Skip to content

Tahniah KWSP! ‘Pintar Membeli’! Banyak mana lagi?

September 12, 2012
Sementara saya sangat berpuas hati, selaku pencarum, bahawa KWSP bijak mengurus wang pencen saya dengan mengikuti ‘prinsip keramat pelaburan’ ‘buy low, sell high’, saya hendak peringatkan badan pengurus dana terbesar di negara ini, sampai bila akan mereka teruskan dengan pembelian ini?
KWSP sebagai salah satu ‘pelabur asas’ FGVH, telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 % pada 4 Julai kepada 7.02 %.
Jelasnya, harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong mengalami kejatuhan lebih teruk akibat kebimbangan harga komoditi ini. KL Kepong turun 4% dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya 1% berbanding FGV yang turunsebanyak 12 %.

Terdahulu FGV telah mengalami penurunan keuntungan sebanyak 32.5 % berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings.

GFV juga telah diketahui memilikki pokok-pokok kelapa sawit tua sebanyak 53 % daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit danantara yang tertinggi dalam industri. Penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih banyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang.

Disamping faktor-faktor perhitungan ‘penilaian risiko atau risk assessment’ dalaman dan luaran serta unjuran keuntungan dan jangkaan aliran tunai  atau projected cashflow, pencarum kini ingin tahu apakah perhitungan strategik yang menjadi rasional atau sebab mengapa panel pelaburan KWSP terus-terusan membeli saham -saham FGV ini, disamping menjalankan ‘national service’, mungkin seperti di arah penguasa politik Umno-BN? (saya mengagak saja).
Ingat amanah dan tanggungjawab kepada Pencarum-Rakyat dan bukan Penguasa Politik saja!
________________________________________________________________

KWSP beli lebih banyak unit saham FGV

Oleh Lee Wei Lian (TMI)
September 12, 2012

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli 2.2 juta saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) lagi oleh kerana harga saham gergasi perladangan jatuh menjunam lagi semalam sebelum pulih sedikit meningkat lima sen lebih tinggi.

Saham FGVH semalam tidak terlepas turun ke bawah harga jualan institusi sebanyak RM4.55 semalam, menjunam 11 sen dari harga pembukaan rendah RM4.57, sebelum pulih kepada RM4.73 pada akhir hari dagangan.

KWSP adalah salah satu pelabur asas FGVH dan telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus semalam.

Pengumpulan saham FGVH walaupun menurun sejak dua bulan lalu menyebabkan sesetengah pemerhati pasaran menganggap bahawa dana pencen terbesar di negara ini membantu untuk menaikkan saham kumpulan perladangan.

Harga FGVH juga membimbangkan beberapa peneroka Felda yang telah diberi pilihan untuk membeli saham pada harga runcit IPO pada RM4.45.

Dilaporkan pada 29 Ogos, kerajaan memperolehi peruntukan RM360.7 juta oleh Felda untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka sepenuhnya.

Peruntukan itu menyebabkan peneroka bebas daripada perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang mereka ambil untuk membeli saham dan peneroka akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.

Harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong.

Walaupun saham-saham perladangan telah berada di bawah tekanan disebabkan kebimbangan mengenai harga minyak sawit yang lebih rendah, KL Kepong turun kira-kira empat peratus dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya kira-kira satu peratus berbanding dengan FGVH yang telah jatuh kira-kira 12 peratus.

FGVH melaporkan keuntungan mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings.

Kumpulan itu juga berhadapan dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih benyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang.

FGVH juga dilaporkan mengalami kerugian dari segi produktiviti tan sehektar yang disenaraikan sebagai ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama di Malaysia.

Harga minyak sawit juga dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat oleh kerana stok penimbal Malaysia kekal tinggi dan negara ini juga menghadapi persaingan untuk eksport dari Indonesia.

Sesetengah penganalisis walaubagaimanapun mengambil perhatian bahawa FGVH menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Joe Black permalink
    September 12, 2012 2:16 am

    Di harap KWSP tidak akan meneruskan pembelian saham FGV atas dasar Politik kerana ianya akan membawa padah kerana kemungkinan KWSP menjadi mangsa pelabur pelabur lain atau syndicate yang akan mengambil kesempatan untuk meraut untung atas dasar pelaburan KWSP!

    Joe Black

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: