Skip to content

PAS : Mahathir perlu nasihat Petronas tentang Program Pembangunan Vendor

November 14, 2013
Salmiyah Harun, Harakahdaily 13 Nov 2013

KUALA LUMPUR: Tun Mahathir Mohamed selaku penasihat kepada Petronas digesa bertanggungjawab menasihatkan syarikat minyak dan gas itu yang jelas telah mengenepikan pembangunan vendor bumiputera dan tempatan.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Program Pembangunan Vendor (VDP) dilaksananakan oleh Petronas untuk melahirkan sebanyak mungkin usahawan tempatan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Malangnya kata beliau, Petronas telah memperkenalkan dua program baru dalam proses mengambil alih peranan VDP iaitu Global Frame Agreement (GFA) dan Master Price Agreement (MFA).

Jelasnya, melalui sistem GFA pula, Petronas telah membenarkan syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di Malaysia untuk membuat urusan ‘direct award’ kepada ‘principal manufacturers’ di luar negara melalui anak syarikatnya Prime Sourcing International (PSI) tanpa perlu melalui syarikat pembekal tempatan yang kebanyakannya adalah usahawan Melayu dan Bumiputera.

“Kalau betul Petronas mengambil langkah seperti itu, apakah ia membawa keuntungan kepada Petronas, yang ini kami mahu ketelusan diberikan kepada rakyat yang mempunyai ‘share holders’.

“Malah ada persepsi pihak tertentu dengan langkah mewujudkan PSI ianya boleh dedahkan kepada ketirisan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.

Sementara itu, Fellow PPP Hafiz Jamal meminta Petronas menjelaskan hala tujunya yang sebenar sama ada mahu memberi ruang syarikat luar masuk atau mahu membantu syarikat tempatan….baca seterusnya di sini..

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: