Skip to content

Sidang Media 2.. Kifalah di’Kafankan’ dan KUIN serta Ma’ahad Tahfiz dimangsakan..Apa kerja positif kerajaan Umno-BN?

October 25, 2013

Selaku Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya PAS/Pakatan Rakyat N20 Sungai Limau merakamkan kesyukuran terhadap Allah kerana gesaan kami untuk menganjurkan politik damai, harmoni dan sejahtera disambut baik oleh pihak BN.

Bagaimanapun politik damai tidak bermaksud pertentangan dasar dan isu dengan pihak lawan diketepikan. Memandangkan media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil maka usaha mendedahkan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran BN, Negeri

Secara khususnya pada sidang media ini saya akan fokuskan kepada tiga isu yang merupakan sebahagian dari kegagalan kerajaan Negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

  1. Gagal untuk meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan.
  2. Gagal meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian. Skim kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10 ribu penerima. Kalau kerajaan terdahulu mampu, mengapa kerajaan BN tak mampu
  3. Hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji di dalam, apa yang dinamakan, Makmal Tranformasi. Nampaknya sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji dan mengkaji sedangkan tiada output bermanfaat yang boleh dihasilkan dari makmal tersebut setakat ini. Persoalan yang lebih asas daripada itu ialah benarkah wujud apa yang dikatakan ‘Makmal Tranformasi’ ini? Siapa panel penyelidiknya? Rakyat ingin tahu dalam beberapa kes kononnya untuk melakukan kajian tetapi tampaknya projek-projek tersebut seolah-olah dipetisejukkan atau mungkin dibatalkan terus. Contohnya Ladang Agroteknologi di Charok Genting Bunga, Ladang Rakyat Gunung Inas, Zipy dll.

Dato’ Ir Amiruddin Hamzah

Ketua Pembangkang DUN Kedah

25  Oktober 2013 

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: