Skip to content

Air: Selangor siap hantar tawaran kepada konsesi

February 13, 2013
Harakahdaily, 13 Feb 2013

SHAH ALAM: Tempoh 14 hari untuk Kerajaan Persekutuan memberi maklum balas kepada hasrat Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih perkhidmatan air akan tamat minggu hadapan.

“Oleh itu, kita menyeru Kerajaan Persekutuan untuk bertindak secepat mungkin memandangkan isu penyusunan semula industri air ini melibatkan kepentingan rakyat,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, kerajaan negeri menegaskan ini bukanlah pengambilalihan biasa syarikat komersil.

Ini, jelasnya adalah kerana perjanjian konsesi air melibatkan tiga pihak iaitu Syabas,  Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang pemegang sahamnya adalah rakyat.

Beliau menambah, urusniaga sepatutnya tidak boleh berpaksikan keuntungan semata-mata sebaliknya kebajikan rakyat juga perlu diberi keutamaan. “Justeru, kita menyeru kerajaan Pusat yang memiliki Golden Share atau saham emas dalam Syabas menggunakan kuasanya bagi memastikan Syabas menerima tawaran kerajaan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Jelasnya lagi, kerajaan negeri sudah menyediakan surat tawaran kepada syarikat konsesi dan berharap mereka tidak menjadikan faktor harga sebagai alasan untuk menolak tawaran ini.

Katanya lagi, kerajaan negeri berulang kali menyatakan bahawa syarikat konsesi boleh membawa perkara ini kepada Timbangtara Antarabangsa bagi mendapatkan pampasan yang sewajarnya.

Menurut Khalid lagi, kerajaan negeri akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelan dan langkah-langkah yang akan dilakukan kerajaan negeri selepas mengambilalih perkhidmatan air ini pada Forum Air Untuk Rakyat yang akan diadakan selama 10 hari bermula 18 Februari sehingga 28 Februari di seluruh negeri.

Katanya, antara mereka yang terlibat ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.

“Kita akan mengiklankan tarikh dan tempat  forum air ini akan diadakan di beberapa akhbar utama untuk memudahkan rakyat merancang dan membuat persediaan awal.

“Kita berharap rakyat dapat menggunakan forum air ini sebagai platform untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berhubung isu air di Selangor dan Lembah Klang,” katanya lagi.

Read: Khalid: I will debate on water with BN’s Selangor MB candidate

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: