Skip to content

Kerjasama Pakatan berpaksi Tahaluf Siyasi – Presiden PAS

October 14, 2012

FMT Staff | October 14, 2012 

PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa hubungan PAS dengan parti lain (PKR dan DAP) dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf Siyasi yang berpandukan nas Al Quran dan As Sunnah.

“Pakatan Rakyat adalah satu pemuafakatan politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam,” kata beliau dalam blog rasminya.

Menurut Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang -undang tubuhnya (Perlembagaan).

“Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan Umno,” tegas beliau.

Ujarnya, “begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen Barisan Nasional (BN) yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Katanya, PAS bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat.

“PAS bekerjasama dalam menentang amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, hingga menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah,” tambahnya.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak tahu membezakan di antara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam.
Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.

Justeru itu, beliau menasihatkan ahli dan penyokong PAS supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik.

PAS katanya tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah.

“Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhianatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Beliau memetik pesanan Rasulullah S.A.W.: “Sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.”

“Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali,” ujar beliau.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Black Arrow permalink
    October 14, 2012 4:05 am

    Dengan hujahan dan penerangan dari Ustaz Abdul Hadi Awang diatas, maka tidak perlu lagi dipertikaikan kerjasama erat yang wujud diantara PAS dengan DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: