Skip to content

Kes Altantuya : Pembunuhan yang tiada pembunuh – Dr Dzulkefly

August 25, 2013

gambar hiasan

gambar hiasan

By

Marniza Othman (TV Selangor)

 

SHAH ALAM, 23 OGOS – Keputusan mahkamah membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu umpama memperlihatkan pembunuhan kejam ini tiada pembunuhnya, kata AJK Pas Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata, perkara ini amat mengejutkan pelbagai pihak apabila Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu dan ini menimbulkan persoalan siapa pembunuh sebenar Altantuya yang di bunuh dengan kejam.

“Memang mengejutkan tapi mungkin ramai juga yang sudah menjangkakan keputusan ini. Apabila keputusan ini dikekalkan bermakna satu jenayah kejam seperti ‘a crime without criminal’,” ujar beliau ketika dihubungi TVselangor.

Tambah beliau, keputusan ini bukan sahaja malang buat keluarga Altantuya, malah lebih malang kepada rakyat Malaysia atas ketidakupayaan sistem kehakiman negara bagi mencari penjenayah sebenar pembunuhan berprofil tinggi ini.

“Kesimpulannya kes ini mempunyai banyak ramuan yang boleh dipertikaikan dalam keputusan ini termasuk ‘penyiasatan tidak kompeten’, ‘pendakwaan yang culas’ dan nampaknya institusi kehakiman itu terikat (beholden) dengan mereka yang menjadi penguasa dalam politik. Sistem judisiari Negara adalah dalam kandang orang salah,” kata Dzulkefly.

Beliau juga menyambut baik keputusan bapa Altantuya sekiranya beliau ingin membawa kes ini ke peringkat lebih tinggi (kerajaan Mongolia), bagi menegakkan keadilan untuk anak perempuannya.

Altantuya Shaariibuu merupakan seorang model sambilan berketurunan Mongolia telah dijumpai mati dibunuh secara kejam di lokasi antara pinggir bandar berdekatan Shah Alam diantara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Cebisan mayat yang disahkan milik Altantuya oleh pakar patologi telah ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan, Puncak Alam, Shah Alam pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas mangsa diletupkan dengan bahan letupan C4.

Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang juga rakan karib Perdana Menteri sekarang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu.- mza

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Jais permalink
    August 26, 2013 7:28 am

    Dia bunuh diri kot ! Frust Jibby tak nak kawin dgn dia ! Ingat nak jadi First lady no 2…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: