Skip to content

Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor daripada Umno jika Najib jatuh

January 29, 2014

OLEH MD IZWAN (TMI)
January 29, 2014

PKR mengambil langkah berjaga-jaga jika plot penyingkiran perdana menteri berjaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.PKR mengambil langkah berjaga-jaga jika plot penyingkiran perdana menteri berjaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes  pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.

“Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.

“Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.

“Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku.

“Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

“Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.

“Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara,” katanya.

Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya.

“Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai ‘Langkah Kajang’ sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.

Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka.

PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan.

Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.

Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin.

Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi.

Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor. – 29 Januari, 2014.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. jamaludin permalink
    January 30, 2014 3:07 am

    Apa yang dikatakan oleh Rafizi bukan di tahap tafsiran atau satu cebisan khayalan dan rekaan semata mata. Analisa beliau mantap.

    Memang tidak dapat dinafikan ketegangan akibat dari perbedaan pendekatan mengendali Selangor diantara MB dan Azmin telah banyak mengeruhkan dan menggencatkan suasana politik, pentadbiran dan pembangunan Selangor. Apa yang ditakuti pula bisa memesongkan tujuarah mengkuat dan memulihbaik mutu persembahan perkhidmatan kerajaan negeri.
    PR juga amat mengerti “perbalahan” dua kem ini telah di perguna sepenuh penuhnya oleh Umno. Tapi, telah ada agenda yang lebih besar lagi yang patut diambil faham dan yang sedang dan telah diskripkan untuk a) mengasing-kurungkan atau memencilkan/isolate pengaruh dan kekuatan kerajaan negeri Selangor, b) kalau boleh meranapkan atau mengkucarkacirkan serta melemahkan sayap sayap kerajaan negeri selangor, c) serentak itu menjatuhkan Najib agar memberi laluan dan meletakkan kepada penganti nya dan memposisikan beliau seluas luasnya menganyang kerajaan negeri Selangor.

    Mengapa Selangor disasarkan? Untuk memenangkan PRU14 dengan apa cara/by any means necessary. Bagi Umno, Selangor penghalang dan penghambat utama dan boleh merosakan perancangan yang telah diskripkan oleh Mahathir. Untuk tujuan ini, Najib ditafsirkan suatu beban politik dan tidak berguna. By nature, Najib is very indecisive person and politician. Therefore, he has to go, politely or impolitely.

    What is the best option for PKR and PR? Together they have to fortify Selangor. That is where AI is in to strengthen every nuts and bolts of the political machine of PKR Selangor to shield off impending Umno blitzkrieg. There is question that this blitzkrieg is definitely coming and with the intention to neuter Selangor.

    Anwar’s 26 January “olive flower” political reach out to Najib in the form of proposal for national consensus has two prong strategy, a) to fortify Selangor, b) to offset devil incarnate Mahathir’s chess moves and his impending hero welcoming.

    Will this proposal necessitate into national unity government between BN and PR? It is too early to talk about it. However, its likelihood is in the making and it is an iffy question no more. One main ingredient on negotiating table will be the national agenda to blunt political and religious extremism and behaviorism.

    Gambaran yang lebih besar ini harus difikirkan bersama sama. Mari kita selamatkan negara dari pimpinan yang keserakahan hawa nafsu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: