Skip to content

Kenyataan Ahkbar PAS PRK N20 Sungai Limau 24 Oktober 2014.

October 24, 2013

Terima Kasih kepada rakan-rakan media yang bersama pagi ini dalam Sidang Akhbar kami di Markaz Besar PAS/Pakatan N20 Sungai Limau ini.

Saya selaku Pengarah Induk Jentera Pilihnanraya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau sekali lagi mengingatkan semua pihak khasnya pihak lawan, Umno-BN bahawa kami mahukan suasana pilihnaraya yang damai, harmonis dan sejahtara. Warga Dewan Undangan Negeri seluruhnya diberikan ketenangan bagi mereka membuat pilihan yang bermaklumat.

Kami tampilkan calon PAS/Pakatan Ustaz Mohd Azam sebagai penyambung kerja buat baik yang telah dimulakan oleh Al-Marhum Ustaz TS Azizan khususnya di DUN N20 Sungai Limau ini. Hari sidang akhbar ini akan menumpu kepada Visi Calon PAS.

pressSgLimauAda beberapa perkara yang ingin saya bangkit pada sidang akhbar pertama ini.

Pertama. PAS memandang serius strategi terdesak BN di PRK SG limau dengan memaksa pengundi untuk menunjukkan gambar kertas undi yang telah dipangkah BN sebagai bukti bagi mendapatkan habuan. Tindakan ini bukan sahaja menlanggar hak asai pengundi untuk memilih atas kebebasan malah scara terang melanggar prinsip-prinsip asas demokrasi.

SPR sebagai badan pengurus piliharaya dan PDRM sebagai pengutakuasa undang- undang hendaklah segera bertindak atas budaya politik kotor ini. Jentera pilihanraya PAS bersama badan panel peguamnya akan memantau secara terperinci perkara ini dan PAS pada bila- bila masa bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses pilihanraya berjalan dengan adil dan saksama menurut lunas undang-undang.

Setelah lima bulan memegang jawatan Menteri Besar (MB), rakyat masih belum nampak apa-apa kerja buat dan pelan besar yang dibuat oleh kerajaan negeri. Sementara rakyat tahu mahu beliau mengharap sangat untuk menang dan telah menghabiskan banyak waktu menangani urusaan pertandingan dalam partinya, rakyat di Sungai Limau khasnya dan Kedah umumya mengingtakan MB supaya memberi fokas tentang hal ehwal rakyat teramai.

Rakyat negeri Kedah khususnya merasa sedih dgn sikap kerajaan negeri yg tidak tahu menghargai usaha baik kerajaan lalu,khususnya dalam isu KUIN. BN dapat KUIN macam kera dapat bunga. Kerajaan negeri meninggalkan sebuah kampus induk yang begitu banyak kemudahannya, dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tetapi tidak digunakan, malah pelajar di arah pindah ke kampus asal yang serba kekurangan.

Begitu juga kegagalan kerajaan negeri melalui KUIN mengurus anak syarikat Insaniah Holding sehingga pembayaran gaji untuk kakitangan seramai 268 orang (asalnya) kini 5 bulan belum berbayar.

Dato’HJ Mahfuz Omar

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS PRKN20 Sungai Limau

24 Oktober2013

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: