Skip to content

16:16 untuk hapuskan penindasan, kezaliman

July 19, 2013
Nazri Abdullah, 18 Jul 2013
BESUT: Kedudukan wakil rakyat PAS dan BN pada nisbah 16:16 dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bakal memberi pulangan yang besar bukan sahaja kepada pengundi Kuala Besut malah rakyat Terengganu amnya.Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, kedudukan 16:16 itu akan menyeimbangkan kuasa kerajaan BN negeri ini dari melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan rakyat.

“Keadaan ini akan menamatkan penafian hak rakyat untuk menikmati kemewahan negeri ini seperti yang berlaku sekarang ini.

“Agenda ini akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di mana rakyat akan benar-benar menjadi tuan sekaligus menamatkan penindasan kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Markas Besar PAS di Kg. Baharu di sini hari ini.

Sementara itu, pada sidang media sama, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, kedudukan 16:16 akan menyaksikan BN tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengagihkan kekayaan negeri kepada kroni tanpa sekatan oleh mana-mana pihak.

Ianya termasuk dalam soal meluluskan bajet, di mana jika berlaku kedudukan 16:16, maka BN terpaksa berunding dengan wakil Pakatan Rakyat untuk dapatkan sokongan.

Keadaan itu katanya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menegur dan menolak mana-mana perbelanjaan yang difikirkan tidak memberi manfaat kepada rakyat kebanyakan.

“Walaupun berlaku 16:16, kita yakin BN Terengganu akan kekal memerintah. Cuma kita dari Pakatan Rakyat akan berperanan secara konstruktif untuk merangka program kepada rakyat secara jelas,” katanya.

Sehubungan itu jelasnya, PRK Kuala Besut ini adalah sangat penting kepada pengundi untuk memilih calon PAS, Endot@ Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long bagi mewujudkan kedudukan 16:16 tersebut.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: