Skip to content

Mesir dan Turki akan pertahan Gaza – Erdoğan

November 20, 2012

Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.  1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!  2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!  3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.  4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.  5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.  6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.  7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.  8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.  9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.  10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.  11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.  12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.  13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.  14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.  15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdoğan melalui ucapannya di Cairo University  mengajak pemuda Mesir yang membuat revolusi di negara itu sebelum ini  bersama-sama pemuda Turki mempertahankan Gaza yang kini sedang diserang  Israel.

Berikut adalah ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.

1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu  bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini,  Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana  kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat  Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang  melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada  mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yang bertamadun tinggi dan  penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan  kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di  wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan keagamaan untuk kita membantu.  Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan  keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan  mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi  apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang  terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling  memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana  mengimani perkara yang sama.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Anti Pemimpin Sekular permalink
    November 24, 2012 5:22 pm

    Retorik!. Kenapa tak hantar tentera je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: