Skip to content

Polisi Automotif Nasional – Kenapa tak lakukan yang terbaik?

January 21, 2014

Harga kereta: NAP hanya kosmetik, setengah masak (Harakahdaily)

Dalam ramai melihat isu pemotongan duti eksais dan permit import (AP) tidak disentuh dalam Pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014), PAS melihat secara ‘big picture’ menyifatkan pengumuman itu hanya sebagai kosmetik semata-mata.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengumuman NAP2014 oleh kerajaan semalam tidak lebih kepada tempelan dan jauh lagi untuk berdepan cabaran sebenar.

Menurut Dr. Dzulkefly, NAP juga dilihat dibuat dalam keadaan cuba mengaut keuntungan satu pihak iaitu DRB-HICOM.

“DRB yang dimilikki 55.9% oleh Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary bakal menyaksikan keuntungannya melonjak kerana DRB sememang mempunyai kepentingan ekuiti di dalam Honda Malaysia, pengedaran untuk kereta Mitsubishi dan kerjasama pembuatan dengan Volkswagen,” katanya.

Baca kenyataan beliau seperti berikut:

1.Disamping apa yang jelas menjadi kemarahan rakyat tentang kedudukan AP (Approved Permit) yang masih mahu dikaji selepas Tahun Baru Cina, amarah rakyat juga naik ke paras yang membuak apabila Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) tidak mengumumkan tentang penghapusan Duti Eksais. Cukai ini yang bertanggungjawab -mengekalkan harga kereta pada paras yang tinggi. Ia adalah dasar dan kaedah bagaimana kerajaan melindung perusahaan automobile di Negara ini yakni Proton yang merupakan milik kerajaan dahulu. Namun, Proton jelasnya bukan lagi milik kerajaan tetapi milik swasta!

2. PM Najib boleh iltizam dan komited untuk melakukan ‘rasionalisasi subsidi’ walaupun akan membebankan rakyat, tetapi apabila sesuatu tindakan jelas merugikan atau menjejaskan kepentingan ‘kroni2nya’, maka dia tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk merungkaikan atau menamatkannya walaupun dengan berbuat akan mendatang penambahan pendapatan, mengurangkan beban kepada rakyat  dan merancakkan lagi ekonomi. Ini hakikat yang terserlah dalam kes AP yang telah pun disaran oleh pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat supaya menghentikan pemberian AP atau melelongkan AP kepada pembida secara terbuka dan dari jumlah yang dikeluarkan sekarang, boleh sahaja menjana pendapatan baru sebanyak RM2.5 bilion ke RM3bilion.

3. Kedua-dua isu AP dan Duti Eksaiskan kekal menjadikan rakyat terbeban pembiayaan bulanan yang tinggi (20% dari jumlah pendapatan bulanan) sekaligus mengurangkan pendapatan boleh berbelanja rakyat.

4. Penelitian terperinci akan menjadikan rakyat lebih marah apabila rakyat sedar bahawa yang mengaut keuntungan besar ialah satu pihak yakni DRB-HICOM! Disamping mengekalkan inspeksi sukarela (voluntary inspection) oleh 55 Pusat Inspeksi Puspakom yang dimilikki DRB-HiCOM, NAP juga akan kemudiannya menjadikan ia satu  yang wajib atau mandatory bukan sahaja kepada kenderaan komersial tetapi juga kepada private atau ‘passengers’.

5. Dasar NAP yang baru dilancarkan memberikan pelbagai insentif yang ‘boleh dirundingkan’ (negotiated basis) untuk menggamit FDI dari pemain-pemain gergasi automotif asing ke dalam industri automotif ini khususnya kepada bidang pembuatan ‘enegry-efficient vehicles’ atau EEV.

Bersambung di sini…

Also read:

PAS claims ‘cronies’ are NAP big winners(MKini)

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: