Skip to content

PAS harap kemenangan hari pertama tahun hijrah bawa tuah – TG Nik Aziz.

November 5, 2013

November 05, 2013 (TMI)

PAS berharap kemenangan Sungai Limau adalah kemenangan hari pertama tahun Hijrah yang akan menjadi langkah kanan untuk PAS tahun ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam entri terbaru di laman Facebook miliknya melahirkan kesyukuran dengan kemenangan itu dan merakamkan tahniah kepada semua petugas, penyokong dan pengundi.

“Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah SWT yang mengurniakan kemenangan kepada calon PAS di DUN Sungai Limau Kedah kelmarin (semalam).

“Tahniah saya rakamkan kepada semua petugas, penyokong dan pengundi PAS yang ternyata menolak tawaran wang ringgit semata-mata untuk kekal istiqamah bersama-sama dengan PAS.

“Kemenangan hari pertama tahun hijrah 1435H diharapkan menjadi langkah kanan kita untuk terus melakar sejarah gemilang di pentas politik negara, Insya-Allah,” katanya.

PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti yang lebih kecil iaitu 1,084 undi.

Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, 37, memperoleh 12,069 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang mendapat 10,985 undi.

Pada pilihan raya umum pada Mei lalu, allahyarham Tan Sri Azizan Razak memenangi kerusi DUN Sungai Limau dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.

Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan kira-kira jam 9.00 malam.

Daripada 23,249 pemilih berdaftar yang keluar mengundi,  145 kertas undi diisytiharkan rosak.

PAS mengekalkan kerusi Sungai Limau sejak pilihan raya umum 1995. – 5 November, 2013.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: