Skip to content

PRK Kuala Besut: Idris Jusoh, Pengundi Luar dan Hari Rabu.

July 22, 2013

Hari ini sidang akhbar kami menumpu kepada pendedahan yang dibuat sendiri oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya kecil BN DUN Kuala Besut, DS Idris Jusoh. Kenyataan beliau tentang penumpuan kepada pengundi luar bagi ‘fasa akhir kempen PRK Umno-BN’ adalah pelik sekaligus menunjukkan bahawa jentera BN sangat tertekan dengan asakan kempen kami.

Pengundi Kuala Besut masih ingat bahawa Idris Jusoh dengan gahnya telah memberi amaran kepada PAS supaya ‘tidak bertanding atau akan menghadapi kekalahan dengan 4000 majoriti’. Pilihan hari Rabu sebagai hari bekerja berbeza dengan kelaziman pilihanraya, sebagai hari membuang undi, adalah sangat menyukarkan pengundi luar .

Ketika tahap itu mereka tidak perlu pengundi luar. Namun hari ini mereka cuba menagih simpati pengundi luar setelah berdepan dengan persaingan sengit dari PAS-Pakatan.

PAS-Pakatan menegaskan komitmen tentang ‘Agenda 16-16’ sebagai kedudukan politik negeri Terengganu bagi terus mendayakan pembangunan yang lebih mapan dan lestari. Keenam belasan ADUN PAS-Pakatan akan mengangkat agenda semak-imbang yang berkesan bagi mempastikan rakyat negeri Terengganu khususnya di DUN N 01 Kuala Besut, tidak lagi akan terpinggir dari arus pembangunan negeri seperti sekarang ini.

Agenda ‘Pembasmian Kemiskinan Rakyat Terengganu’ memerlukan sebuah Pelan Bertindak yang lebih terancang dan punya sususan yang lebih mengikut ‘Keutamaan dan Fiqh-Awlawiyyat’ yang PAS dukungi.

PAS dengan ini mengingatkan kembali Agenda Utama PAS-Pakatan Manifesto PAS dalam PRU ke-13 yang lalu. Penekanan kepada isu tanah dan penempatan perumahan rakyat adalah antara dasar dan program penting dalam tawaran kami kepada rakyat. Penempatan untuk tanah tapak rumah yang diambil balik oleh kerajaan akan kami pastikan.

Agenda 16-16 juga akan memberikan tumpuan utama kepada rakyat berpendapatan rendah di kalangan petani, penternak dan nelayan. ADUN-ADUN kami akan mempastikan, dengan suara 16-16, perlaksanaan berkesan dalam semua program dan projek yang diputuskan dalam Dewan Undangan Negeri. Janji-janji kempen BN dalam PRK N 01 Kuala Besut akan dipantau supaya dilunaskan oleh kerajaan BN.

Sidang akhbar pagi ini juga merakamkan kesangsian kami atas projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa di muara Sungai Kuala Besut dengan perbelanjaan RM250 juta. Cukup sudah dengan janji Bandar Tentera di Port Dickson dalam PRK Bagan Pinang, 2009. Sehingga hari ini projek tersebut masih lagi dalam alam khayalan. Kami mengingtakan Umno-BN  supaya berpijak di bumi nyata dengan kedudukan tahap kemiskinan rakyat di negeri Terngganu ini dan secara boros membelanjakan wang rakyat seperti projek Zoo Bukit Takal dan Pusat Bebas Cukai di Tasik Kenyir.

Kenyataan Akhbar PAS/Pakatan Rakyat PRK No 1 Kuala Besut

ADUN-ADUN PAS PRK N 01 KUALA BESUT

22 hb Julai..13 Ramadhan 1436H.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: