Skip to content

Tentera yakin peralihan kuasa secara aman

February 26, 2013
Harakahdaily, 26 Feb 2013

 

SHAH ALAM: Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (gambar).
“Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.
“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.
Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.
Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN.
“Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya,” kata Ghafir.
“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong.
“Sekiranya pemimpin-pemimpin Pakatan dipanggil mengangkat sumpah untuk membentuk kerajaan, saya yakin angkatan tentera akan berada di belakang pimpinan ini,” ujarnya disambut tepukan gemuruh.
Dalam pada itu, beliau menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat yang disifatnya terbukti menjamin keadilan untuk rakyat.
“Tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana berjaya hasilkan manifesto terbaik untuk mengangkat martabat rakyat khususnya rakyat miskin.
“Ia ternyata bukan sekadar retorik, tapi ada implikasinya,” kata Ghafir.~keadilandaily
Advertisements
2 Comments leave one →
  1. KY Ong permalink
    February 26, 2013 4:39 am

    Pelik betul!!! Risikan yang saya terima ialah tentera & polis yakin BN akan menang. Isshh!!! macam mana ni??? Mana yang boleh lebih dipercayai??? Hmmm….baik kita tunggu sampai PRU-13 aje lah. Tak payah nak cakap banyak ni, betul kah, YB???

    Padahal pulak, saya juga terima 2 berita risikan. Satu, ada risikan yang cakap Anwar akan dipilih jadi PM sekiranya PR menang. Risikan yang satu lagi cakap seorang pemimpim PAS akan dipilih jadi PM (bukan Anwar). Macam mana ni??? Hari ini, Anwar pulak cakap siapa bakal jadi PM tak penting tapi buat pengundi ini memang tak adil. Pengundi harus tahu siapa akan jadi PM kerana jawatan PM ini adalah amat penting sekali buat baik dari segi ekonomi ataupun kemajuan negara. Pengundi biasanya mengundi berasakan parti ataupun pemimpim yang boleh membawa kejayaan, kemajuan & keharmonian & jikalau bakal pemimipim PR pun tak boleh diistiharkan sebelum PRU-13, macam mana rakyat nak harap kejayaan, kemajuan bahkan keharmonian, betul???

    Takkan lah PR nak rakyat tunggu sampai selepas PRU-13 (jikalau menang) & baru lah menyaksikan pergaduhan sesama sendiri memilih PM. Kalau macam ni, lebih baik saya mengundi BN, kan??? Kalau lah jalan di hadapan pun tak boleh dinampak dengan jelas & cerah, apa nak lagi cakap tentang ‘masa hadapan yang jelas’???

    Saya sebagai seorang pengundi memang sekarang dah keliru betul.

  2. Budiman Bagiio permalink
    March 17, 2013 12:39 am

    Salam, setiap ucapan perlu ada fakta, setidak tidaknya gambaran jelas diberikan didalam akhbar untuk mengukuhkan kenyataan. Saya berpendapat kupasan yang disampaikan oleh Jeneral (B) di SACC tidak betul dan mengelirukan fikiran. Rakyat mual dengan PKR sebab asyik buka cerita ambil alih kerajaan sejak 2007. Tugas tentera dan polis seperti biasa walaupun bertukar kerajaan. Lihat PRU12.

    Kami tegar PKR nak lihat bagaimana dan apa yang sudah di jalankan secara bijaksana diantara PKR dan kerajaan-kerajaan negeri. Bagaimana pula bilangan pengundi PKR , semakin bertambah bilangannya ataupun merosot sejak 2008. Statistik penting kerana golongan middle seperti kami boleh membawa keluar semua pengundi PKR ke BN. Kami adalah leader di tempat kerja dan tidak pernah lihat kemajuan PKR sejak memerintah.

    Kenyataan sandiwara Polis dan Tentera di Sabah, Jeneral (B) tidak menjelaskannya bagaimana pula Jeneral (B) tahu PRU13 akan dimenangi oleh PKR. Jangan biarkan generasi kita malu selepas PRU13. Jeneral (B) sewajarnya duduk bersara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: