Skip to content

SALOON: Rundingan dan perbincangan terbaik bagi segala masalah

November 28, 2012

Kenyataan Media
Presiden PAS,
YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
13 Muharram 134/ 27 November 2012

PAS memandang serius kebimbangan orang-orang Bukan Islam tentang pertikaian isu Salun (Kedai Gunting Rambut) di Kelantan.

PAS percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan perlaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam keatas Orang Bukan Islam.

Ini dibuktikan dengan Penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 tidak terpakai ke atas Orang Bukan Islam.

Dalam masa yang sama Kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya, atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.

Sehubungan dengan Isu Salun (Kedai Gunting Rambut) ini PAS percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah untuk tujuan tersebut.

PAS Pusat telahpun dimaklumkan oleh Kerajaan negeri Kelantan bahawa mereka bersedia menimbangkan cadangan semua pihak daripada Kumpulan Bukan Islam bagi membincangkan dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini mengikut Konsep Hak Kebebasan anutan orang-orang Bukan Islam

PAS Pusat, sangat mengalu-alukan sikap keterbukaan Kerajaan Kelantan.

PAS sentiasa komited menyelesaikan apa jua permasalahan melalui pintu rundingan.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: