Skip to content

ASB2: Produk Baru, Pendekatan Lama

September 16, 2013

SHAH ALAM, 15 SEPTEMBER (TV Selangor) 

Permodalan Nasional Berhad (PNB) memerlukan perubahan pendekatan dan struktur supaya ia menjadi lebih dinamik dan dapat bersaing secara agresif bagi menjana pendapatan tinggi.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefli Ahmad berpandangan pendekatan sedia-ada antara faktor hasil pulangan yang rendah seperti simpanan tetap 5 – 10 % sahaja.

Menurut beliau, PNB sebenarnya boleh mengerakkan Amanah Saham Berhad 2 (ASB2) tanpa perlu menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuat demikian.

“PNB 1 ini mengambil pendekatan jalan selamat. Mereka tidak agresif untuk membangunkan dan mengangkat pendapatan negara kasar (GNI) berkapita orang Melayu kerana kaedah perlaksanaan kerja masih sama.  Mereka masih menggunakan pendekatan tidak mahu mengambil risiko, dengan kata lain tidak mahumemecah dan menembus pasaran rantaian pembekalan,” jelas Dr Dzulkefli.

PNB merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia dengan misi sebagai organisasi pelaburan untuk meningkatkan kekayaan ekonomi Bumiputera. ASB2 diumum semalam oleh Najib Razak sebagai sebahagian dari inisiatif pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai melepaskan batuk di tangga, Dr Dzulkefli berpendapat program-program yang diumum tidak mengambil iktibar daripada kegagalan program-program terdahulu. Jelas beliau pendekatan lama hanya membantutkan matlamat mendapatkan pendapat lebih tinggi.

“Pada saya kalau mereka berfikir secara bersungguh, memikirkan dan menganalisa apa lompang serta kegagalan model yang lalu khususnya untuk mengangkat apa yang dikatakan pendapatan berkapita org melayu. Dalam hal ini, saya dapati mereka tidak menganalisa secara mendasar dan struktural.

“Mengambil contoh kalau kita katakan PNB baru (2) mempunyai ’strategi’  yang bukan sahaja mengambil pendekatan jalan selamat tetapi mengambil sedikit lebih risiko untuk terlibat dalam membangunkan syarikat-syarikat ‘upstream’, ‘down stream’ termasuklah terlibat dalam mempastikan urusan pasaran syarikat2 vendor mereka.

“Tidak hanya mengambil ekuiti semata-mata tetapi mempunyai keprihatinan membangunkan vendor2 menjana nilai tambah dan mempunyai keprihatinan untuk membangunkan seluruh vendor dalam supply chain itu,” katanya.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: