Telah diramalkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan ‘professionals’ untuk mengesah dan menyokong tindakan ‘menggila’ mereka menaikkan apa juga yang boleh dinaikkan. Golongan ini adalah ahli-ahli ekonomi.
Najib guna pendekatan ‘conditioning’ minda bagi mengurangkan kejutan kepada rakyat. Najib percaya rakyat mudah untuk terima penerangan pakar-pakar ini.
Kedua-dua mengingatkan pengguna-rakyat bahawa inflasi akan melonjakkan ke paras Indeks Harga Pengguna (CPI) 3% tahun depan berbanding kenaikan ke 2% dalam Oktober setelah penarikan subsidi akibat kenaikan petrol dan diesel dikenakan pada bulan September lalu.
Ramalan inflasi agresif ini tidak perlu pakar untuk buat. Ia pasti nanti akan berlaku selepas kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam seperti LRT dan monorel serta kadar tol 13 lebuh raya untuk tahun 2014. Ini selepas subsidi gula tamat baru-baru ini.
Pakar ekonomi ini juga menjangkakan dinaikkan beberapa kali lagi kos bahan bakar iaitu petrol dan diesel.
Sebaliknya rakyat makin mula gerun memikirkan dan tidak boleh membayangkan kesan ke atas inflasi yang pastinya lebih daripada CPI 4% yang diwawarkan oleh beberapa pakar lain.
Kalau kenaikan harga ni adalah untuk kebaikan rakyat semua seperti dilapurkan, mungkin bagusnya semua barangan, jangan terhad kepada petrol,tol,beras,cukai,tambang sje, dinaikkan juga supaya rakyat boleh menikmati keseronokan hidup mahal . Kita sokong harga naik untuk semua barangan.