Skip to content

Selangor akan ambil alih urusan air dalam 14 hari

January 30, 2013

Harakahdaily, 30 Jan 2013

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan pihaknya akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat dengan berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.

“Justeru, dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata, pihaknya mendapat aduan dari rakyat bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.

Hasil dari siasatan awal yang dilakukan ujar Khalid, kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.

“Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.

“Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan,” katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga akan memantau aduan kekerapan paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.

 

Advertisements
4 Comments leave one →
  1. Ace permalink
    January 30, 2013 11:48 am

    Yes ambil alih! Tunjukkan kita boleh. Betul ke BN bagi? Tak caya aku!

  2. deDean permalink
    January 30, 2013 12:15 pm

    Siasatan rapi perlu terhadap tindakan Ir Subramanian – adakah tindakan peribadi atau sebaliknya.
    Setelah sekian lama penuh polemik, amat wajar Kjaan Sgor ambil alih pengurusan SYABAS dan revamp sykt ini. Gaji CEO baru, contohnya, haruslah lebih munasabah – bukan ratusan ribu RM sebulan; kalau ada di ganti dgn org yg betul2 berkelayakan, eg, Water Engineer, bukan org politik.
    Tindakan tegas dan berani (bold) ini amat2lah di alu2kan demi kebajikan dan
    kepentingan rakyat biasa.

  3. truthseeker permalink
    February 1, 2013 7:27 am

    Perlu dibuat dgn segera. agar Stalinist style of oppression gagal!!

  4. Hayamwurok permalink
    February 3, 2013 2:50 am

    dear Dr Dzul,

    Isu ini terlalu lama diambil tindakan. patutnya kerajaan negeri awal2 lagi dah ambil alih dan saya jamin pengambilalihan ini akan memberi kemenangan kepada PR dalam PRU13 nanti. Umum tau jabatan bekalan air selangor JBA semasa pengambilalihan dulu semata-mata nak bagi kepada kroni BN. JBA tak ada apa-apa masalah dan merupakan sumber pendapatan penting kerajaan selangor masa tu. alih-alih dibagi pam-pam mesin logistik dan staf buat kerja macam biasa tapi pasang meter bagi Syabas dan caj air. elok-elok rakyat bayar bil 2 bulan sekali RM20-30 kena buat bayaran sebulan sekali RM50-60. kejam dan amat zalim mereka ini bayangkan gaji dan elaun CEO beratus ribu sebulan, orang kampung nak beli ikan basah dah tak mampu sekarang ini. mereka tak nampak betapa peritnya menjalani kehidupan asas dewasa ini. semuga Allah SWT membalas kezaliman mereka semua ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: