Skip to content

Apa lagi yang Najib mahu naikkan?

December 5, 2013
Dec 05, 2013, Dr Dzulkefly Ahmad (Harakahdaily)

Kerajaan PM Najib-BN semacam orang ‘kemaruk’ persis ‘baru lepas berpantang’. Sejak pembentangan Budget 2014, Najib tidak lagi peduli akan kesan tindakan polisi-polisi kewangan yang membebankan kepada rakyat khasnya rakyat yang berpendapatan rendah.

Yang pentingnya beliau kini adalah untuk mengatasi bebanan hutang yang hampir sangat mencecah had statutori yang tidak diizinkan undang-undang yang digubal sendiri oleh BN satu ketiaka dahulu. Najib baru mengakui bahawa negara akan bankrap kalau langkah drastik dan konkrit tidak diambil segera. Najib semacam orang baru sedar dari koma atau mimpi negeri yang panjang. Kerana terlalu bermewah dan boros dahulu kini tindakan beliau dalam kegusaran dan perhitungan beliau serba tak kena nampaknya.

Kalau Maybank Investment Bank (IB) pada Oktober lalu mengumumkan inflasi paling tinggi dalam tempoh 20 bulan kerana kenaikan 20 sen RON 95 dan diesel pada September 2013 lalu, maka rakyat mesti bersiap dengan kenaikan inflasi yang paling parah pada tahun depan ini akibat pelbagai kenaikan yang dilakukan kerajaan Najib mutakhir ini.

Semasa mengumumkan tentang pengenalan GST dalam Belanjawan 2014,  Najib telah pun telah isytiharkan penarikan balik subsidi gula sebanyk 34 sen sekilo. Pelbagai alasan diberikan untuk kesihatan rakyat. Harga gula melonjak dari RM2.50 sekilogram ke RM2.84 sekilogram.

Kenapa harga runcit adalah lebih mahal dari harga pasaran gula mentah dunia adalah kerana isu monopoli. Gula diimpot oleh dua syarikat yang diberikan AP yakni Felda Global Venture dan Tradewind.

Tetapi lebih pelik lagi, kedua-dua telah membeli gula secara kontrak jangka panjang yang dibuat oleh kerajaan sendiri bagi pihak mereka dari pembekal gula mentah dunia. Meskipun harga gula dunia turun, kontrak jangka panjang yang kerajaan meterai adalah pada harga lama yang lebih tinggi.

Sepatutnya kerajaan mesti letakkan risiko turun-naik harga pasaran komoditi ini (hedging) ini kepada pembekal gula yang mengimpot. Maka jelasnya kroni terus membuat keuntungan ratusan juta RM sementara rakyat tanggunglah impak kenaikan harga gula sebab kononnya kerajaan tak sanggup lagi menampung subsidi.

Hakikatnya yang disubsidi adalah 2 syarikat kroni yang terus untung hampir RM1 bilion mengikut dakwaan sesetengah pihak. Inilah yang dikatakan ‘Celaka’ yang menimpa rakyat!

Sambung baca di sini..

(Penulisan ini pertama-tama terbit atas tajuk: Apabila Najib kemaruk naikkan harga’ (The Malaysininsiders).

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: