Skip to content

Pahlawan dakwa tindakan ke atas Mejar Zaidi ugutan kepada pengundi tentera

February 14, 2014

OLEH MD IZWAN (TMI)
February 14, 2014

Asri Buang semasa berucap di majlis perasmian mesyuarat agung kali ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) yang diadakan di Kelab Darul Ehsan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2014.Asri Buang semasa berucap di majlis perasmian mesyuarat agung kali ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) yang diadakan di Kelab Darul Ehsan. – Gambar

The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2014.

Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) mendakwa tindakan mengheret Mejar Zaidi Ahmad ke Mahkamah Tentera sebagai ugutan kepada pengundi tentera.

Kumpulan NGO bekas anggota keselamatan itu menuduh pendakwaan ke atas bekas Pegawai Pemerintah Skuadron 12 Pengkalan Udara Diraja Malaysia (TUDM) tersebut bermotifkan politik demi menjaga pemerintah Barisan Nasional (BN).

“Tindakan seperti ini seolah-olah ingin menggugut anggota tentera semasa pilihan raya akan datang.

“Kami melihat kepentingan negara mengatasi segala-galanya,” kata presidennya, Asri Buang dalam sidang media sempena perasmian mesyuarat agung kali ke-2 Pahlawan hari ini.

Asri juga mendesak supaya pertuduhan ke atas Zaidi digugurkan supaya imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak tercalar dengan kontroversi tersebut.

“Dengan ini Pahlawan mencadangkan pertuduhan terhadap Mejar Zaidi digugurkan serta-merta demi menjaga imej dan maruah ATM,” katanya lagi. – 14 Februari, 2014

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: