Skip to content

Najib bertambah seksa selepas menang?

May 15, 2013

Harakahdaily, 14 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Setelah menang, Presiden Umno sepatutnya gembira dan senyum lebar tetapi nampaknya Datuk Seri Najib Razak bertambah seksa selepas menang.

Yang paling ketara, beliau gagal markah lulus ‘kembalikan 2/3 majoriti BN bahkan merosot pula iaitu dari 140 kerusi Parlimen merosot kepada 133.

“Ia pula adalah hasil sumbangan Borneo yang masih tidak terkena tsunami semenanjung,” kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kiri) dalam analisis awalnya tentang pilihan raya umum kali ini.

Dr Dzulkefly, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, Najib juga malu besar apabila gagal projek ‘tawan Selangor’nya.

Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan menyerang Pakatan habis-habisan, kononnya rakyat tersiksa dan jangan ulangi kesilapan, namun semuanya gagal.

“Sebaliknya PR semakin kuat dan menguasai 2/3 majoriti di DUN Selangor,” kata Dr Dzulkefly.

Kata beliau, Najib (gambar kanan) kini adalah PM sebuah kerajaan minoriti pertama dalam sejarah politik tanah air.

Undi popular BN yang diketuai Najib merosot ke paras 48% sementara PR mendapat 52%.

Ini bermakna, lebih ramai rakyat yang mahukan PR atau lebih ramai rakyat yg menolak BN, katanya.

BN hanya menang kerana sistem British yang berasaskan pertama lepasi tiang atau ‘First pass the post’.

Kalau kalau sistem ‘perwakilan berkadar’ (Proportional Representation), sudah sah BN sudah tumbang, tambahnya.

Katanya lagi, yang paling malang bagi Najib kini rakyat tahu bahawa ‘BN menang dengan pelbagai penipuan’.

“Ia macam budak yang meniru diangkat menjadi ketua kepada pelajar cemerlang, masakan mahu diterima rakan-rakan seangkatannya. Ekoran itu, kerajaan Najib telah menjadi begitu buruk,” tambah beliau.

Menurut beliau yang juga timbalan pengerusi pasukan Post Morterm PRU 13 yang ditubuhkan PAS, pelbagai faktor serta bukti sedang dihimpunkan.

Antaranya membeli, menyogok dan merasuah pengundi dengan bayaran RM300 ke RM1000 satu undi.

“Petisyen akan dimajukan sebaik saja pewartaan keputusan PRU dibuat. Andainya mahkamah masih punya kewibawaan kerajaan minoriti diramalkan akan bakal tumbang dalam enam bulan pertama..insya AlLah.

“Kita redha takdir tetapi tidak samasekali boleh menerima penipuan….sampai bila mahu begini?” katanya tegas.

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. abd muhid permalink
    May 15, 2013 11:30 am

    Jangan dibiarkan penipuan berleluasa dan tiada kesudahannya. Lawan tetap lawan. Kita sokong Pakatan Rakyat tetap lawan sampai berjaya. Cari dan kemukakan salah laku mereka (BN) dalam PRU13 sebanyak mungkin. Jangan mengalah dan dengar cakap mereka. Mereka gunakan undang-undang yang dibuat dengan tidak adil kepada semua pengundi. Adakah betul alasan SPR bahawa sesiapa sahaja yang ada nama dalam daftar mengundi boleh mengundi di Malaysia. Jika begitu orang Indon, Bangla, Thais, Philipina dan lain-lain lagi bolehlah mengundi jika nama mereka dimasukkan ke dalam daftar mengundi. Apa gunanya negara Malaysia yang tercinta.

  2. truthseeker permalink
    May 18, 2013 4:20 am

    Sir,you are not just color blind.You are what indians call the “sattwic” man(ie just like a saint).During the Q&A @ the dome,the malay gentleman from persatuan tentera( i think) said that the rakyat have”turun padang”,protested n rallied,but angkuh,sombong,super arrogant MONSTER UMNO BN and SPR did what they had to do to win GE13 .The reality is BERSIH1.0,2.0,3.0,HKR112 increased the support for Pakatan rakyat but failed to terajang the monster UMNO BN and their pencacais.IMO,the time has now come to think of alternative actions.

    Malaysia is in financial danger.UMNO BN THE MONSTER will continue to plunder,implement polices such as GST,and mcm mcm tactics to suppress the rakyat.They will continue to suck us dry.In any capitalist country,money is the most important entity.Everything revolves around money.UMNO BN THE MONSTER wants power,the authority in order to “sapu” trillions/gazillions of $$$ into thier personal accounts.They have been doing this for the past 50 years,and have become zombi money junkies(at the expense of the rakyat). UMNO BN THE MONSTER depends on rakyats money in the form taxes,deposits in banks/financial institutions/epf/socco for their existence,and the time has now come for the rakyat to show their power!Why must we the rakayt continue to be robbed,and cheated?The rakayat does have alternative means to terajang this money junkie,arrogant ,bullying monster called UMNO BN.The alternative moves should go along with the current “BLACK OUT 505”
    .1,Bank Runs. Mass withdrawal from saving,FD accounts. from CIMB,MAYBANK(for example).This will also will drive down the share prices of those 2 commecial banks and create will futher liquidity crisis.Bond Traders will smell this scenario like sharks smell for blood,will jack up governments/ treasury bill yields, further choking money supplty.More than 5 million voted for Pakatan Rakayat.The magnitude of money flight from the banks even at 10% is VOLUMINOUS.

    2.Boycott Petron and Peronas.Why should rakyat foolishly go to these to petrol stations and transfer their hard earned money into the pockets of Mahathir and his sons?

    3.History shows financial crisis is a mega weapon for regime change.The financial Crisis of 97/98 brought down Suharto,and triggered Reformasi movement in Indonesia and Malaysia.Mahathir had no choice but to step down due to those twin pressures.And the ongoing financial crisis which started in 2007,plus malayia’s mega debts,demands rakyat of Malaysia to follow the footsteps of the europeans ,ie BANK RUNS,hartal/boycotts,street protests

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: