Skip to content

Peranan Paul Low Tidak Berkesan Jika Tidak Didayakan Dalam Kabinet

May 21, 2013

May 21, 2013  Posted in: Badan Bukan Kerajaan (NGO), Barisan Nasional, Berita, Berita Nasional, Fokus, Fokus Rakyat, Pakatan Rakyat, Pencapaian & Prinsip Tadbirurus, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Politik & Berita Nasional, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan

144 views

bn putrajaya

SHAH ALAM, 21 MEI : Perlantikan Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia (TIM), Datuk Paul Low sebagai Menteri disifatkan tidak mendatangkan hasil sekiranya peranan beliau tidak didayakan sepenuhnya dalam Kabinet baru yang dibentuk.

Perlantikan Paul akan hanya bermakna sekiranya pembahruan yang dibawa beliau untuk membasmi rasuah diterima kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebelum ini, Malaysia telah menubuhkan institusi, agensi dan undang-undang anti-rasuah tetapi persepsi rasuah masih buruk kerana tiada iiltizam politik untuk membersihkan pentadbiran.

Dr Dzulkefly berkata Paul dibawa masuk ke dalam Kabinet dengan harapan supaya komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membanteras rasuah dapat dilihat rakyat sebagai sesuatu yang positif.

“Saya mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun Low adalah daripada TIM, beliau tidak akan dapat berbuat apa-apa sekiranya peranannya (Low) tidak didayakan di dalam Kabinet.

“Ini bermakna, sekiranya Low mengesan kecurangan dalam tadbir urus dan tata kelola khususnya pemberian kontrak, perolehan dan sebagainya, beliau mesti menyatakan tentangan dengan tegas, telus, lantang dan berani. (Kalau beliau dihalang maka beliau wajar meletakkan jawatannya). ” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Paul, seorang yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti politik Umno-BN dilantik sebagai Menteri di Dalam Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tegas Dr Dzulkefly, pelantikan Paul tidak akan mengubah tanggapan buruk rakyat terhadap pentadbiran Najib ekoran pelbagai salah guna kuasa yang dilaporkan berlaku sebelum ini.

“Undang-undang itu ada, institut pun ada, badan penguatkuasaan pun ada tetapi kesemuanya akan gagal andainya pihak eksekutif tidak mempunyai komitmen yang tegas untuk memerangi rasuah.

“Peraturan boleh dibolosi kerana tiada iltizam politik untuk membersihkan pentadbiran,” katanya lagi.

Sementara itu, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan melahirkan kebimbangan beliau terhadap pemilihan Paul dalam Kabinet yang dikatakan mungkin tidak akan mendatangkan sebarang impak.

“Pelantikan Low ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif kerana beliau bukan daripada kalangan ahli politik.

Tetapi apa yang membimbangkan ialah sama ada beliau akan diberikan tanggungjawab yang membolehkannya melakukan tugasan atau hanya bertindak sebagai penasihat sahaja.

“Kita perlu tunggu sekurang-kurangnya dalam tempoh lima hingga enam bulan untuk melihat perubahan,” jelasnya.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: