Skip to content

Talam oh Talam, senjata makan tuan!

September 19, 2012
Dzulkefly Ahmad, 19 Sep 2012 (Harakahdaily)

Kenyataan TPM Tan Sri Mahyuddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan kembali Selangor dengan Talam adalah sangat melucukan. Bukan sahaja Dato Chua Tee Yong (CTY) dan DS Ir Mohd Zin keliru tentang ‘Talam Debt Recovery Exercise’ (Pelan Pungutan Hutang Talam) ini, kini TPM Malaysia pun turut dikelirukan mereka berdua ini.

 Dalam kekeliruannya CTY pernah mendakwa Kerajaan Selangor menggunakan dana rakyat Selangor sebanyak RM1 bilion dan Mohd Zain dengan segala ‘kejahilan’nya mempopularkan istilah “Talam-Gate’. Sekarang Mahyuddin nak guna ini isu Hutang Talam ini sebagai resipi dan formula kemenangan.

Saya mahu jelaskan hanya beberapa isu dahulu secara khusus sebab terlalu banyak yang hendak diDEDAHkan bersabit kebingungan TPM dan Umno-MC-BN ini.

Pertama

Ya, seluruh rakyat Selangor perlu tahu bahawa dalam pemerintahan Umno-BN di Selangor dulu lah, Pemaju Talam Corporation (kini namanya Trinity Corporation) mendapat pelbagai projek pembangunan dari kerajaan mantan MB Dato Seri Khair Toyo sehingga menadapat jolokan panggilan “Super-Crony Selangor’ bawah Khair Toyo.

Pada waktu-waktu ‘kecemasan’nya yang sedang mengalami tekanan dari Bursa Saham supaya melunaskan hutang-hutangnya (dan disenaraikan sebagai syarikat (PLC) di bawah PN17 (Practice Note 17), tahukah rakyat Selangor bahawa Talam Corp memilikki ‘Land Bank’ sejumlah 7000 ekar! Itu jumlah yang amat besar.

Rakyat Selangor perlu tahu siapa yang berhutang? Macam cerita air percuma di pilihnanraya kecil di Hulu Selangor, ada rakyat Selangor yang faham bahawa air percuma diberikanoleh kerajaan Persekutuan. Jadi hutang ini bukan sebab kami kerajaan Pakatan. Tapi zaman Khair Toyo lagi bahkan ada yang dakwa Talam telah menjadi kroni MB lebih awal dari itu.

Usaha pertama adalah menentukan Hutang-hutang Talam Corporation ini (Confirmation of Debt). Berapa jumlahnya dan kepada pihak mana?

Talam berhutang kepada berhutang kepada 3 anak syarikat negeri atas pelbagai sebab dan kegagalan melaksanakan projek bersama (JV) dengan PNSB (RM28.2 juta), PIYSB (RM248.7 juta -Unisel) dan KHSB (RM115.1 juta). Mudah sungguh mendapat tanah di zaman Umno-BN, belum mula pun kerja tanah sudah diberikan. Jumlah hutang setelah diaudit ialah RM392 juta!

Kedua

Berjayakah Umno pungut hutang-hutang ini dalam pemerintahan Khair Toyo?

TIDAK! Umno GAGAL memungut hutang Talam walaupun RM 1juta dan tidak juga RM1 setelah mendakwa mereka MENCUBA sebanyak TIGA kali (2005, 2007 dan2008). Kenyataan dan hakikat KEGAGALAN ini mesti diberitahu kepada seluruh rakyat Selangor! Persoalan kenapa GAGAL? Rakyat Selangor mesti persoalkan mereka KENAPA mereka GAGAL! Beban itu seterusnya ditanggong oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil aleh pemerintahan selepas PRU ke-13.

Ketiga

Apa yang berjaya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan? Berapa banyak yang dapat dipungut kembali?

Setelah audit dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Pengesahan Hutang Talam dibuat (Confirmation of Debt), “Kerajaan Selangor telah memasukki dua perjanjian untuk mendapatkan Talam membayar hutang mereka (yakni Debt Settlement Agreement-DSA  dan Global Settlement Act – GSA).

Proses yang dilakukan inilah yang sangat tidak difahami oleh CTY (MCA) dan Ir Mohd Zin (Umno) dan kini TPM sendiri. Tugas pertama adalah untuk memindahkan hutang dari anak-anak kerajaan negeri ke Menteri Besar Incorporated (MBI). Perpindahan ke tangan Menteri Besar Incoroprated (MBI) berlaku dengan cara proses ‘Round-Tripping’ melibatkan anak syarikat Selangor Industrial Corporation (SIC) yang setelah meminjam RM392 juta dari CIMB, kemudiannya membayar kepada kerajaan negeri untuk memilikki hutang-hutang itu dari 3 anak syarikatnya.

Dengan duit bayaran tersebut kerajaan negeri kemudian meluluskan penggunaan wang RM392 juta itu di Dewan Undangan Negeri untuk MBI (Menteri Besar Inc) membeli hutang tersebut dari SIC. SIC membayar kembali RM392 juta yang di pinjam dari CIMB. Itulah dia berakhirnya ‘Round-Tripping tadi ketika SIC bayarbalik RM392 juta yang dipinjam dari CIMB! Mana ada lagi wang rakyat Selangor yang CTY, Md Zain dan TPM dakwa diguna?. Jangan sampai rakyat kata mereka ‘Bengap’ pulak. Akauantan, engineer dan kini seorang TPM. Tak manis!

MBI kemudian memulakan proses “Pungutan Hutang” dari Talam.

Keempat

Berapakah yang dibayar Talam kepada kerajaan negeri dan dalam bentuk apakah bayaran tersebut?

Talam membayar dalam 4 bentuk. i. RM340.88 million tanah dan asset: 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million, 400 ekar di Ulu Yam and 60% equity dalam saham Ulu Yam Golf & Country Resort dengannilai RM22.2 million, 134 ekar tanah di Danau Putra berharga RM52.1 million and 5 unit ofis di Menara Pandan bernilai RM11.1 million.

Selebihnya yang berjumlah RM51.12 million dibayar dalam bentuk tunai : RM12 million dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 million ‘cash assignments’ dari EON, RM7.68 juta kerja ‘earthwork di Unisel, RM9.04 juta dari jualan 25.94 ekar dari tanah di Bukit Beruntung, and RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya.

Kesimpulan

Kenyataan rasmi dari KPMG adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah ‘a sound business decision’ – ‘satu keputusan yang bijak’.

Satu ‘bailout’ adalah ditakrif dalam disiplin kewangan sebagai ‘bantuan kewangan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang sakit atau akan mengalami kebankrapan seperti kes Perwaja, IWK dan MAS yangdiberikan suntikan berbillion RM oleh kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak membayar walaupun RM 1 kepada Talam sebaliknya Talam Corp dan tidak juga kepada ketiga-tiga anak syarikatnya. Sebaliknya Talam telah melunaskan (membayar) semua hutang berjumlah RM 392 juta kepada kerajaan negeri.

Umno-BN mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah ini dan penilaiannya sementara mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak “Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan Persekutuan! Tiga keeping Tanah Danau Putra yang ditertawakan oleh Ir Mohd Zin kerana 80% dibawah air, telah selesai dijual dan mendapat pulangan yang diharapkan. Engineer ini memang ‘tak cerdik’ sebab lupa akan hakikat tanah bawah air yang kini menyaksikan kehebatan ‘The Mines’ dan ‘Sunway Lagoon’ dengan ‘Gross Development Value’ -GDV- yang berlipat ganda dari harga pembelian tanah.

Lebih penting lagi, kini kerajaan Pakatan dapat kembali sebanyak 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million dan 400 ekar di Ulu Yam. Tanah adalah sangat berharga dan tidak boleh di’gadaikan’kepada pihak swasta dan kroni mana-mana penguasa politik! Itu pengkhianatan terhadap rakyat di negeri dan negara ini namanya!

Jelasnya TPM gagal memahami seluruh proses “Pungutan Hutang Talam” dan kini berdepan dengan kenyataan beliau akan dimalukan seandainya Talam mahu dijadikan resipi dan formula untuk memenangi dan merampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya, Umno-BN lah ‘pengkhianat’sebenar kepada rakyat Selangor yang i. telah memberikan kepada segala ‘pemberian tanah secara MUDAH’, ii. Gagal memungut Hutang pihak pemaju yang merupakan ‘super-kroni MCA’ dan mantan MB Umno itu. iii. mentohmah kami dalam usaha memungut hutang Talam. iv. mendapatkan kembali hampir sejumlah 4 ribu ekar tanah untuk rakyat Selangor dari Talam.

Sangat Memalukan Tipu Belit Umno-MCA ini!

Inilah resepi yang hendak digunakan oleh TPM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang menyelamatkan Wang Rakyat Selangor! 

*Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Kalau berminat bacalah : https://drdzul.com/2012/07/05/talams-debt-r…cise-revisited/

Advertisements
5 Comments leave one →
  1. Dunia ini macam-macam permalink
    September 19, 2012 2:29 am

    Hi YB Dzul
    Kau tahu. Boss Talam adalah crony rapat MIKE TYSON- ketua gang samseng dari Ulu Selangor. Pada zaman mike tyson, ketua penipu TALAM itu dapat banyak tanah kerajaan. Ketua penipu itu adalah Cina yg kuat agama Kristian. Kuat tipu tapi bilang sendiri sebagai kuat ugama. Lucu sungguh.

    Pada zaman Dr Gigi palsu itu, sudah ada kroni baru dengan nama syarikat Sempit Daun. Haha

  2. 1 hilang permalink
    September 19, 2012 7:38 am

    habis – hilang oh hilang– mana lembu– semua dah hilang lah

  3. Black Arrow permalink
    September 19, 2012 9:16 am

    Terlalu banyak penyelewengan telah berlaku! Masih lagi hendak beri undi kepada ‘syaitan yang dikenali’?!

  4. nikabhafiz permalink
    September 19, 2012 11:26 am

    kindly correct some typos in the writing for better understanding of it.
    tks.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: