Skip to content

Tahaaluf Siyasi dan PAS – Menantikan pengisian bukan kajian semula.

September 25, 2013

Tahaaluf Siyasi – Menantikan pengisian bukan kajian – Dzulkefly Ahmad

Syor kajian semula kedudukan PAS dalam muafakat politik Pakatan Rakyat khasnya dengan PKR, atau ‘Tahaaluf Siyasi’ dalam bahasa Arabnya menarik perhatian ramai. Akhirnya saya juga rasa terpanggil untuk menulis.

Untuk peringatan, mengadakan sesuatu muafakat atau koalisi (tahaaluf) adalah satu pendekatan strategik yang pernah dilaksanakan Rasulullah dalam sejarah perjuangan baginda mengikut perhitungan kepentingan “maslahah” perjuangan, serentak bagi mengelak atau mengurangkan kemudaratan “mafsadah”.

‘Tahaaluf’ adalah satu perkara ‘ijtihad politik’ yang dilakukan sesebuah kepimpinan gerakan Islam dalam mengemudi perjuangan parti atau organisasinya. Ia antara pendekatan dalam bidang ‘siyasah syariah’ yang diharuskan oleh syariat. Ia tentunya bukan perkara prinsip yang ‘tetap’ bahkan sebaliknya sentiasa tertakluk kepada perhitungan baik-buruk (maslahah-mafsadah) dalam sesuatu masa, realiti keadaan serta tahap perjuangan.

Dalam bahasa fiqhnya, ia tergolong dalam hal ‘ijtihadiyyah’ dan terangkum dalam perkara ‘Mutaghayyirat’ atau yang ‘boleh berubah atau tidak tetap’.

Justeru cadangan menilai semula sesuatu pendirian tentang pendekatan strategi politik adalah menasabah. Namun perlu ada kesediaan pihak pembentang untuk menyatakan secara terbuka, apakah perkara ‘mafsadah syar’iyyah’ – ‘kemudaratan  syariah’ yang menjadikan kerjasama dengan PKR dan DAP itu menjadi ‘mudarat’ kepada perjuangan PAS.

Kalimat  seperti memudaratkan perjuangan atau mafsadah syariah memang emotif dan sensasi. Penulis setelah membuat tinjauan mendapati ‘mafsadah’ (keburukan) yang dimaskudkan adalah kerana ‘kelemahan’ PAS tidak dapat banyak peruntukan kerusi, kurang kerusi menang dan tidak diberikan kerusi bertindih.

Perbincangan yang lebih ilmiah dan teliti mesti bermula dengan menyebutkan tentang baik-buruk (maslahah dan mafsadah) kedudukan …‘tahaaluf’ itu.

Secara mudah, tahaaluf dimanfaatkan gerakan Islam, contohnya PAS, Ikhwan Muslimin dan lain-lain, setelah pimpinan tertinggi parti bermasyawwarah lalu ‘berijtihad’ dan membuat keputusan bahawa mereka mahu mewujudkan tahaaluf dengan pihak tertentu berdasarkan matlamat tertentu.

Ia tentunya sebahagian daripada matlamat besar perjuangan. Tidak timbul keperluan bertahaaluf kalau matlamat tersebut mampu dicapai ‘bersendirian’.

….baca seterusnya..

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: