Skip to content

Menziarahi kembali –(Revisiting)– Muktamar PAS dan PAU.

December 6, 2012

Kedua-dua Muktamar Tahunan PAS (MTP) dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru sahaja selesai dianjurkan. PAU yang baru beberapa hari melabuhkan tirainya tentunya mempunyai ‘advantage tertentu’ berbanding MTP yang diadakan dua minggu lebih awal.

Pelbagai analisis telah mula terbit dalam segenap media cetak, elektronik serta media sosial, dari sisi-sisi pandang yang serba rencam dan menarik.

Tentunya setiap pandangan dan analisis mewakili sesuatu anutan dan kepercayaan politik meskipun yang melontarkan ide-ide tersebut adalah orang akademik atau pihak ‘think-tank’ yang lazim mendakwa mereka bebas dan tidak partisan atau berpihak.

Penulisan ini tidak mendakwa analisis ini bebas kepentingan politik. Tentunya tidak. Namun penulis berharap bacaan sehingga kehujung nanti jelas mempamirkan cita-citanya memupuk pencerahan minda tanpa ‘fear atau favour’ dengan izin, atau rasa takut dan gentar kepada cemuhan dan kritik dari mana pun datangnya.

Justeru kerana had dan ruang yang terbatas pilihan tajuk adalah diakui ‘selektif’. Tidak semua yang  akan dapat disebut dan tentunya ada yang berasa tidak puas.

Dari hal Muktamar (MTP) da Perhimpunan (PAU)

Kedua-dua MTP dan PAU didahului oleh Pemuda dan Wanitanya. Bezanya, sementara PAS mempunyai Dewan Ulama’ yang turut bermuktamar, Umno memilikki Puteri yang juga bersidang sebagai dewan. PAS belum lagi mengangkat ‘Amirah’nya untuk bersidang sebagai dewan lagi seperti ‘Puteri’.

Meskipun banyak perkara menarik yang harus dirakamkan, ada baiknya ia tidak mendahului analisis Ucapan Dasar kedua-dua Presiden PAS dan Umno.

Dari hal Ucapan Dasar kedua-dua Presiden

Tidak wajar bagi penulis menyatakan bahawa di segi Ucapan Dasar; Presiden PAS boleh diberi markah yang lebih baik dari Presiden Umno. Anda boleh sahaja memilikki penilaian yang berbeza, namun hati kecil anda tetap akan mengakui bahawa Presiden PAS, yang diakui umum kehebatan berpidatonya, tidak perlu meninggikan suaranya dan berteriak lebih dari yang diperlukan.

Emosinya lebih terkawal meskipun membuat ucapan muktamar terakhir sebelum ‘perang besar’ bertempur lawan. Sukar bagi penulis untuk memberikan komentar yang sama kepada Presiden Umno yang tampaknya sangat tertekan dan desperate sekali untuk ‘tenteranya’ faham benar-benar ucapannya. Semacam itu penentu segala kalah menang, hidup-mati partinya. Namu peleknya, ‘ancaman’ akhirnya tidak bersabit seteru atau lawan tapi dari hal ‘tentera’nya sendiri yang beliau kata ‘lebih saya takuti’.

Maka, sementara Presiden PAS menerangkan ‘road-map’nya ke Putrajaya dan bagaimana untuk berjaya ke situ, Presiden Umno membelasah lawannya cukup-cukup pada awalnya tetapi berakhir dengan memberi ‘kata-dua’ serta mengancam yang bakal belot kerana ‘tidak dipilih bertanding’. Beliau tegaskan bukan sahaja mahu menang tapi menang dengan 2/3 majoriti di parlimen. Mengapa dan juga bagaimana untuk menggapai cita-citanya, tidak sangat dihuraikan. Dua ucapan yang sangat berbeza dari sudut gaya, isi dan penekanan.

Ucapan Dasar Presiden PAS disambut baik oleh pelbagai pihak. Mantap, menyeluruh dan jelas, kata mereka. Penulis kesempatan menerima ucapan tahniah buat Tuan Guru Presiden dari kawan-kawan merentasi kaum dan agama, pihak awam, swasta, usahawan dan golongan korporat bahkan sms dan tweets dari dekat dan jauh.

Ucapan Presiden Umno juga menarik dianalisis  dengan lebih mendalam. Anda berhak memberi penilaian secara jujur dan terbuka. Menyebutkan bahawa “Umno lebih tertib dari PAS, lebih demokratik dari PKR dan lebih inklusif dari DAP” merupakan dakwaan yang begitu berani oleh Presiden Umno. Ramai yang mungkin kurang senang dengan cubaannya itu.

Amat mengejutkan apabila beliau mendakwa dirinya penyelamat negara dari kemelut ekonomi global, berjaya mengeluar negara dari ‘perangkap pendapatan sederhana’ dan kini kea rah pacuan ekonomi berprestasi tinggi. Lebih mengejutkan apabila beliau mendakwa lebih baik dari seteru  ketatnya sebagai seorang Menteri Kewangan yakni Ketua Pembangkang itu. Umum juga mahu tahu kalau-kalau statistik di segi i. defisit fiskal negara, ii. hutang kerajaan Pusat dan iii. kadar pertumbuhan, boleh beliau utarakan bersama. Malang, statistik membuktikan sebaliknya!

Presiden Umno itu tidak melepaskan peluang menghubungkan perjuangan parti itu dengan Islam bahkan mendakwa ‘Umno lebih Islamik dari PAS’. Cubaannya amat ganjil dan tidak enak didegar kerana umum sukar mendamaikan tuntutan Islam dengan perbuatan dan tabiat penguasa dan elit tertingginya parti itu. Tentunya sukar.

Sukar juga memahami kalau Islamlah yang dijadikan dasar dan ikutan Umno yang dipimpinnya, maka apakah Islam juga yang patut dipersalahkan umum dengan saratnya rasuah dan salah guna kuasa oleh partinya – ‘penagihan-addiction’ kronik yang telah menjadi sinonim dengan gelagat dan tabiat elit pemimpin parti Melayu itu di seluruh peringkat sampai ke pemimpin bahagaian dan cawangan parti.

Dalam suasana serba ‘desperate’ itu, mahu saja Presiden Umno ini memadam hakikat bahawa dasar partinya ‘Ketuanan Melayu’ (Malay Supremacy) dan slogannya ‘Hidup Melayu’ dan ideologinya Nasionalisme Melayu. Tidak dinafikan Umno cuba berubah, mentelahan berhadapan dengan satu pilihanraya yang mengancam kesinambungan kuasa dan kerajaannya. Tetapi itukan satu cita-cita, lebih tepat lagi omongan dalam situasi terdesak seperti hari ini, yang belum lagi berupa realiti.

Permohonan maafnya dalam bahasa kiasannya tentang ‘bumi mana tidak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak..’ diharapkan beliau akan menimbulkan ihsan-belas rakyat kepadanya dan pemimpin partinya untuk mereka di’ampuni’ oleh rakyat. Apakah ‘dosa-dosa’ dan ‘jenayah’ mereka tidak pula disebut oleh Presiden Umno itu. Keputusan PRU nanti akan menentukan apakah semudah itu untuk rakyat memaafkan penguasa politik yang kini hanya bergantung harap kepada sokongan orang Melayu.

Paling tidak sopan apabila Presidennya tidak melepaskan peluang mengancam rakyat, khasnya orang Melayu supaya tidak menjalankan ‘uji-kaji’ atau ‘mencuba-cuba’ dengan pertukaran kerajaan. 5 tahun masa yang lama tegas beliau. Ancaman sama dibuat oleh Timbalan dan Ketua Wanitanya terlebih dahulu.

Ketua Wanita langsung menyebutkan tentang 13 Mei sebagai ‘hantu’ atau ‘bogey’ menakutkan rakyat supaya ‘tidak berubah’ dan kekal dengan Umno-BN. Apakah slogan ‘Katakan Tidak kepada Pakatan’ bakal menerima nasib yang sama kepada katakan ‘Tidak’ kepada kempen anti-rokok? Kalau rokok yang buruk itu pun gagal, apatah lagi Pakatan yang rakyat ‘kecapi nikmat’nya di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Aduhai Presiden Umno….

Dari hal perbahasan Perhimpunan dan Muktamar

Penulis juga akan berterus terang tentang hal muktamar dan perhimpunan. Tidak ada baiknya kalau penulis sekadar ‘bermanis mulut’ atau cuba untuk ‘spin’ satu yang tidak benar. Demi perjuangan dan pencerahan minda rakyat, penulis akan menyatakan ‘qaulan sadida’ – ‘perkataan yang benar’ tentuya dari sisi pandangnya yang sifatnya ‘nisby atau relatif’ dan ‘tidak absolute’. Jangan melenting..relaks dan terima sebagai ‘input luar’ yang tidak menuntut bayaran ‘intellectual property’ ini.

Perbandingan  perbahasan MTP dan PAU menyerlahkan perbezaan ketara. Sementara perwakilan PAS dalam MTP bebas menyuarakan apa jua yang dirasakan dekat dihati pengucap dari negeri-negeri dan dewan-dewan, termasuk dari Dewan Perhimpunan PAS Pusat (DHPP) yang mewakili mereka, ternyata pada kali ini, Umno telah ‘stage-managed’ atau ‘menyusun-atur’ ucapan perwakilan2nya dalam PAU itu.

Jelas PAU mempunyai ‘advantage’ di segi, ini kerana dapat mengambil iktibar dari pengalaman MTP yang berlangsung lebih awal. Umno kelihatan ‘mengawal’ isi serta fokas pengucapnya. Tidak seperti lazim, contohnya seperti PAU lalu, perwakilan bebas mengangkat isu NFC dan rasuah pelbagai pihak. Tidak pelik kalau tidak ada sesiapa pun yang berani menyinggung isu-isu kepincangan tadbir-urus kerajaan BN dan hal-hal dalaman parti tersebut.

Keseluruhan perbahasan baik di peringkat Dewan Pemuda, Wanita atau Puteri adalah menjuruskan serangan kepada seteru dan musuh sekaligus mengalih pandangan umum terhadap ‘kepincangan’ lawan politiknya. Umno sangat licik menggunakan kaedah itu sehingga dilihat mereka semacam ‘berpadu dan bersatu hati’.

Nyawa Umno di hujug tanduk

Amat luar biasa emosi dan tenaga mereka seolah-olah keesokan itu akan terus berperang. Teriakan Hidup Umno!,Hidup Malaysia!, kini ditambah dengan slogan Hidup Rakyat dan Allahu Akbar! Terasa akan janggalnya tetapi itulah perubahan Umno pada saat-saat nyawa dan kuasa sudah di hujung khalkum.

Umno kelihatan sangat berkehendak untuk menang justeru tidak mempedulikan isu-isu yang minta diselesaikan oleh rakyat. Tampak PWTC itu agak ‘terpisah’ (aloof-divorced) dari denyut-nadi rakyat teramai. Tidak hairan kalau Presiden menggunakan kalimat ‘sudah sampai masanya kita kembali kepada rakyat’ dalam awal ucapan beliau. Penulis ini spontan mengicaukan tweetya ‘Oops..selama ini di mana ya?’.

Sukar untuk menghubung ucapan perbahasan dengan realiti kecuali kalau yang dikatakan adalah apa yang hendak dibuat pemimpin itu dan bukan kerja yang telah dibuat. Kalau mahu diukur ‘kerja buat’ Umno, sangat sukar untuk dipadankan dengan ucapan perwakilan.

Kewujudan jurang kaya-miskin yang terus melebar khasnya dalam etnik Melayu, pembolotan kekayaan secara rakus oleh segelintir manusia kaya-superkaya (rich-super rich) di kalangan elit bisnes-politik, kelompok besar yang layak terima BRIM serta masih ramai pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, mendahulukan kepentingan bisnes dari keselamatan-kesihatan rakyat seperti projek Lynas, penularan rasuah-salah guna kuasa dan pelbagai kebejatan tadbir-urus kewangan negara khasnya hutang kritikal kerajaan Pusat, hutang isi-rumah dan korporat-GLCs, merompak hak rakyat seperti royalti Kelantan, adalah lambang kepincangan tadbir-urus kewangan dan pembangunan Umno-BN (UBN) untuk kesekian lamanya.

Justeru, perbahasan dalam PAU, kerana telah ‘disusun-atur’ tidak langsung diizikan menyebut kelemahan pentadbiran UBN. Ia gagal menyuntik keyakinan bahawa Umno ada perancangan serta agenda bertindak untuk menangani gejala dan kepincangan ini. Ini yang ditunggu-tunggu orang Melayu-Islam bukan retorika dan lagu lama bahawa Melayu akan terancam apabila Pakatan mengambil alih kuasa.

Perbahasan MTP lain pula halnya. Benar bagai dek kata. Demokrasi hidup subur dalam PAS dan muktamarnya membuktik hakikat tersebut. Syabas! Namun MTP jelas membuktikan bahawa tidak semua perwakilan ‘berjaya’ mengangkat agenda perubahan yang dihajati Presiden parti itu. Ucapan yang menyeluruh dan terperinci di segi ‘pengarahan’ dan ‘strategi umum’ bagi menghadapi PRU ke-13 tidak disambut dengan perbahasan yang menjurus kea rah memfokas ‘pertarungan’ PRU ke-13. Sebaliknya sebahagian besar perbahasan MTP bersifat ‘dalaman’ yang tidak ‘konstruktif-produktif’ untuk PRU ke-13, kerana sentiasa mencari kelompok ‘yang bersalah’ (witch-hunting). Penjelasan fenomena ini akan dihuraikan nanti.

Penulis perhatikan bahawa perwakilan ‘kurang berjaya’ mencerap dan menggarap mesej utama Presiden bahawa PAS berada di kedudukan paling baik dalam jatuh-bangun perjuanganya di persada politik nasional. Tawaran “Negara Berkebajikan – Teras Perpaduan” tidak digarap dan terus dimaknakan oleh perbahasan perwakilan dalam pengalaman pemeritahan atau ‘tajribah siasah’ ketika mengecapi sedikit kuasa dalam parlimen ke-12 dalam mentadbir 4 buah negeri Pakatan, khasnya dengan Kelantan yang sudah melepasi dua dekad.

Ternyata, sesungguhnya bahawa perwakilan ‘terperangkap’ dengan serangan musuh-musuh politik luaran dan ‘dalaman’ yang kerap merobek kepercayaan ahli bahkan mungkin juga segelintir kepimpinan bahawa kononya PAS telah menyeleweng dengan Negara Berkebajikan dan meninggalkan Negara Islam. Serangan bahawa PAS telah luntur, tergelincir dan ‘tidak dominan’ sebenar mengesani psikologi perwakilan dan parti. Bahkan di perhatikan bahawa Majlis Syura Ulama sendiri terpaksa menjawab serangan kuncu-kuncu jahat Umno dengan pernyataan “PAS masih di atas landasan asal perjuangannya”. Pemerhatian penulis juga disokongan sesetengah pengamat politik; ‘Mengapa sampai begini tertekannya PAS?’.

Pasca Muktamar, PAS wajar meninggalkan polemik ini kerana penulis dapati sehingga keluaran mutakhir Harakah, masih melayan serangan UBN ini. Ini sangat merugikan masa dan sumber parti  kerana bentuk penerangan yang PAS wajar dayakan seterusnya adalah mengertikan dan memaknakan Negara Berkebajikan- Baldatun Taiyyibah- dalam bentuk polisi dan progam kerajaan yang kita sedang pimpin dan bakal terus ditadbir.

PAS-Pakatan Alternatif Viable dan Lebih Baik

PAS tidak perlu mengulang-ulang bahawa ‘PAS komited kepada Tahaaluf  Siyasi’ kerana tiada siapa yang sangsi kecuali kalau-kalau ada di kalangan ahli dan kepimpinan yang masih curiga dan tidak puas diterangkan oleh kepimpinan tertinggi parti sendiri.

Di ambang PRU ke-13 MTP sepatutnya terus meyakinkan bahawa PAS dan Pakatan adalah alternatif lebih baik dan mampu membawa Negara keluar dari pelbagai kebejatan moral, ekonomi dan kewangan akibat dari tadbir-urus yang bobrok oleh segelintir kepimpinan UBN yang rakus dan tamak.

Namun perwakilan tetap PAS berjaya menonjolkan kepimpinan Umno sebagai tidak mempedulikan perhitungan pahala-dosa, syurga-neraka dan baik-buruk keatas rakyat seluruhnya. Cukup untuk menyerlahkan lambang kebobrokan Umno dengan NFC dan kebobrokan perpaduan BN merompak Negara dengan PKFZ.

Bagi membuktikan PAS tetap dominan dan ‘bukan melukut tepi gantang’ terdapat perwakilan yang secara tidak menghitung kesan baik-buruk politik pilihanraya, dengan tidak dibawa melalui usul, spontan mengesyorkan sesuatu yang ditanggapi umum sebagai ‘menembak di kaki sendiri’. Peringatan sopan dan penuh berhemah Presiden PAS wajar diulangi acapkali.

Penulis memerhatikan kesemua ini sebagai usaha menjawab-balas serangan musuh dan seteru politik PAS yang menceburui kedudukan PAS yang memposisi perjuangan Islam yang ditengah-tengah persada politik nasional. Sesungguhya, ‘Slogan PAS for All’ dan kini ‘Islam for All’ adalah sangat digeruni seteru politik PAS yakni Umno dan kuncu-kuncunya. PAS terus menempah pelebaran sokongan hasil penerangan yang menampilkan ISLAM sebagai “Rahmah ke atas Semua” (Islam – A Mercy unto All Mankind and the Universe).

Sokongan Melayu-Islam ‘pertengahan’, sebagai tambahan penting kepada segmen Melayu-Islam tegar di ‘Malay belt’, sokongan kaum Cina-India, khasnya terbukti dengan keterlibatan DHPP, adalah antara perkembangan ‘Political Islam” paling menarik dalam pengalaman Gerakan Islam Kontemporari dalam dekad mutakhir ini. Barat dan medianya juga sangat waspada akan perkembangan ini.

Kekuatan PAS ini harus segera difahami dan dihayati oleh kesemua pimpinan dan ahli serta pendokong PAS, lantas terus mengukuhkan posisi dan pelebaran sokongan parti Islam itu. Melakukan kesilapan berulangkali bakal mencetuskan kesangsian bahkan ketakutan di kalangan pelbagai segmen pengundi yang baru berjinak dengan PAS termasuk DHPP itu sendiri.

MTP dan PAU telah berlalu dan membawa pengalaman dan naratifnya tersendiri. Hanya kelompok yang terus memperbaikki dirinya akan bersedia dan mampu memerintah. Adapun kelompok yang hidup dalam alam khayalannya akan mendapati dirinya diperintah. PAS dan Pakatan kini bersedia memunggah segala sumber dan kekuatan hingga ke garis penamat.

Benar, kemenangan bukan segala-galanya, tetapi segala cita-cita menegakkan Keadilan-Kebenaran serta merakyatkan kemakmuran negara berteraskan ‘UbudiyyatilLah’ akan hanya mampu diusahakan setelah kemenangan dan sedikit kuasa dianugerahkan Allah disyukuri dan dizahirkan….Ingat doa Nabi Yusuf di dalam Al-Quran….Rabbi, qad aataitani minal mulki…..Tuhanku, sesugguhnya kalau telah augerahkanku sedikit dari Kuasa KerajaanMu….

PAS dan rakan-rakan Pakatannya bersedia untuk menunaikan Amanah besar ini dengan izin Allah jua!

Takbir! Allahu Akbar!

Dr Dzulkefly Ahmad, AJK Pas Pusat

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. Black Arrow permalink
    December 7, 2012 12:46 am

    The PAU people did not talk about which direction the nation is going because they were busy bashing up Pakatan Rakyat. It is a waste of precious time listening to these PAU people.

  2. hakimi abdul jabar permalink
    December 8, 2012 5:01 pm

    ©Hakimi bin Abdul Jabar, Batu Pahat, Johor (24 Muharam 1434H).

    Assalamualaikum w.b.h. Y.B. Dr. Dzulkefly Ahmad,

    Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah, the Most Benificent, the Most Merciful.
    Firstly, I would like to start my piece by continuously stating all praises to Almighty Allah (Allah SWT) and prayers (selawat) and greetings/salutations (salam) to our beloved Prophet Muhammad (p.b.u.h.), Allah’s servant and final messenger (khatamul anbiya’). Peace and blessings of the Almighty be upon our beloved Prophet Muhammad, his family, his companions and all those whose followed.

    Our praises are exclusively for Almighty Allah and we beseech our pleas only towards His assistance and forgiveness. We seek refuge by Him from all evils and misdeeds. He is our sole Lord and Master, the Supreme Sovereign and Creator of the Universe and the Ghaib (invisible/unknown).

    Subhannallah (Most High Allah). Alhamdulillah (All Praises to Allah). La ilaha ilallah (There is no true deity but Allah). Allahuakbar (Allah is Great).
    I solemnly testity that there is no true deity but Allah alone. Almighty Allah shares no partner, neither does He beget nor is He begotten and I solemnly testify that Prophet Muhammad is His servant and Messenger.

    “O mankind, fear the Lord who created you from a single person and created of it its’ mate, and out of the two spread abroad a multitude of men and women. Fear Allah, through Whom you demand your mutual (rights) from one another, and (keep your relationship with your relatives), for Allah ever watches you.”

    “O ye who believe, fear Allah and state the righteous truth, for He will make ye deeds sound and He will forgive your sins. Whomsoever obeys Allah and His Messenger has truly achieved the highest victory.” (33:70-71)

    Dr. Dzul, (I hope you don’t mind me leaving out the honorifics, you surely don’t strike me as that sort of person), I would like to state my pleasure in having recently read your thought-provoking corpora, Striving for Change, a consummate cantata bereft of any convolutions that brings forth rigorous corny convulsions. Nevertheless, let’s digress and read the following articles:-

    Syeikh Islam Yusof al-Qardhawi menyanggah fatwa Tan Sri Harussani

    Posted by Saiful at 2:47 PM | | Perang adalah strategi. Strategi adalah tipu-helah. Peperangan dalam politik adalah peperangan saraf dan mental. Psycological of warfare yang berkesan akan menarik sokongan serta menjauhkan dan meninggalkan musuh daripada mendapat sokongan. Mereka menggunakan segenap ruang dan peluang. Samada bertahan atau menyerang. Dalam suasana seperti inilah orang yang bijak mengambil kesempatan dan peluang nescaya ia memperolehi kemenangan. Perang itu adalah muslihat. Ia disebut oleh Baginda Saw sendiri dengan sabdanya:

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَلَكَ كِسْرَى ثُمَّ لَا يَكُونُ كِسْرَى بَعْدَهُ وَقَيْصَرٌ لَيَهْلِكَنَّ ثُمَّ لَا يَكُونُ قَيْصَرٌ بَعْدَهُ وَلَتُقْسَمَنَّ كُنُوزُهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَسَمَّى الْحَرْبَ خَدْعَةً
    Daripada Abu Hurayrah r.a: Bahawa Nabi Saw telah bersabda: “Akan jatuhnya Kisra dan tiada lagi Kisra selepas itu dan akan tumbangnya Kaisar dan tiada lagi Kaisar selepas itu. Kamu akan membahagikan hartanya fi sabilillah dan dinamakan perang itu adalah muslihat”. Riwayat Bukhari.

    Boleh murtad jika perlekeh Islam

    Ahad, 18 November 2012 17:44

    Ditulis oleh Harakahdaily
    PDF | Cetak | E-mail KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

    Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

    “Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

    “Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

    Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

    “PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

    “Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya,” tegasnya memberi analogi.

    Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad.

    Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.

    “Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir,” katanya tidak mahu mengulas panjang.

    Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk ‘Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam’, menyebut;

    Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

    Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

    Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

    1. “Hukum apa ini?”

    2. “Hukum ini sudah lapuk.”

    3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.”

    4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus.”

    5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

    6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

    7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

    8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

    9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya.

    10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

    11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya.

    12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

    13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

    ISLAM SEDERHANA: Ajaran baru UMNO
    Diterbitkan pada 28 February 2011 Kategori Isu Semasa, Ucapan

    Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini.

    Menurut laman web National Review Online, Perdana Menteri itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence and extremism (keganasan dan berfahaman melampau).

    Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah :

    “Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism”
    (kebimbangan berasaskan kepada sokongan Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan).

    Saya kira Perdana Menteri itu sudah lupa langit ‘tinggi-rendah’ sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, lawatannya ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ. Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam. Hari ini Perdana Menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia. Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru UMNO.

    Atatürk created a modern and secular state, using his great prestige and charisma to introduce a vast programme of reforms. These included abolishing the caliphate, which embodied the religious authority of the sultans, and all other Islamic institutions; introducing Western law codes, dress, and calendar; using the Latin alphabet; and removing (1928) the constitutional provision naming Islam as the state religion. By 1931 the ideology of the regime, known as Kemalism or Atatürkism, was articulated and defined by six principles: republicanism, nationalism, populism, statism, secularism, and revolutionism. In 1919 Atatürk had been first among equals, but by 1926 he had eliminated all political rivals, using an alleged assassination conspiracy as the excuse. Thereafter, although he ruled as an autocrat, his regime was in fact based on an alliance of the civil and military bureaucracy, the newly developed bourgeoisie, and the landowners. Microsoft ® Encarta ® Encyclopedia 2003. © 1993-2002 Microsoft Corporation. All rights reserved.

    Dr. Dzul, correct me if I’m wrong, but it is to my simplistic heuristic understanding that any attempt (deliberate or otherwise) at abusing/belittling/defiling/demeaning/rejecting the completeness of Islam (kaffah/syumul) is hitherto tantamount towards the blatant denial/wanton rejection/capricious selection and denigration of Islam, Iman, Ihsan, siyassah syariah (shariah based politics), maqasid syariah (purpose and intent of the shariah:- namely; life, faith, affinity, mental and property), justice, righteousness, truthfulness and himayah al Maslahah al ‘Ammah (protection of public interest). Isn’t it that obvious? They aren’t even that embarrassed in entering any Baitullah (mosque/surau) in performing their prayers?

    Ulama’ mufasirin (acclaimed and renowned commentators of the Holy Quran) in their exegesis have stated that the righteous path is the Al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w. and Sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin.

    Is it not a renowned Muslim scholar that first created and invented the numeral zero in mathematical applications? Imagine a world without it. Hence, it is Islam that turns One from zero to Hero! (29:41-46) [Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR] Takbir! Allahuakbar!

    “O mankind, fear the Lord who created you from a single person and created of it its’ mate, and out of the two spread abroad a multitude of men and women. Fear Allah, through Whom you demand your mutual (rights) from one another, and (keep your relationship with your relatives), for Allah ever watches you.”

    “O ye who believe, fear Allah and state the righteous truth, for He will make ye deeds sound and He will forgive your sins. Whomsoever obeys Allah and His Messenger has truly achieved the highest victory.” (33:70-71)

    Jazakumullahu khairan kathiran.

    Sincerely,
    ©Hakimi bin Abdul Jabar, Batu Pahat, Johor. [I’m a newly minted PAS member since August 2010]

    c.c. Ustaz Idris Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: