Dr Dzulkefly Ahmad (Harakahdaily), | 21 Nov 2013 |
Sesungguhnya Muktamar PAS ke-59 bakal menempah sejarah dengan pengkisahan atau naratif yang tersendiri. Ia pastinya punya kelainan bukan hanya kerana ini tahun pemilihan. Pemilihan itu sahaja sudah cukup menarik dengan debaran dan bahangnya sedikit luar biasa untuk kali ini.
Yang ditunggu-tunggu semua pihak khasnya media, tempatan dan juga antarabangsa, bukan sahaja keputusan pertandingan jawatan-jawatan penting dalam pemilihan pada muktamar ini. Tentunya akan ada yang menang dan yang kalah. Pertandingan seperti ini sifatnya memang ‘zero-sum’ atau ‘kalah-menang’. Tidak boleh ‘menang-menang’. Ini juga lumrah.Nah, kalau begitu maka mengapa terlalu kaget atau perlu ‘panik’ dengan debaran dan suhu berkempen yang agak lain macam? Penulis tidak akan cuba melanjutkan ‘sindrom penafian’ sesetengah pihak termasuk dirinya sendiri kadangkali, seolah-olah ‘kesengitan’ itu tidak wujud, guna menyelamat parti yang disayangi.Benar keputusan itu penting dan pemilihan itu penting. Tidak juga dinafikan. Akan tetapi itu hanya alat atau wasilahnya? Yang menjadi tumpuan dan perhitungan pentingnya ialah ‘apa akan berlaku selepas pemilihan?’ Maksudnya?Ya. Yang menjadi perhatian semua pihak, kawan dan lawan termasuk media tempatan dan antarabangsa ialah ‘Apa perubahan selepas pemilihan?’
One thought on “Muktamar Ke-59: Di sebalik Pemilihan yang ditunggu-tunggu.”