Skip to content

Arahan Iklan GLC di Utusan, BH tak bermoral dan bercanggah Akta Persaingan

November 12, 2013

Harakahdaily,

11 Nov 2013

KUALA LUMPUR: Arahan kerajaan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negara menambah iklan di akhbar milik Umno termasuk Utusan Malaysia dan Berita Harian didakwa bercanggah dengan semangat Akta Persaingan 2010 yang dikuatkuasakan bermula Januari 2012 lalu.

Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan kerajaan itu bukan sahaja legally wrong, malah juga morally wrong.

Katanya, akta persaingan yang dikuatkuasakan tahun lalu itu bertujan untuk menggalakkan inovasi, meningkatkan kecekapan ekonomi dan menyediakan pasaran lebih baik.

Apabila pasaran menjadi lebih baik, syarikat-syarikat akan berkembang maju dan dapat menyediakan apa yang pengguna inginkan dengan kos lebih efektif berbanding dengan pesaing mereka.

“Namun dengan arahan agar GLC beriklan dengan Utusan dan Berita Harian sahaja bermakna kerajaan telah menutup hasrat untuk wujudkan persaingan sihat tersebut,” katanya kepada Harakahdaily.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, kelmarin berkata kerajaan mengarahkan 35 syarikat berkait kerajaan (GLC) utama negara menambah iklan di akhbar-akhbar milik Umno termasuklah Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Mengulas lanjut, Dzulkefy yang juga AJK PAS Pusat berkata, kenyataan Ahmad itu adalah lanjutan kepada apa yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 13 September lalu yang menyeru  GLC beriklan dengan Utusan Melayu (M) Berhad.

“Ini membuktikan bahawa perdana menteri bukan seorang berfikiran negarawan, tetapi masih terkongkong dalam pemikiran sempit kepartian.

“Bila arahan sebegitu dikeluarkan, apa perasaan syarikat-syarikat penerbitan lain. Itu bercanggah sama sekali dengan akta persaingan,” katanya lagi.

Bukti masalah kewangan

Sementara itu, beliau juga melahirkan keyakinan bahawa arahan kerajaan itu antara lain mahu menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu yang dipercayai sedang mengalami masalah kewangan.

“Ini nampaknya seperti kerajaan cuba billout syarikat yang sedang mengalami masalah kewangan,” katanya.

Sebelum ini Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua akhbar itu sedang mengalami penurunan jumlah edaran dari 203,704 (2005) ke 130,463 (2012) iaitu penurunan 36% bagi Berita Harian dan dari 213,445 (2005) ke 178,211 (2012) iaitu penurunan 16.5% bagi Utusan Malaysia (1).

Katanya, ditambah pula laporan Consumer & Media View oleh Nielsen yang menyatakan Utusan Malaysia khususnya menyaksikan jumlah pembaca berkurangan 8.6% menjelang PRU13 (2), dan persepsi yang timbul akibat kekalahan demi kekalahan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah berkait fitnah yang disebar akhbar tersebut.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: