Skip to content

Meningkat daya saing negara?: Tangani bersama ‘Penagihan Tegar’ Umno-BN.

September 11, 2012

Dzulkefly Ahmad (TMI)

SEPT 11 — Ketika kedudukan daya-saing global (Global Competitive Report, GCR) dilaporkan oleh World Economic Forum (WEF) dalam kajian Global Competitiveness Index (GCI), melonjak dari tangga ke  25 tahun 2010 ke tangga 21 untuk tahun 2011 yakni peningkatan 5 mata, PEMANDU segera membuat kenyataan bahawa program Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan telah Berjaya menatijahkan prestasi yang baik.

Dalam laporan GCI terkini, bukan sahaja Malaysia tidak dapat mengekalkan kekdudukannya pada tangga ke-21, bahkan telah jatuh 4 anak tangga ke kedudukan 25 sekaligus meletakkan prestasinya lebih rendah dari kedudukannya berbanding sebelum PEMANDU melancarkan program GTP dan ETPnya.

Seperti PEMANDU telah mensabitkan kejayaan prestasinya  dahulu kepada GTP dan ETP, beranikah PEMANDU terangkan kepada rakyat kenyataan bahawa GTP dan ETP yang dikendali PEMANDU telah jelasnya Gagal menambahbaik prestasi daya-saing Negara bahkan sebaliknya menyebabkan penurunannya?

PEMANDU yang merupakan kunci penggerak Agenda Transformasi Kerajaan Najib-BN kini, mesti bertanggung jawab menjelaskan apakah dan sebab apakah kejatuhan ini berlaku sekaligus menunjukkan dan mengesahkan bahawa dakwaan Pakatan dan pihak NGOs dan analysts, ada kebenarannya.

Metodologi Laporan GCI ini menggunakan 30% data statistik dengan 33 kriteria, 70 per cent data kajian (survey) dengan 78 kriteria dari pungutan pandangan pihak Eksekutif.

Laporan ini juga menekankan aspek factor-faktor pengkeupayaan (enabling factors) yang mampu menjana pertumbuhan yang mapan dan bersifat jangka–sederhana dan jauh dengan menggunakan 11 tunggak kritikal (pillars) dengan 111 indikator penting.

Dengan pencapaian yang tidak memberansangkan ini, rakyat ingin tahu apa lagi dari kelemahan GTP dan ETP yang menjadikan ianya tidak mampu menjana daya-saing yang diharapkan Najib dan pemimpin Umno-BN kini?

Lebih khusus lagi, Malaysia mengalami kejatuhan dalam 77 indikator dan penambahbaikan dalam 48 indikator dengan 23 tidak berganjak atas apa jua sebabnya. Kejatuhan markah Malaysia dari 5.08 dalam tahun  2011 kepada 5.06 tahun ini mengakibatkan juga Malaysia dipintas oleh beberapa Negara seperti Korea, Luxembourg, NewZeland dan UAE.

Sementara kita bersedia mengiktiraf PEMANDU dalam apa yang jua yang baik di segi pencapaian negara (dalam laporan ini), namun yang ketara ialah lebih banyak perkara-perkara menyinggung ekonomi dan program transformasi kerajaan, yang nampaknya menunjukkan kemerosotan daya-saing.

Baca seterusnya……

Advertisements
3 Comments leave one →
  1. September 11, 2012 5:08 am

    […] “Najib dan BN tidak akan belajar untuk mengalami serta menghayati ‘Reformasi Sebenar’ selagi mereka tidak dikalahkan dalam satu pilihanraya kerana jelasnya keputusan PRU ke-12 belum cukup parah untuk mengajar mereka“.[…]

    Nak kena guna rotan besar-besar ke apa?

    Saya kurang faham asas, kaedah atau corak pengurusan birokrasi kerajaan. Misalnya kita jerit & teriak tentang integrasi sistem komputer & maklumat tapi perlu gajikan McKInsey dan Idris Jala nak buat urut. Mana PhD yg banyak-banyak tu?

    Yang sedia difahami urut tradisyunal pun perlu kepakaran. Yang ketara dan menjolok mata sekali ,,,buat rakyat muntah nampak seolah-olah tak ada pengurusan yg setengah baik pun. Kalau tahu PDRM buat bohong, bagaimana nak pertahankan data dan indesis jenayah? Dari mana nak dapat kepakaran kalau dari Universiti banyak plagiarist dan ada pemimpin mereka pak turut & PhD celup?

    Bila saja ada barang baru konon keluar banyak spin dan spunk dan mulut berbuih.

    Ni kena rotan besar-besar GE13! Atau rejam semua setan tu?

  2. KL Man permalink
    September 11, 2012 5:27 am

    Dr, tak ada gunanya kamu jerit sampai bernafas susah sebab dia orang ni tak peduli langsung. kita tunggu besok semua suratkhabar mereka akan utamakan konon satu lagi berita terbaik negara.Setahun ni dah macam macam best best berita di siarkan tapi kita masih tak ada duit dalam poket sebelum bulan akhir. Dah penatlah dr.

  3. Black Arrow permalink
    September 12, 2012 12:34 am

    Puak yang jahat ni dah peka. Tak akan dengar suara keluhan rakyat. Undi saja Pakatan Rakyat – itulah jalan penyelesaiannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: