Skip to content

Perwakilan – Pemenang sebenar Muktamar PAS ke-59

November 29, 2013

Dzulkefly Ahmad, November 29, 2013

Muktamar PAS ke-59 baru sahaja melabuhkan tirainya. Segala teka-teki dan telahan daripada hal pemilihan sudah terjawab secara muktamad. Segala kegawatan dan hingar-bingar pemilihan wajar berakhir. Pemenang diumumkan serta yang tidak terpilih juga reda dengan keputusan.

Dalam tradisi parti Islam ini seingat penulis, tidak ada dakwa-dakwi selepas pemilihan. Apatah lagi untuk membatalkan keputusan pemilihan kerana ada perwakilan yang tidak layak atau cawangan-kawasan yang tidak sah.  Jauh lagilah untuk mendakwa atau membatalkan pemenang kerana menyogok perwakilan atau terpalit dalam ‘politik wang’ atau rasuah.

Ini antara keunikan dan sifat ‘tamayyuz’ Parti Islam Se-Malaysia, PAS . Bukan hendak ‘masuk bakul angkat sendiri’ tetapi sekadar menegaskan ‘imperatif’ atau kemestian yang sudah turun-temurun menjadi amalan budaya parti ini.

Yang menang sebak kerana mengalahkan ‘lawan’ yang diakui punya kelebihan daripada dirinya apatah lagi yang dikalahkan adalah  sifu politiknya dan abang  atau ‘senior’ dalam perjuangan. Yang kalah pula berjiwa besar untuk berdiri memberi hormat kepada yang menang bahkan meredakan suasana haru dan pilu yang mencengkam jiwa masing-masing.

Penulis sememangnya layak merakamkan jutaan tahniah kepada semua calon yang mengambil bahagian. Ya, mereka wajar dirakamkan tahniah kerana kesediaan untuk menggalas tanggungjawab. Itu sahaja cukup untuk mereka mendapat sekalung tahniah.

Yang sah menang lebih layak lagi diucapkan tahniah dan takziah kerana memang sah mereka akan dibebankan dengan tugasan berat kepimpinan. Dalam perspektif Islam, ‘Kepimpinan bukan habuan tetapi beban’.  Memecah tradisi yang lazim, penulis tidak berasa terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang.  Bukan untuk kali ini.

Lebih penting lagi di sebalik kehangatan berkempen menonjolkan calon masing-masing, persoalan yang berlegar dalam minda perwakilan berpusat di sekitar hal dan orientasi ‘pendekatan serta strategi politik’ pasca-Muktamar atau yang bakal diikuti parti Islam ini. Bukan ‘peribadi atau individu’nya tetapi ‘saf dan gerombolan’nya yang sebenarnya dinanti-nantikan oleh semua. Individu penting tetapi saf adalah lebih penting.

Betul. Calon yang menang inilah bakal menganggotai saf kepimpinan eksekutif bersama Presiden parti yang menang tanpa bertanding dan kini menanti ‘hulubalangnya’. Saf inilah yang akan mewarnai, mengangkat dan menentukan persoalan besar strategi dan pendekatan parti Islam ini. Siapa yang memilih mereka? Perwakilan!

Dek kerana itulah penulis mahu mengajak seluruh anggota parti Islam ini memberikan satu ‘tabik hormat’, satu ‘standing ovation’  buat  pemenang ‘sebenar’  yang belum lagi diumumkan dalam pemilihan dalam Muktamar ke-59 ini.

Nah, setelah selesai segala pemilihan dalam satu persaingan yang sangat bersejarah dan punya naratif atau pengkisahannya tersendiri, yang nyata menang adalah perwakilan. Sebabnya jelas. Kerana perwakilanlah yang menentukan saf yang paling ‘sesuai dan wajar’ untuk terus mengemudi perjuangan parti ini bagi menyelesaikan segala kemelut yang bersimpang-siur kini dan bersama membuat persiapan mendepani cabaran PRU ke-14 nanti….Sambung baca.

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. November 29, 2013 5:47 am

    I dunno why PAS regards hudud as a cure all for the society. There are no hudud in the scandinavian countries but their society is considered one of the most civilised. Same with many anglo saxon and european countries.
    At the same time, there may be no crime in saudi, but nobody apart from the very few very religious people, would want to migrate there.

Trackbacks

  1. Perwakilan – Pemenang sebenar Muktamar PAS ke-59 | PROPAkini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: