Skip to content

PAS dakwa lebih banyak lebuhraya bertol akan dibina jika BN terus memerintah

April 11, 2013

Mohd Farhan Darwis (TMI)
11 April — Sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat untuk memerintah negera ini selepas Pilihan Raya 2013, PAS menjangkakan lebih banyak lebuhraya bertol akan dibina, memandangkan parti pemerintah itu kini sedang menyembunyikan rundingan berkenaan, dakwa PAS.

Pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau difahamkan rundingan mengenai pembinaan lebuh raya bertol itu juga sedang berjalan dan hampir dimuktamadkan.

“Kenapa selepas 2016, kadar tol akan terus meningkat pada kadar 5 peratus setiap tiga tahun sehingga 2037?” soalnya ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, merujuk kepada manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

“Najib bercita-cita untuk meneruskan agenda penswastaan lebuhraya sebagai kaedah pembinaan lebuhraya dan merangsang sektor pembinaan,” kata Dr Dzulkefly lagi.

Jelasnya lagi, rakyat seharusnya tahu terdapat beberapa projek lebuh raya bertol yang masih belum diumumkan dan ianya hampir dimuktamadkan perjanjian konsesinya.

“Antara lebuhraya tersebut termasuklah konsesi antara Damansara – Shah Alam (DASH) dan South Ulu Kelang Expressway (SUKE) yang kedua-duanya dimiliki Prolintas, anak syarikat seratus peratus di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan lebuhraya Kinrara-Damansara serta tambahan lebuhraya DUKE,” katanya.

Jelas beliau, perkara itu lebih malang apabila BN dalam manifesto mereka juga tidak menyelesaikan perkara berkaitan masalah ekonomi dengan menyeluruh, sebaliknya bakal menambah beban rakyat dengan pembinaan lebuhraya bertol tersebut.

“Tidak nampak Umno-BN peka dengan saraan hidup rakyat sehingga entiti milik kerajaan sendiri pun mahu berniaga dan memberikan kontrak pembinaan kepada syarikat kroni melalui rundingan langsung dan mengenakan tol kepada rakyat.

“BN pula dengan bangganya meletakkan Lebuhraya Pantai Barat dalam manifesto mereka yang pastinya akan mengenakan tol,” katanya dan menambah, projek itu terpaksa diberikan RM2,2 bilion pinjaman mudah bagi memastikan ia terus berdaya saing.

“Kalau betul nak selesaikan kos saraan hidup, pencetus kos saraan hidup itu sendiri tidak dirungkaikan … sebaliknya mahu meneruskan agenda penswastaan lebuh raya,” tegasnya.

Pakatan Rakyat (PR) sebaliknya tegas Dr Dzulkefly, tetap dengan komitmen mereka menurunkan kos sara hidup rakyat melalui pemansuhan tol bagi lebuhraya yang sudah mendapat pulangan.

“Berbanding BN yang hanya akan menurunkan tol secara berperingkat, Najib sangat takut untuk menyebut jumlah dan tempoh masa penguatkuasaannya.”

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: