Skip to content

Dakwaan ekonomi bankrap dijaja menakutkan rakyat – Musa Hitam

March 12, 2013

Jamilah Kamarudin (FMT) March 12, 2013

Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR

Dakwaan ekonomi bangkrap adalah kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat

FULL REPORT

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.

Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.

“Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.

“Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing.

“Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf.

Wujud spekulasi

Wujud beberapa spekulasi yang meramalkan hutang negara akan bertambah sehingga menyebabkan muflis sekiranya Pakatan mengamalkan dasar ekonomi yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

Antaranya penghapusan tol, pengurangan harga minyak, pendidikan percuma serta  menurunkan harga kereta.

Musa berpendapat tidak ada pihak yang sanggup dan  sengaja membiarkan ekonomi jatuh kerana ia tanggjungjawab selepas diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara.

“Hasrat mereka (Pakatan) sama seperti yang lain iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Sebab itu mereka bersaing untuk menang dalam PRU dan untuk membuktikan siapa lebih layak,” katanya.

Bekas Menteri Dalam Negeri itu juga berkata, semua pihak perlu menerima hakikat tidak mustahil perkara ini akan berlaku dalam realiti dunia politik demokrasi.

Enggan ulas lanjut

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut  mengenai perincian dasar ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat kini giat turun padang memberi penjelasan kepada rakyat tentang tawaran dasar ekonomi yang dirangka bagi meraih sokongan undi semasa PRU 13 nanti.

Manakala di pihak Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpinnya menganggap tawaran Pakatan itu mampu menggugat kestabilan ekonomi.

Malah, wujud perang siber di media sosial yang menyiarkan video dan menggelarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Mr Mansuh’.

Sementara itu, Musa dalam ucapannya menyelar sikap sesetengah ahli politik yang gemar memainkan sentimen perkauman sebagai modal politik.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah terdesak yang akhirnya boleh memusnahkan negara.

Bangkrap politik “Barang siapa guna isu perkauman dia adalah ahli politik yang bankrap.

“Banyak isu yang boleh dibahaskan untuk pembangunan negara selain hanya nak takutkan rakyat dengan isu perkauman,” tegasnya.

Sementara itu, beliau yakin Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mencapai matlamat apabila kemiskinan tegar semua kaum dapat dikurangkan.

Malah beliau berpendapat 30 peratus penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi juga turut tercapai.

Musa yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu turut menepis persepsi survival ekonomi Melayu kini terancam.

Katanya, perasaan rendah diri  boleh berubah sekiranya pemimpin tidak menyalahgunakan peluang yang ada untuk kepentingan politik.

Advertisements
3 Comments leave one →
  1. mail permalink
    March 13, 2013 7:32 am

    Saya amat bersetuju dgn kenyataan Musa Hitam.
    Ini kerana ,kalau nak diikutkan secara logik, apabila PR memerintah mereka semestinya akan lebih bekerja keras. Ini kerana penyokong PR adalah merupakan golongan2 yg celik yg berani bertindak menukar kerajaan sekiranya pemerintah tidak amanah didlm menjalankan tanggungjawab. Dgn penyokong yg begini PR lebih berisiko ditolak jika mereka menjalankan tanggungjawab dgn cara yg sama seperti sebelum ini iaitu penuh dgn rasuah dan ketirisan. PR lebih susah keadaannya nanti berbanding BN yg lebih selesa semasa memerintah dimana penyokong mereka hanyalah 2 golongan iaitu pertama yg berkepentingan dan kedua, sorry to say iaitu golongan fanatik yg kurang knowledge/tak berapa educated…PR sedar klu mereka tidak cekap/amanah dlm pemerintahan maka penyokong yg PERNAH menolak pemerintahan BN ini akan menolak mereka pula kemudian hari nnti…

  2. March 13, 2013 8:38 am

    Terima kasih Tun atas komen yang seimbang, tidak menyebelahi mana mana pihak. Tun sepatutnya diiktiraf sebagai negarawan negara atas sikap neutral dan realistik,

    • mail permalink
      March 13, 2013 8:52 am

      setuju dgn Noruddin Idris. Semoga nama Tun akan dikenang SEMUA rakyat.
      Allahuakbar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: