Skip to content

Penjelasan mengapa saya tidak menerbitkan Naratif Penuh “Rencana Kajang”

February 7, 2014

 

  1. Jutaan maaf dipohon kerana akhirnya saya gagal menunaikan janji untuk menerbitkan tentang “Rencana Kajang”. Sudah melepasi seminggu seperti yg saya janjikan dalam Fb saya. Mungkin ada kawan2 yang masih tunggu.
  2. Saya ungkapkan istilah ini sementara saya  sedar sudah ada istilah “Serampang Kajang” atau “Kajang Move” yang diperkenalkan. Hanya AlLah lebih mengetahui betapa saya telah menulis (dua versi dan dua kali mengeditnya) pengkisahan atau naratif tentang Rencana Kajang (RK) ini dari perspektif pandangan saya.
  3. Namun ketika saya lakukan “self-censorship” dan mendapati bahawa tulisan tersebut sememang melangkaui ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat JK Lujnah Politik (dimana saya adalah salah seorang anggotanya), maka saya tidak punya pilihan lain kecuali untuk tidak menerbitkannya buat sementara ini. Mungkin untuk bahan post-mortem.
  4. Ya. Saya bercadang membuat sedikit penjelasan. Apakah saya sudah hilang kebebasan berkarya sebagai seorang ahli Parti-Jamaah dan berkebetulan mengemudi Pusat Penyelidikan atau seorang Pemikir parti? Tidak. Saya tidak pernah merasakan sedemikian. Saya menyimpang sedikit di sini bagi memberikan  pencerahan kalau dizinkan di dalam hal ini. Ini fokas penulisan ini. Posting seterusnya (dah pun siap) saya akan buat atas Rencana Kajang yang telah saya olah untuk bacaan di tahap ini.
  5. Dalam Islam, seorang seorang Muslim dipegang dengan janjinya..’Al-Muslimun ‘inda syuruutihim”. Tambahan AlLah SWT berfirman : “Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janjimu setelah engkau berjanji”…’awfu  bil ‘uqud’. (Al-Maidah:1).
  6. Mereka yang berjanji ta’at setia kepada kepimpinan jamaah’ (yakni berbai’ah), menjadi kewajipan ‘mendengar dan menta’ati’ arahan kepimpinan ‘selama tidak membawa kepada kemaksiatan kepada AlLah’ (hadith – La tho’atin makhluuqin fi maksiyatil Khaliq). Dalam riwayat hadith yang lain had keta’atan dibatasi dalam perkara-perkara “Kufran Bawwahan”  yang dilakukan pemimpin atau “Kufur yang Nyata”  atau kufr yang tidak ada pertikaian dan disepakti Kufr oleh Ulama, lalu ketaatan kepada kepimpinan gugur atau tidak perlu ditaati.
  7. Adapun dalam hal-hal yang tak bersabit dengan persoalan hukum seumpama polisi-dasar atau pun ‘pendirian-pendirian’ politik parti (mawqif atau mawaqif siyasi) dan tidak sabit dengan persoalan Aqidah (atau Kekufuran), maka kami yang berbai’ah dalam perjuangan ini, punya tanggungjawab untuk mentaati  urusan-urusan atau hal-hal yang telah dimusyawwarahkan lantas diputuskan ( atau dijitihadkan) oleh pimpinan diperingkat Eksekutif yakni AJK PAS Pusat dan Legislatif yakni Majlis Syura dan Muktamar. Pendirian tentang “Rencana Kajang” ini adalah satu contohnya.
  8. Dengan kata lain, perkara-perkara yang telah ditetapkan Jama’ah yang pada asal hukumnya tidak Wajib ke atas individu Muslim lain tetapi menjadi ‘Wajib’ ke atas kami justeru Bai’ah dan Janji kami adalah diisitlahkan sebagai ‘Wajib Haraki’. Sebagai contoh sahaja, Kalau Jama’ah mewajibkan ahli-ahli membaca Al-Ma’thurat atau Al-Quran setiap selepas Solat Subuh, maka membaca itu adalah kewajipan bagi mereka yang mempunyai bai’ah walaupun tidak wajib bagi Muslim lain kerana menunaikan tuntutan Janji (atau Qasm-Sumpah Ta’at setia).
  9. Inilah yang dikatakan  disiplin (Indhibat) dalam Jama’ah Islam atau Disiplin Haraki. Itu teori dan amalan secara turun-temurun diamalkan oleh Gerakan Islam seperti Al-Ikhwan Al-Muslimun, Jama’at Islami dan lain lain termasuk kami dalam Parti Islam SeMalaysia PAS. Namun samada diamalkan atau tidak tergantung kepada tahap iltizam Kepimpinan dan Keahlian.
  10. Penting juga untuk saya tegaskan bahawa Islam mensyari’atkan dan mewajibkan kepimpinan Jamaah atau Parti dan seterusnya kepimpinan Negara untuk melakukan ‘Syura’ dalam setiap urusan perjuangan dan tadbir-urus dalam Tata-Kelola Pemerintahan.
  11. Ijma’ dikalangan Ulama (satu contoh sahaja;  Sheikh Mustafa Siba’i dalamnya Kitab ‘Syura Dalam Islam’ dan ramai lagi) meletakkan amalan Syura sebagai kritikal dan boleh  digugurkan seorang pemimpin yang terus-terusan membelakangi tuntutan Syura ke atasnya.
  12. Kembali kepada soalan apakah saya takut atau tidak lagi bebas atau parti mengekang ahli atau lebih negatif lagi kami taksub kepada parti…kesemua ini harapnya semakin  jelas letak duduk perkara ini. Dengan kata lain prinsip kami “Ta’at Bersyarat..Ingkar Bersebab”.
  13. Ini erti dan konsep ‘Kemerdekaan’ atau Freedom’ dalam Islam,  yang mampu menangani gejala  ‘Anarki atau Permissive(Al-Ibahiyyah)  dalam kehidupan manusia kini yang semakin kucar-kacir dari sudut tabi’at berorganisasi (Organisational Behaviour).Tidak timbul isu kami dibelenggui atau dibatasi kerana konsep Islam sebenarnya ialah “Hak rakyat ke atas Kepimpinan ada dua (2) yakni “Syura wa ‘Adalah” (Hak dibawa Perundingan dan ditegakkan Keadilan) dan “Hak kepimpinan ke atas Rakyat ada juga dua (2)yakni “Ta’at wa Nusrah” (Keta’atan dan Dokongan rakyat).
  14. Bersimpang siur kehidupan dan tamaddun manusia hari ini adalah kerana konsep ‘kebebasan tanpa batas’ atau ‘unbridled and unfettered freedom’.  Kalau di amati dalam ahli fikir Barat sekalipun mereka masih menganjurkan  ‘With Freedom comes Responsibility’ atau ‘Dengan Kebebasan Datangnya Kewajipan-Tanggungjawab’. Dimana punca ‘Kebebasan Tanpa Batas’?
  15. Kesimpulannya saya tidak menerbitkan penulisan “Rencana Kajang” sebab saya mahu menta’ati ‘arahan kepimpinan’ untuk tidak melangkaui ketetapan parti atas sebab-sebab yang diputuskan sebagai menasabah dan perlu dalam perjuangan (matlub haraki) ditahap ini.
  16. Sebaliknya, bagi tidak mengecewakan sahabat2 sekelian, saya akan terbitkan pemikiran saya tentang “Rencana Kajang” pada kadar dan penegasan yang wajar dalam ruang-lingkup mawqif (pendirian) parti.

Ribuan Maaf sekali lagi ya. AlLahu Musta’an.

Akhukum FilLah.

Dzulkefly Ahmad.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: