Skip to content

Umno terdesak tamatkan sistem kroni AP CPO?

October 13, 2012

Keputusan Cabinet semalam (Jumaat) untuk menurunkan cukai ekspot minyak sawit mentah (CPO) dan menamatkan quota AP penjualan CPO, pastinya mengizinkan pelbagai pihak, khasnya pengilang penapis kelapa sawit (refiners) menarik nafas lega. Betulkah Najib akhirnya berani merungkaikan amalan kronisme-‘rentier’ ini?

Tajuk ini adalah sebahagian dari isu-isu yang saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan Belanjawaan saya pada hari Khamis lalu, yang mendedahkan serta mendesak kerajaan supaya segera mengambil tindakan menamatkan pemberian AP ini kepada syarikat-syarikat ‘tertentu’ yang dulunya diberikan AP tanpa duti ekspot sebanyak 3 juta metrik tan CPO.

Saya telah tegaskan dalam perbahasan bahawa Kementerian Perladangan dan Komoditi mesti mengubah ke struktur duti ekspot yang rendah, fleksibel dan terbuka supaya semua syarikat yang terlibat dalam perdagangan CPO di Malaysia akan menjadi berdaya saing berbanding pesaing utama Indonesia. Malaysia sebelum ini mengenakan duti ekspot 23 peratus yang tidak fleksible atas CPOnya, berbanding Indonesia yang bukan sahaja serendah 13.5 peratus tetapi mempunyai regim duti ekspot yang fleksible mengikut pergerakan harga CPO dunia.

Krisis isu penapisan minyak sawit ini bermula pada bulan Oktober tahun lepas. Seharusnya masalah ini di selesaikan secepat mungkin, tetapi Kementerian gagal mengambil apa-apa tidakan selama 10 bulan. Menjadi lebih parah lagi apabila dua bulan lalu, Kementerian bertindak dengan meningkatkan jumlah kuota AP minyak sawit sebanyak 2 juta metric tan lagi.

Peningkatan AP minyak sawit CPO ini memburukan lagi situasi yang sudah sedia parah. Ini disebabkan kebanyakkan kuota diberi kepada syarikat syarikat yang memang tak berupaya untuk menjual CPO. Penambahan 2 juta metrik tan CPO kepada pasaran yang sudah lembap nyata gagal menarik minat pembeli-pembeli baru. Menteri Tan Sri Bernard Dompok minggu lalu mengakui dalam penerangangnya kepada media bahawa masih ada 2.5 juta metrik tan AP yang tak terjual.

Malah penambahan AP ini telah menyebabkan satu situasi dimana CPO tidak dapat di hantar kepada pembeli kerana tangki-tangki minyak sawit di loji-loji penapisan dan pelabuhan-pelabuhan sudah sesak penuh dengan minyak kelapa sawit yang telah diproses, tetapi tak terjual.

Kesesakan logisitik ini mencetuskan satu “backlog” yang bukan sahaja “mencekik” industri hilir tetapi telah merebak ke industri huluan serentak menyebabkan rantaian bekalan lumpuh (choked the supply chain). Ramai pengusaha sawit termasuk Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) dan pengusaha kilang sawit bahawa tangki-tangki di kilang sawit (oil mills) kini sudah pun dekat penuh, dan pengeluar dan peneroka yang menjual buah tandan sawit segar FFB (fresh fruit bunches) dipaksa untuk menjual buah-buahan mereka kepada pengilang dengan harga murah dan dengan diskaun.

Ramai pemerhati industri sawit juga percaya bahawa dasar penambahan 2 juta AP tanpa duti ekspot ini adalah factor utama yang menyebabkan kejatuhan harga CPO yang mendadak baru-baru ini.

Dalam perbahasan Belanjawaan saya tekankan betapa kerajaan Umno-BN terus-terusan enggan dan tidak bersedia merungkaikan system monopoli, sistem ‘rentier’ atau kronisme yang sebenarnya beperanan mengherot pasaran yang menjadikan ia tidak efisien dan berkesan. Sistem monopoli secara jelasnya adalah petualang besar yang merosakkan pasaran sekaligus, meningkatkan pelbagai kos saraan hidup. Monopoli dan memberi keutamaan kepda kroni dalam pelbagai urus-tadbir perniagaan termasuk beras, gula, telekomunikasi, akhbar, penerbangan, media satelit seperti Astro, lessen teksi, dll, secara langsung meningkatkan harga pelbagai produk dan perkhidmatan dan kesan akhirnya mengurangkan pendapatan boleh berbelanja mereka (reduce disposable income).

Atas nama ketelusan dan kebertangungjawaban saya juga mendesak Kementerian mendedahkan nama-nama penerima AP yang telah mendapat menfaat dari sistem pemberian hak menjual tanpa duti ekspot disamping yang merupakan the big-boys (KLK, IOI, Kwantas, FELDA, United Plantation) yang telah diberikan AP dahulu untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kompetitif kerana mempunyai kilang penapis di luar negara.

Persoalannya siapakah pihak penerima AP penjualan CPO yang lain. Benarkah bahawa senarai ini adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)? Mengapakah ia perludibawah perlindungan AKTA OSA? Benarkah seperti didakwa sesetengah pihak bahawa ada penerima AP CPO ini, seperti juga AP kereta, yang tidak ada apa-apa pengopersian kilang penapis mahupun “network” marketing global, tetapi diberikan AP hampir 600 ribu metrik tan setahun setiap syarikat dan membuat keuntungan ratusan jutaan atas perniagaan seperti ini. Berapa jutakah diberikan kembali kepada penguasa politik pemerintah dalam urus-tadbir yang mengherot pasaran ini, desak pelbagai pihak?

Persoalan kedua, meskipun bersifat teknikal, adalah mengapakah perlu tunggu sehingga awal tahun depan untuk merungkaikan sistem AP yang jelas telah mencekik industry dan rakyat dinegara ini? Dua bulan lebih adalah masa yang panjang yang akan memburukkan lagi keadaan backlog yang telah “stroke”kan seluruh “supply chain” komoditi ini. Apa yang ditunggu lagi oleh Kerajaan Najib-BN ini? Apakah takut kepada kroni-kroni akan nazak? Atau nak tunggu ‘pemberian wang PRU’ mengikut sesetengah pihak yang tajam mengkritik amalan ‘kronisme’ ini?

Jelasnya ketika berlaku pertentangan kepentingan, Umno-BN lebih mementingkan kroninya dari membela rakyat, peneroka, pengusaha dan membantu membangunkan industri-industi di negara ini.

Masa untuk merobah dan menamatkan kesemua kebejatan dan kebobrokan urus-tadbir kewangan dan pembangunan yang mengorbankan rakyat dan membela kroni telah sampai!

Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. Black Arrow permalink
    October 14, 2012 2:22 am

    Bukti yang amat jelas bahawa Government Transformation Programme telah gagal.

  2. tan tanjong bungah permalink
    October 14, 2012 1:52 pm

    Hi semua,

    AP kereta, AP CPO, dan lain-lain AP hanya untuk memberikan manfaat dan untung kepada UMNOputera, BNputera dan kroni-kroni mereka! Tanpa perlu bersaing mereka inilah yang menjadi semakin kaya dan rakyatlah yang menghadapi kesukaran demi kesukaran telah kenaikan harga barangan samada yang boleh dimakan atau tidak. Rakyat jelatalah yang dibebankan oleh amalan UMNO Baru itu! Bagi menghentikan pelbagai bentuk korupsi dan kronisme, INI KALILAH untuk memberi mandat kepada PR dalam PRU 13 bagi menggantikan sebuah kerajaan pimpinan UMNO Baru yang begitu lama sudah korup!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: