Skip to content

Keputusan Majlis Syura tepati realiti semasa

January 15, 2013
Harakahdaily, 15 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan keputusan Majlis Syura berhubung dengan nama Allah baru-baru ini adalah paling tepat untuk realiti setempat di Malaysia masakini.

“Bagi saya keputusan Majlis Syura itu adalah paling wajar dalam isu ini,” kata beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor.
Menurut beliau, keputusan itu telah memperkukuhkan pandangan yang telah diberikan oleh Presiden dan juga Mursyidul Am PAS sebelum ini.

“Bagi saya, keputusan ini jame’ dan mani’ (sempurna dan tepat), tidak memberat-berat-ekstreme (la ifradh) dan tidak meringan-ringan-bermudah (la tafridh) dalam mahfumnya serta mengambil kemaslahatan dakwah secara menyeluruh,” tegas Dr Dzulkefly Ahmad yang juga AJK PAS Pusat.

Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini membuat keputusan, nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan bertulisnya berkata, orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah tetapi jangan disalahgunakan.

Namun ia tidak dihurai secara terperinci apa maksud jangan disalahgunakan itu.
Majlis Syura Ulamak PAS pula memutuskan dan mengulangi penegasan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah secara ‘hukum asal’ dari nas-nas Al-Quran sendiri (Fiqh Nusus).

Bagi Dr Dzulkefly, ia berbeza dengan Mufti Umno yang mengeluarkan kenyataan, boleh menjadi kafir dan murtad jika benarkan orang bukan Islam guna nama Allah.

Ini berlawanan dengan pendirian ulama PAS yang tidak mudah-mudah menjatuhkan hukuman ‘takfir’ mentelahan terdapat banyak nas dari Al-Quran secara qat’iy dan jelas (soreh) ia boleh digunakan.

Utusan melaporkan, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera. Katanya, kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah.

Menurut Dr Dzulkefly, ini sangat bertentangan dengan banyak nas termasuk yang diucapkan umat Islam 17 kali sehari dalam Al-Fatihah bahawa Allah ialah Rabb (Tuhan) seluruh Alam yakni makhluk beriman atau tidak beriman, Muslim, Ahli Kitab atau pun Musyrikin dan Tuhan seluruh semesta alam.
Majlis Syura dalam kenyataannya telah memperjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘jangan salah guna’ yang dibuat oleh Presiden PAS sebelum ini.

“Majlis Syura telah secara spesifik memperkemaskan penyataan itu dengan menegaskan, nama Allah tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God dan wajar dihalang kerana ia mengelirukan dalam suasana waqi’ dan realiti hari ini.

“Ia memperjelaskan apa yang dikatakan ‘jangan disalahgunakan’ oleh Presiden,” kata beliau.

Menurut Dr Dzulkefly, apa yang dilakukan oleh Majlis Syura, setelah jelas hukum asal perkara ini, adalah satu ijtihad berdasarkan keperluan masa dan waqi’ (persekitaran) kini (Fiqh al-Waqi’).

Ia pula sesuai dengan peranannya dalam ruang lingkup ‘Siyasah Syariah’ dan hal urus-tadbir (governance) keagamaan, mengambil pelbagai Qawaid Fiqiyyah seumpama Sadda Zari’ah (Menutup pintu-pintu kemudharatan dalam menjaga Maqasid Syara’ seperti Hifzul Deen) dan Al-Musyaqqah yuzaalu (Kekusutan dihapuskan).
“Inilah siasah syar’iyyah yang dilaksanakan oleh Majlis Syura. Ijtihad ini bagi saya tepat, wajar dengan masa dan suasana sekarang tambahan wujud pelbagai dakwaan pelbagai kelompok sehingga menimbulkan keresahan dan pertentangan antara agama.
“Sesuai dengan sifat ijtihad itu, ia boleh berubah apabila masa dan     suasana berubah (sepertimana wujudnya Qaul Qadim (ijtihad lama) dan Qaul Jadid (ijtihad baru) dalam Mazhab Syafie) ” katanya.

“20 tahun lagi, setelah pencerahan minda dan kebangunan ummat dapat kita usahakan, mungkin sahaja ijtihad ini akan berubah, Allahu ‘Alam,” katanya.

“Yang penting bagi saya jangan sampai kalimah Allah sahaja yang kita pertahankan sementara syariat Allah kita kesampingkan,” katanya berseloroh bercampur sinis.

Advertisements
6 Comments leave one →
  1. rosas delima permalink
    January 15, 2013 7:08 pm

    Menangani isu kalimah Allah melaui proses Ijtihad oleh Majlis Syura adalah satu proses & prosedur yg amat wajar. Wajar juga disarankan supaya pendekatan yg sama diamalkan dlm isu-isu syariah lain yg berkaitan dgn kepentingan pemikiran ummah seperti konsep negara Islam, pelaksanaan hukum hudud, demokrasi dan liberasasi dari perspektif Islam dsbnya. Bagaimana nak pastikan supaya jangan berlaku pula pihak-pihak atau kumpulan lain yg mendabik dada mengatakan “Itu pendapat/ijtihad mereka…kami tetap berpegang dgn pendirian/ijtihad kami.” Ini boleh timbul kerana matlamat perjuangan parti politik orang melayu Islam masih belum milikki panduan yg jelas ttg pelan strategi pembangunan ummah bagi mencapai tujuan siasah syariyyah dlm negara. This is another area of concern amongst the Malays. RD5

  2. encikmohamad permalink
    January 16, 2013 1:29 am

    Hadi Awang dalam Sinar Harian hari ini nak cuba konar baring macam Nik Aziz juga dengan menafikan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam walaupun tidak mencapai maksud yang sebenarnya, tapi sila lihat ucapan Hadi Awang berkaitan isu ini di sini:

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15774-kalimah-allah-islam-benarkan-tapi-jangan-salah-guna

    Sila lihat perkara nombor 4. ” Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah “Allah” dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.”

    Apa maknanya boleh guna kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran? Boleh guna untuk rujuk trinity ke?

    Nak konar baring apa lagi Hadi Awang, kenyataan Hadi Awang itu jelas bercanggah dengan pendirian Majlis Syura PAS yang baru bersidang dan dipengerusikan oleh Nik Aziz, malahan Hadi Awang ada dijemputkah ke mesyuarat berkenaan?

    Sekarang Nik Aziz dah konar baring, dia siap tikam Hadi Awang dari belakang lagi, bukan itu saja, Hadi Awang telah ditendang ke dalam perigi buta, terkontang-kontang kantinglah Hadi Awang sendirian diasak dari berbagai sudut oleh ahli-ahli PAS tanpa dipedulikan oleh pimpinan PAS yang lain, kerana yang terhegeh-hegeh sokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah Hadi Awang, sebab Hadi Awang yang buat kenyataan itu dengan Lim Kit Siang dan Anwar, pimpinan PAS yang lain tak mahu terjejas kedudukan mereka dalam parti, malahan Nik Aziz dah cuci tangan dan boleh berehat dengan geng-geng ulama kerana dah ada ketetapan baru yang berbeza dengan pendirian PAS yang dinyatakan oleh Hadi Awang sebelum ini.

    Hadi Awang telah dipergunakan dan diperalatkan untuk kepentingan golongan tertentu dalam PAS dalam isu ini, bila jadi masalah, dia yang dijadikan karung tinju untuk kena lanyak oleh ahli-ahli PAS akar umbi, ibarat habis madu sepah dibuang. Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

  3. encikmohamad permalink
    January 16, 2013 2:01 am

    PAS nak konar baring semasa tengah Whilly, terbabaslah kalau macam tu, lihat kenyataan rasmi PAS yang diumumkan oleh Hadi Awang bersama Lim Kit Siang dan Anwar semasa Pakatan Rakyat termasuk PAS bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, kenyataan adalah seperti berikut:

    “Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah “Allah” dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.”

    Malahan dalam kenyataan rasmi PAS yang terpapar nama Hadi Awang sebagai pemberi perutusan berhubung isu kalimah Allah yang dibenarkan oleh PAS untuk digunakan oleh bukan Islam, sila lihat perkara 4 perutusan tersebut:

    “Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah “Allah” dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.”

    Sekarang lihat pula kenyataan Majlis Syura PAS yang bermesyuarat selepas ahli-ahli PAS sendiri angin seluruh badan marah dengan pendirian rasmi PAS itu, maka dah ubah pula kononnya tak boleh guna kalimah Allah dalam ibadat bukan Islam pula, sebab tak boleh samakan Allah dengan perkara lain pula.

    Apa ini semua, pendirian rasmi PAS adalah sebagaimana ucapan oleh Hadi Awang dengan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, apakah pula status keputusan Majlis Syura PAS itu?

    Malahan masa mesyuarat Majlis Syura tersebut apakah Hadi Awang dijemput hadir ke mesyuarat tersebut? Jika tidak dijemput, mengapakah beliau tidak dijemput sedangkan beliau adalah Presiden PAS dan bukannya tukang cuci tandas di pejabat Nik Aziz?

    Jika dijemput dan hadir pula, mengapakah dalam kenyataan keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS tersebut hanya Nik Aziz dan Dr. Haron Din saja yang menandatangani kenyataan keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS itu? Mengapakah Hadi Awang tidak tandatangan keputusan itu juga kerana beliau adalah Presiden PAS dan bukannya tukang kebun di rumah Nik Aziz?

    Sila jelaskan mengapakah terjadinya hingga sebegini rupa? Janganlah PAS nak pusing sana sini, sedangkan para Rasul, para Nabi, para Anbia, para Solehin, para Tabiin, para Ulama Muktabar seperti 4 imam mazhab dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah pun sanggup mengaku jika ada buat sila dan mohon keampunan, malahan dalam mereka tak buat salah pun mereka siang malam memohon ampun dari Allah, siapa pula pimpinan PAS yang begitu keras kepala tidak mahu mengaku salah dan sibuk memutar belitkan semua fakta untuk membuatkan segala kesalahan nampak seperti kebenaran?

    Sedarlah perbuatan tidak mahu mengaku salah dan sibuk memutar belitkan kesalahan untuk dinampakkan sebagai kebenaran adalah perbuatan puak Syiah dan golongan Yahudi. Kerana dalam agama Yahudi mereka berbohong dibolehkan untuk kepentingan puak mereka walapun menindas orang lain. Begitulah juga dengan Syiah melalui konsep Taqiyah, boleh membohong untuk kepentingan diri sendiri dan puak sendiri walaupun perbuatan itu salah dan berdosa sebenarnya.

    PAS mesti menyatakan pendirian yang jelas oleh Hadi Awang sendiri dengan membuat perutusan pendirian rasmi PAS sebab dia adalah Presiden PAS berhubung isu ini dalam Harakah, SuaraTakAdilLangsung dan Roket, biar semua pihak dalam Pakatan Rakyat samada PAS, PKR dan DAP tahu akan pendirian rasmi PAS sekarang ini. Bersikap jujurlah. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

  4. abir permalink
    January 16, 2013 3:30 am

    Malaysia,for the past 5 years is in a revolutionary mode and its this revolutionary atmosphere which is giving the rakyat the courage to question,to push for reforms.In fact situation demands greater openness,and honest searching for the TRUTH of anything,which includes the mystery of ALLAH.At this critical juncture,Pakatan leaders should not be worried about “favorable moment in the future” to discuss sensitive issues.HKR112 has shown that ALLAH’s GRACE is there all the time,unseen by naked eyes,but HE is there,watching and guiding all the time.So,let there be more openness, and no more of dangerous dogmas,rituals which has suffocated and crippled the citizens of Malaysia for decades.

  5. Syed Othman bin Syed Abdurrahman permalink
    January 16, 2013 6:20 am

    Qaul qadim telah dimansukhkan hukum2nya melainkan atas 13 masalah yg masih kekal kata setengah ulamak Syafi’ie, maka yg mu’tamadnya ialah Qaul Jadid yg dipakai sampai sekarang.

    Maka adakah TGHA juga mempunyai Qaul Qadim dan Qaul Jadid spt Imam Syafi’ie dlm berfatwa?

    Bg Imam Syafi’ie, Qaul Jadid menasikhkan Qaul Qadimnya setelah ditemui nash2 yg lebih tepat dlm beliau berijtihad kerana ikhlaskan Allah swt, tiada kerana manusia atau ada syubhah lain .

    Tp Qaul Jadid atau Qadim bg TGHA nampaknya semcm sama berat, ia saolah2 bergantung kpd trend atau polar pengundi. Klu dpt menarik pengundi kristian, pakai Qaul Qadim dan jika ada ancaman anggota parti nak ‘jump ship’, maka cepat2 suruh rujuk kpd Qaul Jadid.

    Tanpa disedari ini juga jumlah dr doktrin ugama suku politik suku!

    Kemenagan politik adalh segala2nya,..krn berpegang kpd pesanan bhw takpa lah rahmat Allah jalla wa ‘azza mendahului kemurkanNya.

    Wallahu’alam.

  6. Peacemaker permalink
    January 16, 2013 10:52 am

    Allah tidak menyuruh manusia berkrisis, bergaduh dan membunuh atas namaNya tapi manusia yang akan berkrisis sesama mereka konon dengan alasan agama dan mempertahankan namaNya.

    Allah tidak memberi hak monopoli kepada sesuatu bangsa, agama, budaya atau geografi tertentu sebagai syarat menggunakan namaNya.

    Tindakan mengawal di semenanjung secara umumnya hanya akan menunjukkan tahap kerendahan intelektual orang yang selalu beremosi dalam agama dan juga sikap double standard dalam dakwah terhadap non-muslim.

    Sekiranya penggunaan namaNya oleh orang bukan Islam tidak dibenarkan di semenanjung, ini hanyalah tidak lebih dari keperluan :

    1. Memuaskan tuntutan nafsu politik setempat

    atau

    2. Gangguan Ketenteraman awam yang mungkin akan dicetuskan oleh kelompok tidak matang. Tidak lebih dari itu. (Ibarat di persimpangan lampu isyarat, walau pun lampunya telah hijau (kita berhak), namun kalau kita nampak ada lori gila yang sedang merempuh lampu merah, maka adalah lebih baik kita bersabar sahaja dari menuntuk hak kita buat sementara waktu).

    Jadi kepada Non-Muslim, you have to expect the consequence from of the irrational group. If you think it is worth cause for you claim the rights openly and legally, than i would say you are not smart guy at the traffic light because it is not worth a struggle.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: