Skip to content

Dr Dzul: Benarkan Chin Peng dikebumi di sini

September 18, 2013
6:43PM Sep 16 2013

dikemaskini Seorang anggota jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau tidak setuju dengan ideologi komunisme namun berpendapat, berpihak berkuasa Malaysia sewajarnya membenarkan agar bekas pemimpin PKM Chin Peng dikebumikan di negara ini.

NONEMenurut Dzulkefly, pemimpin Malaysia harus bertindak demikian sebagai tanda kemuliaan hati dan harga diri negara ini, sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Malaysia perlu memberi kebenaran tersebut demi keadilan (rujuk Perjanjian Damai 1989), katanya yang menambah, beliau membuat saranan tersebut walau pun tidak bersetuju dengan Chin Peng dari segi ideologi dan tindakan melampau PKM.

“Tindakan British dan Jepun juga melampau tetapi kita memaafkan mereka, kita melupakan dan berbaik dengan mereka semula.

“Chin Peng memerangi Jepun dan kemudian penjajah British. Beliau juga pernah diberi penghormatan oleh Queen,” katanya.

Kenyatannya itu berbeza dengan pandangan pemimpin Umno dan juga oleh ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang berpendapat bahawa Chin Peng lebih sesuai disemadikan di Thailand.

Seorang bekas anggota PKM, Fang Shan berkata Chin Peng berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya sewaktu pertemuannya dengan Chin Peng tahun lalu di Bangkok.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90 meninggal dunia di hospital di ibu negara Thailand itu pagi ini.

baca juga…

‘Stand by your promises on Chin Peng’ – Dr Aziz Bari

PKR on Chin Peng: Let bygones be bygones –

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: