Skip to content

Mengapa Najib takut undi sulit memilih Speaker?

June 25, 2013

TMI – 25 June 2013

  1. PM DS Najib sekali lagi terlepas peluang untuk melakukan sesuatu kelainan bagi membuktikan bahawa beliau komited dengan Perubahan dan Rekonsiliasi Nasional. Najib juga gagal memulihkan kepercayaan bahwa beliau adalah seorang negarawan bahkan sebaliknya memperkukuhkan title ‘Autokrat Baru’ dan ‘Demokrat Palsu’ (False Democrat) yang  pernah diberikan oleh seorang penulis Mark Mackinnon (Globe and Mail, 2012)
  2. Sidang Parlimen ke-13 bermula semalam dengan pemilihan Yang DiPertua Dewan Rakyat (YDDR) serta angkat sumpah ahli parlimen. Terdahulu telah disebut-sebut supaya amalan parlimen wajar mengalami penambahbaikan dengan mengizinkan calon dari pihak pembangkang di angkat menjadi YDDR.
  3. Sebelum persidangan, Barisan Nasional (BN) telah sekali lagi mencalonkan Tan Sri Padikar Amin sementara Pakatan Rakyat mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman. Amalan memilih Speaker dari pencalonan pihak pembangkang memberikan lonjakan imej parlimen di negara ini menghampiri negara maju seperti menyaksikan seorang Speaker dari Parti Buruh semasa Perdana Menteri John Major dari Parti Konservatif di United Kingdom.
  4. Malangnya, setelah diberitahu akan hasrat ini secara terbuka, ianya tidak langsung tampaknya diberikan layanan menasabah oleh PM Najib. Benar, Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah yang mempengerusikan acara pemilihan. Namun Najib masih boleh bertindak untuk memperbetulkan dan menentukan peraturan lebih menepati peraturan Standing Order 4 (4) yang ringkasnya bermaksud supaya pengundian dilakukan secara rahsia ‘secret ballot’ dengan tidak memerlukan Ahli Parlimen meletakkan namanya di atas kertas undi (ballot paper)…...baca seterusnya…

 

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: