergendala) kita betulkan dan upgrade (menambah baik) serta kita laksanakan sistem di mana data yang kita masukkan tidak akan hilang.

“Kita minta guru bersabar…kalau ada tidak faham beritahu kita dan kita duduk semeja serta selesaikan masalah sebab inilah kehendak rakyat,” katanya seperti dilaporkan baru-baru ini.

Semalam sekumpulan guru mengadakan bantahan terhadap PBS itu.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: