Skip to content

Muktamar PAS: Hadi tegaskan PAS terus jadi rakan aktif Pakatan

November 22, 2013
MUKTAMAR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat dan mengingatkan bahawa PAS dan rakan gabungan dalam Pakatan “bukan penumpang”.

“Tetapi semua parti-parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap yang lebih maju dan seterusnya memikul amanah yang berat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-59 bertajuk “Rahmat Untuk Semua” di Stadium Malawati Shah Alam, pagi ini.

Menyoroti prestasi dalam pilihan raya umum lalu, Abdul Hadi berkata PAS dan Pakatan menyertai pilihan raya umum lalu, di padang yang tidak sama rata apabila rakyat dijanjikan dengan kempen, rasuah wang ringgit dan projek segera.

Kalah Kedah jangan lemah semangat

Sekalipun gabungan pembangkang itu berada dalam kekurangan, Abdul Hadi berkata, parti itu mampu bertahan dengan memenangi undi popular,

“Kedudukan kita yang sedemikian ini, hendaknya sedikit pun tidak melemahkan semangat kita semua untuk terus berjuang.

“Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula wajar diteladani tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan.

“Kita masih menjadi pilihan rakyat di DUN Sungai Limau Kedah, dalam pilihan raya kecil yang baru saja berlalu. Kita wajib muhasabah diri sendiri secara dalaman, bukan hanya menjadikan lawan sahaja sebagai penyebab kekalahan kita,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi menggesa semua kepimpinan PAS lebih gigih memadamkan dongeng di kalangan segelintir orang Melayu di luar bandar bahawa hanya Umno-BN sahaja yang boleh memerintah negara.

Katanya, tidak dinafikan sikap kebergantungan kepada parti pemerintah termasuk pegangan agama yang rapuh, tahap pendidikan dan ekonomi yang lemah, maklumat yang tidak sampai memerlukan satu kerangka strategi yang khusus dari PAS.

“Dalam masa yang sama juga, kita mestilah lebih memahami psikologi politik atau psiko-politik orang-orang Melayu di luar bandar dan pengundi atas pagar dalam memahamkan mesej kita.

“Dengan memahami psiko-politik pengundi Melayu ini, tindakan dan gerak kerja yang lebih tepat akan dapat dirangka dan dilaksanakan ke arah menarik mereka sebagai pengundi PAS bahkan sehingga mereka bersedia menjadi ahli PAS,” katanya.

Bukan derhaka pada k’jaan

Antara psiko-politik pengundi Melayu yang beliau gariskan dalam ucapannya adalah kegagalan membezakan bahawa Umno adalah kerajaan dan kerajaan adalah Umno sehingga membuahkan mentaliti:

i) Jika diubah parti pemerintah beerti meruntuh keseluruhan kerajaan seterusnya menimbulkan ketakutan terutamanya kepada pegawai kerajaan dan keluarga mereka.

ii) Harta dan jentera kerajaan adalah harta dan jentera Umno, menyebabkan mereka tidak menganggap salah perbuatan pimpinan Umno menggunakan sumber kewangan kerajaan dalam merasuah pengundi secara terang-terangan.

“Apa yang lebih parah ialah ada juga yang beranggapan bahawa menentang Umno-BN adalah satu kesalahan penderhakaan kepada kerajaan, seterusnya menghasilkan psikologi perasaan bersalah jika mengundi bukan parti pemerintah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggariskan tiga tindakan dan gerak kerja kerja untuk mengubah psiko-politik orang Melayu itu iaitu:

i) Memastikan semua aktiviti penerangan PAS mengubah dari frasa “menukar kerajaan” kepada “menukar parti pemerintah”.

ii) Memberikan kefahaman berterusan bahawa parti pemerintah boleh ditukar, manakala kerajaan boleh sentiasa kekal dan ditambah baik;

iii) menumbangkan parti pemerintah Umno bukanlah bermakna menumbangkan kerajaan kerana yang hendak ditukar ialah parti pemerintah bukannya kerajaan Malaysia.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: