Skip to content

Kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Karpal disambut air mata gembira

January 28, 2013
Harakahdaily, 28 Jan 2013

 

 

(PENUH KECERIAAN … Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)

 

KUALA LUMPUR:

Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.

Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya.  Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.

Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.

“Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan,” katanya.
Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.

Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, “Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.
“Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain,” kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.

Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.

Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: “Semoga Tok  menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi.”

Advertisements
13 Comments leave one →
  1. Jong permalink
    January 28, 2013 4:14 am

    Such demonstration of magnanimity, human decency and mutual respect to co-exist irrespective of our differences, wow!

    This, has never led to happen during UMNO/BN tenure of well over half a century in power except to ‘divide and rule’ Malaysians – such, characteristic of insecure bigots!
    It takes Pakatan Rakyat to make it happen – oneness!

    Time we flush this UMNO led BN government down the toilet, come GE-13

    Cheers, to a better Malaysia!

  2. encikmohamad permalink
    January 28, 2013 4:45 am

    Itu semua adalah kerana jasa dan pengorbanan jitu Nik Aziz hingga menyebabkan PAS menjadi pecacai tahap anjing suruhan kepada DAP, ‘syabas’ dan ‘tahniah’ kepada Nik Aziz atas kejayaan menjadikan PAS sebagai anjing suruhan DAP.

    Malahan itu bukan sekadar meraikan sambutan hari lahir Nik Aziz, malahan itu juga sebagai majlis meraikan pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang telah dipecat oleh PAS dari Majlis Syura PAS kerana kelantangan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menentang nafsu serakah DAP hingga PAS jadi menjadi anjing suruhan DAP. Kerana mengenangkan jasa Nik Aziz, maka DAP sanggup buat majlis sambutan hari lahir dan juga sebagai meraikan pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS, mungkin lepas ini selepas Ustaz Nasharuddin dipecat dari PAS, mungkin DAP akan mengadakan kenduri kesyukuran di pejabat mereka bagi meraikan penyingkiran Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari PAS sebagaimana tersingkirnya Ustaz Dato Dr. Hasan Mohd Ali dari PAS sebelum ini.

    Syabas Nik Aziz, syabas PAS, teruskan menjadikan PAS sebagai anjing suruhan DAP sebagaimana Rejimen Ke-10 Komunis Melayu menjadi barua Parti Komunis Malaya untuk merosakkan orang Melayu sendiri. ‘Syabas’ dan ‘tahniah’ tahap haram jadah kepada PAS, semoga PAS terkangkang dalam PRU 13 nanti sebagai pembalasan terhadap pengkhianatan kepada agama dan bangsa selama ini. Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

  3. Ace permalink
    January 28, 2013 5:07 am

    Mohamad pencacai Umno makan gaji kutuk orang lain, panggil diri encik nak cari maruah. DKK.

    • January 28, 2013 7:33 am

      ‘Syabas’ dan ‘tahniah’ tahap barua dan haram jadah kepada PAS, lawatan Nik Aziz disambut dengan kegembiraan oleh DAP kerana PAS telah berjaya memecat Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama PAS. Pemecatan Ustaz Nasharuddin adalah suatu berita gembira kepada DAP yang begitu tidak puas hati dan geram dengan pendirian teguh Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang begitu konsisten memperjuangkan kepentingan Islam, bukannya macam tok guru politik dan ulama politik PAS yang sanggup perjudikan kepentingan agama dan kepentingan bangsa hingga sanggup jadi bangsat anjing suruhan DAP kerana kedengkian terhadap UMNO.

      Syabas PAS telah berjaya menjadi pengkhianat kepada orang Islam dan orang-orang bumiputera di negara ini, selepas berkuburnya Rejimen Ke-10 Komunis Melayu yang menjadi talibarut dan anjing suruhan kepada Parti Komunis Malaya untuk merosakkan dan memusnahkan orang Melayu, sekarang PAS telah menggantikan tempat Rejimen Ke-10 Komunis Melayu untuk menjadi petualang perosak orang-orang Islam dan orang-orang bumiputera dengan menjadi anjing suruhan DAP untuk merosakkan kepentingan orang-orang Islam dan kepentingan orang-orang bumiputera di negara ini.

      Suatu peristiwa yang sangat tragis bagi orang-orang Islam dan bumiputera di negara ini apabila Rejimen Ke-10 Komunis Melayu yang menjadi pengkhianat sanggup membunuh bangsa sendiri kerana menjadi anjing suruhan Parti Komunis Malaya, sekarang PAS pula sanggup menjahanamkan dan memusnahkan kekuatan orang-orang Melayu hingga sanggup jadi anjing suruhan, jadi pecacai penjilat kaki DAP semata-mata dengkikan UMNO, ini sangat jelas PAS adalah anjing suruhan DAP, selama-lamanya PAS adalah anjing suruhan DAP kerana PAS sangat kemaruk dengkikan UMNO hingga sanggup jadi anjing suruhan yang dicucuk hidungnya dan diseret ke sana ke mari macam hamba abdi untuk menjayakan agenda perosak DAP kepada orang-orang Islam dan bumiputera di negara ini.

      Sedarlah orang-orang Islam dan orang-orang bumiputera sekalian, ingatlah bahawa tragedi tragis pengkhianat oleh Rejimen Ke-10 Komunis Melayu kepada bangsa kita telah diwarisi oleh PAS, pengkhianatan PAS terhadap orang-orang Islam dan bumiputera kerana kedengkian mereka terhadap UMNO sebiji macam kebodohan Rejimen Ke-10 Komunis Melayu yang menjadi pecacai tahap anjing suruhan kepada Parti Komunis Malaya yang memporak perandakan orang-orang Islam dan orang-orang bumiputera suatu masa dahulu.

      Jika Rejimen Ke-10 Komunis Melayu hendak menjadi Malaysia sebagai republik komunis dengan menghapuskan segala kuasa sultan Melayu dan digantikan dengan Chin Peng menjadi Presiden Republik Komunis Malaya, maka PAS sanggup menjadi pecacai DAP yang mahu menghapuskan segala kedudukan istimewa Islam dan orang-orang bumiputera di negara ini. Dasar Malaysian Malaysia telah dicanangkan oleh PAS dengan nama baru iaitu Negara Kebajikan, ini semua adalah agenda DAP yang dilaksanakan oleh PAS yang menjadi anjing suruhan kepada DAP dalam Pakatan Rakyat selama ini.

      Di sebalik air mata kegembiraan Nik Aziz yang telah diperkudakan oleh DAP, di sebaliknya DAP ketawak terbahak-bahak melihat PAS begitu senang diperanjingkan, malahan Mursyidul Am PAS sudah dicucuk hidung dan diseret ke sana ke mari hinggakan air mata kesedihan dan penderitaan Dr. Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa diiring oleh sorak sorai Nik Aziz dan kuncu-kuncunya.

      Sedarlah semua rakyat Malaysia sekalian, selamatkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air dari dinodai oleh golongan perosak dan pengkhianat seperti PAS dan kuncu-kuncunya ini. Sedarlah semua, insaflah akan penderitaan orang-orang Islam dan bumiputera semasa ditindas oleh komunis sebelum ini. Insaflah semua. Sekian, terima kasih.

      Encik Mohamad.
      Nasionalis Melayu

  4. Mat Ito permalink
    January 28, 2013 7:39 am

    Tak salah dari segi undang2 atau budi pekerti berbeza dengan cara atau pejuangan PAS atau mana-mana kumpulan dan Parti pun. Begitu juga dengan UMNO. Rakyat / citizen Malaysia patut berbeza dengan UMNO, yang telah merampas peluang, hak dan kuasa rakyat 4 dekad sejeak tahun 1981.

    Saya ada bantahan dengan PAS atas pendirian yang tertentu. Dan prioriti atau keutamaan menyabit beza pendapat saya belum tiba masanya untuk diutarakan.

    Agaknya Saudara “Encik” Mohamad samada tak erti jadi orang “Melayu” atau belum dapat erti banyak perkara, semata-mata menjadi alat orang niat jahat yang pintar dan parasit, bilamana sepatutnya mereka sendiri boleh percaya penuh dengan diri.

    Tok Guru memulakan zaman baru dengan perubahan-perubahan dialog Muslim-Christian ini. Tentang Nasharuddin, dia patut seru batinnya dan tanya mengapa dia masih lagi jadi ahli PAS? Tinggalkan PAS dan buat apa yg dia hendak sendiri. Jangan-jangan dia R2D2, robot kelas II? Atau teruk lagi “drone’ ! :-))

    Kalau “Encik” Mohamad, hati-hati guna nama itu, nak bantah PAS kita boleh kongsi fikiran. Malangnya, saya agak Mohamad sendiri teragak-agak berfikir untuk sendiri.

    Tak apalah. Kalaupun basi, Sdra “Encik” Mohamad masih ada visi!

    Atau igauan…bukan visi basi pun ! ;-))

  5. encikmohamad permalink
    January 28, 2013 9:05 am

    Majlis sambutan hari lahir Nik Aziz juga adalah majlis meraikan kemenangan DAP yang berjaya menganjingkan PAS hingga PAS memecat Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama PAS.

    Mat Ito, saya tidak teragak-agak untuk berfikir kerana memang manusia perlu berfikir, saya menulis pun selepas berfikir, bukannya macam PAS yang buat itu dan ini baru nak berfikir.

    Malahan Nik Aziz memulakan zaman baru apa kejadahnya pula? Selama ini kerjasama UMNO dengan MIC dan MCA dituduh haram, dituduh berdosa oleh PAS, sekarang pasal apa boleh pula PAS menjadi talibarut DAP? Malahan PAS bukan saja talibarut DAP, tetapi PAS dah jadi anjing suruhan DAP, apakah sudah jadi mulia pula kerjasama politik dengan bukan Islam?

    Mat Ito, Barisan Nasional rampas hak rakyat apanya pula? Selama ini negara ini menjadi maju jaya diusahakan oleh Barisan Nasional, malahan kamu sendiri menikmati segala kemakmuran itu juga, kamu ini apa, sudah mabuk atau memang jenis bebal tak tahu berfikir?

    Sudahlah Mat Ito, jangan nak berpura-pura lagilah, PAS memang jelas adalah anjing suruhan DAP, itu memang dah terbukti, penindasan dan kezaliman PAS terhadap Ustaz Dato’ Dr. Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa adalah buktinya.

    Isu yang saya nyatakan ini tidak basi, malahan ianya adalah melibatkan kepentingan negara dan rakyat. Kamu yang ketinggalan zaman, membaca Harakah yang jenis haram jadah itu hingga jadi tolol sebegini. Sedarlah, insaflah dan bertaubatlah. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    • Mat Ito permalink
      January 29, 2013 5:33 am

      Encik Mohamad,

      You salah jejak sampai ke sini! Ada “some very serious mental issues”! ?

      Tak apa. Tak ada orang larang atau denda kau undi UMNO!

      Kalau kau beli durian busuk, itu hak kau! Salam ! :-):

  6. Abu Lokman Johari permalink
    January 28, 2013 12:21 pm

    Encik Mohamad has some very serious mental issues. He can’t fathom the progress made by legitimate political parties like PAS and DAP. He kept harping the same issue ad nauseum: that PAS is now under DAP’s control or vice versa. How pathetic and neanderthalistic thinking can one be? Please think outside the box for a change and try to look at it from a positive perspective. Although I know for a fact that Encik Mohamad who labeled himself as nasionalis melayu just cannot escape from thinking like a malay in the 1960s – full of paranoia, hatred (count how many times he used the word anjing!) and pure vitriol when he mentioned about Tok Guru Nik Aziz. According to him, only UMNO is the legitimate party to be in power for eternity in Malaysia. Sigh…I only have pity for this man for he is among the dying breed of a nearly extinct species: of a malay bigot, nationalistic idiot who can’t tell the difference between a good man and a dog.

  7. ramesh kanna permalink
    January 28, 2013 1:06 pm

    saya amat terharu dengan tok guru.saya tidak melihat beliau sebagai seorang yang memperjuangkan islam atau ajarannya.saya melihat beliau sebagai seorang negarawan yang paling relevan untuk manusia sejagat.tetapi yang pasti semua pemimpin pas menggunakan dan mengamati ajaran agama.what a beautiful islamic leaders.hanya pemimpin yang memegang dan menjalankan tugas berlandaskan ajaran agama yang dapat menonjol dalam hal politik.pemimpin pas telah,akan dan sedang membuktikannya.

  8. encikmohamad permalink
    February 5, 2013 5:47 pm

    Mat Ito, Abu Johari Lokman dan Jong, kamu semua tidak tahu menjawab pertanyaan saya, kemudian kamu semua menuduh saya ada masalah mental, sebenarnya, kamu semua yang bermasalah mental, masalah mental kamu semua adalah tidak tahu berfikir dengan waras dan menjadi penyokong yang tak reti menggunakan akal fikiran dengan normal.

    Mat Ito, saya tak beli pun durian busuk, saya beli durian yang berkualiti saja, sebab itu saya nilai dengan baik. Kamu pula jenis gelojoh dan tak tahu berfikir, durian yang busuk dan buruk pun kamu beli juga kerana dikatakan oleh penjualnya yakni tok guru kamu bahawa durian itu kononnya baik sangat.

    Dalam isu ini, Pakatan Rakyat sudah tiada apa hendak dihujahkan lagi hingga merapu tidak tentu pasal tetapi tidak tahu menjawab apa yang saya tanyakan. Sangat jelas Pakatan Rakyat sudah pening, sudah tidak tahu untuk melindungi keburukkan mereka, tetapi mereka terus hendak bersama keburukan itu. Inilah jenis yang tak tahu menilai baik dan buruk, menjadi pak turut tanpa menggunakan akal fikiran dengan waras.

    Sedarlah rakyat Malaysia sekalian, Pakatan Rakyat tuduh macam-macam kepada Barisan Nasional, tetapi Barisan Nasional jugalah yang membangunkan negara dan memberi berbagai bantuan kepada rakyat, sedangkan Pakatan Rakyat mana tau buat apa, mereka sibuk menghasut dan berpolitik siang dan malam sajalah, Pakatan Rakyat adalah golongan perosak, sedangkan Barisan Nasional adalah pembela rakyat, itu sangat jelas bagi orang yang mahu berfikir. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    • Abu Lokman Johari permalink
      February 5, 2013 10:11 pm

      Encik Mohamad,
      Sudah terang lagi bersalah kamulah yang bermasalah mental. Saya dengan terus terangnya menuduh kamu ni sebenarnya GILA. Terlalu sangat menyokong dan taksub dengan Barisan Nasional sehingga tak mampu nak lihat betapa terpesongnya BN dalam mentadbir negara ini.
      Buktinya? Berapa banyak skandal dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku sewaktu BN mentadbir negara ini? Cuba lihat negeri2 yang ditadbir Pakatan Rakyat. Ada skandal? Tak ada! Ada ahli DUN yang ditangkap rasuah? Tiada! Kenapa susah sangat nak percaya ada alternatif kepada BN?
      Sesungguhnya kamu ni Encik Mohamad sudah melampau. Kebaikan Pakatan Rakyat langsung tak mahu diakui sebaliknya menuduh mereka ini sudah hilang arahlah, tak bersatulah, gila kuasalah. Semuanya bohong dan fitnah semata-mata.
      Hentikanlah baca Suratkhabar Utusan Meloya dan Berita Hairan tu. Cuba fikir sejenak. Kalau betul suratkhabar tu menyokong Islam dan kerajaan yang bersih dan mengikut Al Quran dan sunnah, KENAPA ADA MAKLUMAT EMPAT NOMBOR EKOR MAGNUM DAN JUDI dalamnya? Dah terang lagi bersuluh suratkhabar tu dibaca oleh orang Melayu Islam, dan terang lagi bersuluh judi tu HARAM dalam Islam. Siapa hipokrit kat sini? Kamulah Encik Mohamad! Nasionalis melayu yang hipokrit! Tahu cuma nak menghentam dan mencaci maki orang sahaja. Baik kamu siapkan diri untuk hadiahkan pahala kepada orang yang kamu umpat dan keji tu ya. Semoga kamu BANKRAP di akhirat nanti kalau tak sempat bertaubat di dunia ni.
      SUDAHLAH, kalau saya layan lagi kamu ni, Encik Mohamad, lambat laun saya pun akan gila macam kamu. Saya tak mahu jadi gila macam kamu ni. Cukuplah seorang sahaja nasionalis melayu yang gila dan hipokrit kat dalam forum ni. Takpe bila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia ni kami berjanji takkan apa-apakan nasional melayu gila dan hipokrit. Kami akan biarkan sahaja golongan kamu ni gila meroyan dan terus mencaci-maki pemimpin Pakatan Rakyat sebab kami suka orang macam kamu ni sedekah pahala kebaikan kamu kepada kami. So, teruskanlah dengan caci-maki, umpat keji kamu tu. lagi banyak lagi bagus. Nanti bila dah habis pahala kamu, dosa kami pulak yang akan kamu tanggung. Padan muka!

  9. Abu Lokman Johari permalink
    February 5, 2013 10:15 pm

    Jong,
    We should just ignore this pathetic, ignorant and hypocrite little man by the name of Encik Mohamad. He can’t see the true picture and the truth obviously made him very uncomfortable. He belonged to the minority and almost extinct species. Let him be. The more we ‘layan’ him, the more of his ‘craziness’ will emerge.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: