Skip to content

HKR: Mari kita mulakan politik kasih sayang

January 12, 2013
Harakahdaily, 12 Jan 2013

 

KUALA LUMPUR: “Mari kita mulakan politik baru iaitu politik kasih sayang,” ujar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

 

(Sebahagian hadirin pada Countdown Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi. Foto: Telok Bakong Online)

 

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat menyertai HKR di Stadium Merdeka, hari ini untuk menjayakan hasrat membina politik baru di negara ini.

 

“Kita mahu menolak politik lama yang penuh dengan kejijikan adu domba, perkauman sempit dan politik yang bakar sentimen agama dalam kalangan rakyat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.

 

Katanya, Pakatan Rakyat akan menjadikan politik asas pentadbiran negara apabila menerajui pemerintahan bagi menggantikan politik lama yang diamalkan Umno BN.

 

Dalam pada itu, Jawatankuasa Himpunan Kuala Lumpur menetapkan lapan lokasi berkumpul sebelum bergerak ke Stadium Merdeka, hari ini.

 

Mereka juga meminta peserta berkumpul seawal jam 10 pagi dan mematuhi segala arahan komander di lokasi yang ditetapkan.

 

Tidak ada sebarang perarakan sebaliknya tempat berkumpul tersebut bagi memudahkan pergerakan orang ramai berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

Berikut adalah lokasi berkumpul, laluan dan komander bertugas:

1Amcorp Mall, Petaling Jaya Laluan: Lebuhraya Persekutuan – Jalan Pantai Baharu – Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan.

2. Masjid Arrahman, UM Laluan: Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.

3. Brickfields Laluan: Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar – Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran. 4

. KLCC Laluan: Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka Komander: Dato’ Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.

5.Kelab Sultan Sulaiman Laluan: Jalan Abdul Razak – Jalan Raja Abdullah – Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard)

6. Pasar Seni Laluan: Jalan H.S Lee – Jalan Sultan – Stadium Merdeka. Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.

7.Jalan Sultan Laluan: Jalan Hang Jebat – Stadium Merdeka.    Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.

8. Masjid Negara Laluan: Bulatan KTM – Jalan Sulaiman – Jalan Maharajalela – Stadium Merdeka. Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: