Skip to content

Jakim, PM perlu bertanggungjawab atas kenyataan Chua

October 23, 2012

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menyamakan kenyataan Presiden MCA berkenaan hudud sebagai “fear mongering”.

Sekitar Dewan Rakyat

K Pragalath | October 23, 2012 (FMT)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) diminta bertanggungjawab ke atas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disifatkan menghina Islam dengan menanamkan bibit ketakutan terhadap pelaksanaan hudud. 
“Bagaimana seorang penguasa, pemimpin BN (Barisan Nasional) cukup tidak bertanggungjawab dalam menyuntik “fear mongering” dan
“scare mongering”. Sangat terkilan umat melihat parti begitu “desperate” hingga sanggup menghina Islam sedemikian.
“Jakim dan Perdana Menteri harus bertanggungjawab. Apakah Umno semakin lemah hingga MCA berani membuat serangan begini? Ia cukup mengaibkan,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) semasa sesi debat menjawab soalan Jabatan Perdana Menteri di Parlimen di sini semalam.
Chua semasa persidangan tahunan MCA pada hujung minggu menyatakan negara yang mengamalkan hukuman hudud mempunyai kadar jenayah tinggi dan rakyat Malaysia bakal kehilangan 1.2 juta pekerjaan dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan sekiranya hudud dilaksanakan.
Persoalan beliau bagaimanapun dibalas Ahli Parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan (Umno) yang mempertahankan ucapan Chua.
“Dia tidak menghina agama Islam. Dia sebut pasal kerajaan bukan (agama) Islam. Kerajaan tak betul… mungkin hudud versi PAS,” kata Rahman.
Ucapan Dzulkefly bagaimanapun tidak dapat diteruskan apabila Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz (Umno) dan Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke (DAP) turut sama mencelah.
“Saya amat terkilan. Seolah (Mursyidul Am PAS) Nik Aziz (Nik Mat)membenarkan PAS merogol wanita bukan Islam. Ini kenyataan biadap. Chua Soi Lek adalah presiden MCA paling biadap dalam negara ini,” kata Loke.
Mohamad bagaimanapun mengadu kepada Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa tindakan tuduhan Loke sebagai tindakan biadap.
Pandikar Amin dalam menenangkan Dewan menasihati ahli parlimen agar tidak berpolitik di dalam Dewan Rakyat.
Sementara itu, dalam rumusannya, Dzulkefly menegaskan keperluan untuk mengambil pendirian sewajarnya dan mahu Jakim tegaskan pendiriannya terhadap Chua.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Black Arrow permalink
    October 26, 2012 3:23 am

    Pemimpin UMNO mempertahankan Chua Soi Lek yang telah menghina Islam. UMNO juara Melayu dan Islam?! Habislah cam ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: