Skip to content

Muflis: K’jaan digesa rangka pendekatan tingkat pendapatan rakyat

February 20, 2014
Feb 19, 2014

ANIS NAZRI (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR: Melihat kepada angka muflis yang semakin meningkat dan membimbangkan, kerajaan digesa mengambil satu langkah jangka panjang bagi mengatasi perkara tersebut dengan merangka satu polisi baru.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad, menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membentangkan Akta Pendapatan Adil (Fair Wage Bill) dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat, sekaligus mengelak bertambahnya bilangan muflis di negara ini.

Tegas beliau, dengan meningkatnya pendapatan rakyat, kerajaan akan mendapat lebih banyak sumbangan ekonomi daripada rakyat ekoran kuasa membeli rakyat yang turut meningkat.

“Kita perlu sedar, keadaan muflis ini berlaku kerana ada sesetengah rakyat sudah tidak mampu membayar segala kenaikan yang berlaku sejak kebelakangan ini. (memang ada yang bertabiat boros dan culas). Ditambah pula dengan keadaan negara yang mengalami inflasi yang kini semakin meningkat 3.2 peratus,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dzulkefly berkata risiko meningkatnya situasi muflis ini apabila kadar pinjaman semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka turut naik, sekaligus meningkatkan ansuran bulanan kereta, rumah dan pinjaman peribadi.

Katanya tindakan itu kan menyebabkan semua institusi perbankan negara turut menaikkan kadar pinjaman purata mereka dalam semua bentuk pinjaman dan bakal ‘melahirkan’ lebih ramai rakyat muflis di negara ini.

Jelas beliau, kenaikan OPR tersebut pasti berlaku memandangkan ketika ini negara sedang mengalami inflasi sebanyak 3.2 peratus.

Bagaimanapun, Dr. Dzulkefly yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengingatkan rakyat untuk berbelanja secara berhemah bagi memastikan diri mereka tidak terbeban dan menjadi muflis..

sambung baca….

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: