Skip to content

Ciplak Cukai Eksais tapi ada yang Najib tak boleh Ciplak dari Manifesto PR!

April 3, 2013

Hari ini DS Najib mengakhiri keperluan untuk sesiapa pun membuat teka-teki lagi tentang tarikh pembubaran parlimen. Semua YB, Yang Berhormat sekaligus menjadi Yang Bersara atau mungkin nasib baik menjadi Yang Bertanding.
Ada beberapa sebab mengapa DS Najib Tun Razak telah sanggup melakukan satu tindakan yang ganjil dan di luar amalan tradisi semua PM yang silam. Tidak memerlukan seorang pundit politik atau seorang genius untuk memikirkan dan menyelami pemikirannya.
Pemikiran Najib bukanlah kompleks dan sofistikated sangat mentelahan pelbagai ide2nya sebahagian besarnya dari pihak konsultan dan perunding luar. Bukan sahaja diberikan secara ‘spoon-feeding’ agaknya atau suapan mulut bahkan tampak kekadangnya macam terus diberikan secara suntikan atau ‘intra-venous’.
Tidak diadun atau diolah ramuannya dulu untuk mengambil kira realiti dan psikologi rakyat tempatan. Kerap ianya sumbang dan tidak realistik dan sentuhannya hambar tak berbisa walau jutaan ringgit dibelanjakan. Pengalaman masyur penglibatan selebriti Korea, PSY contoh yang mengaibkan dan sukar dipadam dalam sejarah kempen pilihanraya.
Mahu sahaja penulis bariskan sebab-sebab yang dapat difikirkan secara spontan. Anda mungkin sahaja mampu menambah senarai itu. Ada yang dinyatakan sendiri oleh Najib. Ada yang terpaksa beliau akui setelah tertera dalam penulisan.
Tegasnya mengapa Najib sanggup membiarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri terbubar secara automatis atau ‘default’ mengikut peruntukan perlembagaan negeri? Negeri Sembilan menjadi mangsa tunggal dan akan tercatat dalam sejarah politik pilihanraya sebagai satu ‘pencapaian’ dalam buku ‘Genius Book of Record’. Memang Malaysia Boleh!
Najib memberi alasannya sendiri bahawa beliau memerlukan masa untuk rakyat ‘merasakan’ hasil perlaksanaan ETP dan GTP dsbya. Penulis akan ulas ini kemudian.
Paling mudah sebab mengapa Najib tak bubar-bubar lagi parlimen adalah kerana beliau tak konfiden dan tak yakin. Hakikat itu tidak siapa pun dapat tolak. Sebab kalau konfiden lama dah bubar.
Untuk pengetahuan umum, seumpama dalam peperiksaan juga, ‘markah lulus’ Najib dalam PRUke-13 ini ialah 140 kerusi parlimen sekaligus menangi kembali 2/3 majoriti di parlimen. Satu lagi ialah menawan kembali Selangor sebagai negeri terkaya dalam Persekutuan Malaysia.
Yang dimaksudkan tak konfiden menang atau lulus ujian ialah memenuhi kedua-dua syarat ini. Kalau tidak, seperti dikata dek Tun Mahathir, dia akan diganti dalam bahasa lunaknya.
Beliau gugup dan gusar.
Mengikut risikan Tentera, Cawangan Khas dan JASA dan pihak lain ‘scenario terbaik’ atau ramalan terbaik prestasi UBN dalam PRU ke-13 ini hanyalah 120-125. Sebaliknya senario terburuknya tentunya UBN tumpas dan kehilangan beberapa buah negeri termasuk Perak, Johor dan Negeri Sembilan.
Maka jelasnya Najib sedang membeli masa atau ‘buying time’ untuk lakukan apa jua yang mampu dibuat bagi meningkatkan peluang dan potensi untuk menang. Penulis membayangkan Najib punya senarai yang panjang untuk tindakannya selaku PM,Presiden Umno dan Pengerusi BN.
Najib memang diburu waktu. Dia semacam berlumba dengan ‘countdown kiamat kecilnya’ sebelum Hari Mengundi atau Polling Day. Tanpa disedari Najib mengambil pendekatan berkempen secara kaedah pilihanraya ‘Presidential’ semacam di Amerika atau Indonesia. Tidak hairan kalau popularitinya jauh meninggalkan parti dan barisan yang dipimpinnya.
Najib mahu sahaja berjumpa dengan sesiapa pun. Lebih besar pengaruh peribadi, badan atau organisasi itu lebih diberikan keutamaan. Dia semacam kemaruk baru baik demam.
Dari sebesar organisasi seperti Dong Zong, Hindraf dan NGO Wanita, Kesatuan Sekerja sampailah ke Persatuan Teksi, Nelayan, anak muda bahkan termasuk sekolah pondok, tahfiz dan Sekolah Agama, Sekolah-Sekolah SJK Cina dan Tamil, semua dilawati dan didekati. Dia mahu ditanggapi rakyat prihatin atau cakna rakyat. Dia cukup pemurah dan mewah sekali dalam memberi. Maklumlah bukan duit dia.
Najib punya senarai semak atau ‘checklist’ kerja yang panjang untuk dibereskan. Beliau tampak sangat ghirah melakukan semua kerja ini. Biar apa pun kata lawan dan seterunya, Najib tidak peduli.
Penulis hanya mahu ketengahkan dan tegaskan bahawa Najib dan UBN akan lakukan kerja yang menjadi sinonim dengan tabiat mereka mutakhir ini. Ya, sejak Pakatan Rakyat sudah menjadi benar-benar satu entiti dalam satu susun-atur (landskap) politik yang dinamakan ‘sistem 2 parti’ meninggalkan corak ‘sistem satu parti dominan’ atau ‘one party dominant system’ yang juga sinonim dengan jolokan ‘Electoral Authoritarianism’ oleh Profesor Andreas Schedler (2006), saingan semak-imbang semakin sengit dan getir. Najib kerap tertekan dan dihimpit asakan polisi-program Pakatan.
Pakatan telah menampilkan Dasar-Dasar Bersama (Common Policy Framework-CPF), Buku Jingga, Tawaran Jingga, Deklarasi Sarawak dan 3 pembentangan Belanjauan Alternatif Kerajaan Persekutuan dalam memainkan peranan selaku ‘Shadow Government’ atau Kerajaan Bayangan.
Antara tamparan paling hebat kepada Najib dan UBN ialah pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat yang dibuat dalam Konvensyen Ke-4 pada 21 Februari lalu. Najib kelu tidak berkata. Timbalannya Mahyudin berjanji akan melancarkannya Manifesto BN selepas bubar parlimen. Katanya 6 April. Hulu-balangnya yang lain yakni menteri-menterinya sampai ke peringkat pengerusi-pengerusi JKKP melopong dan mengulangi wirid lama yang diskripkan pimpinan tertinggi….kalau Pakatan menang, negara akan muflis dan bankrap.
Pakatan Rakyat mengangkat sebuah tawaran manifesto yang berjodol “Pakatan Harapan Rakyat”. Penulis telah menghuraikan ini dalam penulisan yang panjang dalam ‘Masa Depan Telah Tiba’ (13 Mac).
Kembali kepada isu pokoknya, Najib lengahkan bubar parlimen kerana mahu menggunakan waktu cedera ini untuk ciplak tawaran manifesto Pakatan. Najib telah berulang kali melakukan tabiat buruk dan ‘jenayah’ plagiarisme ini. Penulis akan buktikan hanya satu untuk kali ni.
Setelah Najib ciplak program penghapusan tol dengan mengikuti cadangan Buku Jingga tentang pembelian semula PLUS yang telah mereka lakukan, Najib kini mahu laksanakan program kedua yakni Penurunan Harga Kereta dengan mengurangkan “Cukai Eksais” kereta.
Baru beberapa bulan yang lalu bersama hulu-balangnya termasuk YB Rembau berhujjah di Dewan Rakyat bahawa amat tidak menasabah untuk menghapuskan ‘cukai eksais’ ini. Kita akan kehilangan RM7 bilion setahun dan negara akan bankrap!
Dengan tidak tahu malu dan muka selamba, Pentadbiran Najib, melalui Ketua Pagawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif Malaysia (MAI) di bawah MITI telah mendedahkan bahawa kerajaan bersetuju menurunkan ‘eksais duti’kereta secara yang dianjurkan Manifesto Pakatan yakni berperingkat yakni sebanyak 20% setahun untuk 5 tahun. Dasar Automobil Nasional yangbaru akan memuatkan polisi ini.
Dalam pada mengkritik semua program Pakatan sebagai membankrapkan Negara, Najib dan Kabinetnya sedar bahawa tawaran-tawaran Pakatan bukan sahaja mampu dilakukan atau ‘doable-feasible’ tetapi juga mempunyai perhitungan yang jauh dan mengambil kira impak kewangan dan pelbagai sisi pandang termasuk alam sekitar. Program pembangunan vendor, menjadikan industri automobil lebih berdaya saing dengan kereta yang lebih efisien tenaga, penambahbaikan pengangkutan awam digarap seluruhnya secara holisitik.
Pakatan Rakyat mengemukan Manifesto yang mempunyai anggaran perbelanjaannya setiap satu dan aliran tunai termasuk sehingga menayangkan lebihan aliran tunai (free cash-flow) sesuatu tawaran. Semada penghapusan tol, penurunan cukai eksais kereta, membiayai pendidikan percuma, menurunkan harga petrol dan diesel, tariff air dan elektrik, pembiayaan perumahan mampu milik, kesihatan, gaji minima dan program-program kebajikan terhadap petani, nelayan dan suri-rumah dan program perinits untuk lepasan sekolah yang tidak dapat ke pengajian tinngi telah dibuat kajian anggaran perbelanjaannya dan di mana datangnya sumber kewanganya.
Penulis meramalkan Najib akan menggunakan habis-habisa masa sisanya sebelum menjadi ‘lame-duck’ sebagai PM Caretaker yang tidak berkuasa untuk ciplak satu demi satu tawaran Manifesto Pakatan Rakyat. Pendidikan Percuma mungkin akan menjadi sasaran plagiarisme rakus Najib seterusnya.
Najib boleh ciplak semua program Manifesto Pakatan Rakyat!
Namun yang Najib tak boleh ciplak adalah menyediakan kepimpinan yang punya integriti dan komitmen untuk melaksanakan tuntutan manifesto ini secara konsisten dengan tata-kelola dan tadbir-urus yang menjadi Faktor Kritikal Kejayaan (CSFs) dalam melaksanakan program pembangunan rakyat yang lebih adil dan mensejahterakan semua segmen rakyat.
Najib tidak berupaya untuk menangani ‘pengherotan pasaran’atau ‘market distortion’ yang beliau cetuskan sendiri akibat tata-kelola yang mengkayakan kroni dan suku-sakat dengan pelbagai kaedah monopoli dan oligopoli.
Najib tidak akan berjaya menangani rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketirisan dan kebocoran dalam sistem penghantaran (delivery system). Najib tidak boleh ciplak kejayaan Pakatan Rakyat sebab ia bersabit dengan kepemimpinan dan jati diri manusiawinya. Yang ini UBN tak faham.
Najib mesti direhatkan dahulu untuk menyaksikan bagaimana Pakatan Rakyat memerintah sebentar untuk satu penggal paling tidaknya. UBN wajar menjalani rawatan intensif dan holistik dahulu sebelum kembali berkuasa kalau Pakatan jadi bobrok pulak..Wal iyyazubillah!
Ketika rakyat sudah kecewa dan bertanggapan serta mempunyai persepsi bahawa, walau apa pun tawaran manifesto UBN dan berapa banyak pun dana yang bakal dicurah, rakyat teramai akan terus terperangkap dalam kepompong penderitaan hidup yang melayakkan mereka menerima BRIM, maka masanya sudah tiba untuk perubahan pemerintaan berlaku di peringkat Persekutuan!
Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif PPP.

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. Foo permalink
    April 4, 2013 6:40 am

    Dr Dzul,
    It is time for a NEW Malaysia – WE ARE READY!

  2. rosas delima permalink
    April 4, 2013 10:22 am

    Salam YB…satu dasar yg necessary & sufficient utk rebonding semula disintegration of malays akibat drp amalan politik pecah-belah sejak 50 tahun lalu wajar diketengahkan jika sesebuah parti meneraju kepimpinan negara iaitu dasar pembangunan ummah. Setakat ini masih tiada mana-mana parti yg beri concern terhadap isu ini. Dasar ini mampu beri keyakinan kpd sebilangan besar generasi melayu abad 21 terhadap komitmen parti dlm merealisasikan seruan ilahi mengenai perpaduan ummah. RD5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: