Skip to content

Tawaran baru Pakatan dalam Manifesto Rakyat

February 19, 2013

Jamilah Kamarudin (FMT)

February 19, 2013

Bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ menawarkan beberapa dasar yang digabungkan daripada Buku Jingga dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat memulakan langkah awal kempen pilihan raya umum (PRU) 13  dengan melancarkan Manifesto Rakyat pada Isnin depan.

Bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’, manifesto itu bakal menawarkan beberapa dasar yang digabungkan daripada Buku Jingga, Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013.

Ia akan dilancarkan semasa konvensyen Pakatan Rakyat Keempat pada 25 Februari depan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan akan dibentangkan bersama oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, AJK PAS, Dr Dzulkifly Ahmad serta ahli parlimen DAP-Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Rafizi, Sekretariat Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat berkata, beberapa pandangan dari memorandum dan cadangan yang disampaikan terus kepada pimpinan Pakatan Rakyat turut digarab dalam manifesto ini.

Katanya, pelancaran awal manifesto ini akan membuktikan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan kempen PRU tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa Barisan Nasional (BN).

Tidak ganti Buku Jingga “Kami mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Manifesto Rakyat,”katanya dalam sidang media hari ini.

Kata Rafizi, setiap tawaran dalam manifesto akan dikemukakan bersama tempoh masa pelaksanaan yang akan dijanjikan.

Menurutnya, jawatankuasa terbabit mula bersidang untuk menghasilkan Manifesto Rakyat sejak September 2011 sebelum mendapat restu daripada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly (gambar) berkata, walaupun Manifesto Rakyat bakal dijadikan satu panduan baru dalam menentukan hala tuju perjuangan Pakatan, namun dasar bersama dalam Buku Jingga masih dikekalkan.

“Manifesto ini tak gantikan Buku Jingga, cuma beberapa polisi baru akan dimasukkan yang akan diumumkan Isnin nanti,” katanya.

Advertisements
3 Comments leave one →
  1. Black Arrow permalink
    February 20, 2013 1:04 am

    Yes, Pakatan Rakyat must start the GE campaign now. Monday, Feb 25 is a good date. Bravo!

  2. February 20, 2013 4:02 am

    I have yet to see many opposition policies in great detail. buku jingga was like a half baked idea written in a day.
    yesterday o attended a rally by many parents to re-introduce PPSMI (maths and science in english) and this could escalate into re-introduction of english medium schools.
    I support this movement. There are just too many people who uses english as their mother tongue being neglected in our education system. This group are not represented in any political party, contribute the most in terms of income taxes, the most multi racial and liberal and mixes freely with any race. yet this same group is punished by forcing them to assimilate chinese schools, or in sekolah kebangsaan. They will be lost in both schools and hence many prefer to get into enrol their children in english based private schools which cost a bomb.
    If education policy of oposition includes re-introduction of english medium or PPSMI, then there will be many sympathy votes in the urban areas.

  3. Anak Malaysia permalink
    February 20, 2013 11:31 am

    Salam,

    Saya tidak percaya PPSMI akan membawa Malaysia ke arah negara maju. Ini hanya disokong oleh sebahagian masyarakat elit yang makan sudu dan garpu ala Barat. Ini kerja Che Det yang sudah nyanyuk.

    Kita, rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa, sepatutnya menyanjung tinggi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan . Ketika orang luar berusaha menguasai Bahasa Melayu di Univeristi US, UK, Peranchis dan Russia, kita bukan Melayu di Malaysia masih tergagap-gagap menguasainya dan orang Melayu sendiripun malu untuk bercakap Bahasa Melayu. Mana jati diri kita mengaku rakyat Malaysia yang bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu.

    Kalau orang bukan Melayu ini, bermastautin di Germany, adakah mereka juga akan bising-bising di negara itu untuk Bahasa Inggeris? Kalau di Peranchis? Kalau di Portugal? di Spain?
    Adakah orang German yang memarahi bukan Melayu kerana bising-bising mahu Bahasa English di Germany akan di gelar rasis? Germany dan Japan maju bukan kerana semata-mata bahasa Inggeris. Ini orang bukan Melayu mesti faham.

    Bukan kita bersifat rasis, tapi yang kita mahu ialah pengajaran bahasa English itu sendiri mesti dipertingkatkan setaraf dunia, barulah berjaya. Ini yang kita maksudkan. Bukannya sampai ilmu masak-memasak pun kena bahasa Inggeris. Orang Peranchis tukang masakpun mana ada bangga dengan bahasa Inggeris, bahkan istilah nama makanan pun bahasa Peranchis. Kita orang Malaysia pun terhegeh-hegeh sebut bahasa Peranchis dalam soal nama makanan.

    Orang bukan Melayu kena ingat, bahawa ada orang US, orang UK, berbahasa English, tapi masih juga bodoh dalam Sains dan Teknologi. Orang Jepun yang tidak fasih berbahasa Inggeris, tetap juga menjadi jurutera yang berjaya mengalah orang Inggeris yang bahlul. Orang Russia yang satu patahpun tidak faham bahasa Inggeris,boleh buat roket keangkasa-lepas.

    Ini bukan Melayu di Malaysia, kalau mahu bersama-sama meningkatkan negara Malaysia kearah negara maju, bukan menyanjung bahasa asing, tapi bahasa kebangsaan Malaysia, barulah tepat. Saya sokong belajar bahasa English, China, Latin dan alin-lain, tapi janganlah memutar-belit fakta dan terhegeh-hegeh hendak mencampak Bahasa Melayu ke dalam bakul sampah. Nampak benar orang bukan Melayu ini bersifat angkuh dan sombong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: