Skip to content

Manakah Prestasi K’jaan Pilihan Rakyat: Isu Talam vs NFC?

September 6, 2012

 

1.Sejak 3 Julai lalu, Dato Chua Tee Yong (CTY) telah melontarkan pelbagai tuduhan jahat terhadap kerajaaan negeri di bawah kepimpinan TS Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri telah menggunakan dana negeri untuk membayar pemaju Talam Corporation RM1 bilion dengan membeli hartanah Talam dengan harga yang tinggi sekaligus menyelamatkan Talam dari kebankrapan. Mereka juga membuat tuduhan tidak berasas bahawa akibat dari pembelian asset-aset hartanah ini Talam terselamat dari digantung dari Bursa Malaysia.

2. Kami telah buktikan bahawa dakwaan tentang Talam yang mengalami permasalahan hutang dan tersenarai sebagai syarikat PN17 (bermasalah hutang), sebenarnya telah lebih awal sebelum kegiatan ‘Kutipan Semula Hutang-Debt Recovery Exercise’, meregulasasikan (menysusun semula) pembayaran hutang dan telah dapat mengeluarkan syarikat itu dari tersenarai sebagai syraikat PN17 alamBursa Malaysia.

3. Namun CTY dan kuncu-kuncunya dalam Umno termasuk Ir Mohd Zain yang menggelar kes ini sebagai ‘TalamGate’ dan juga kawannya Noh Omar tidak henti-henti membuat kenyataan tentang kononnya kerajaan negeri telah melakukan satu ‘bailout’ dan ‘merompak’ duit rakyat sebanayk RM1 bilion.

4. Langkah bijak yang dijalankan oleh MB Selangor dengan melibat salah sebuah 5 firma audit antarabansga terbesar yakni KPMG untuk menjalankan satu siasatan ‘due diligence’ ke atas seluruh usaha yang ‘mengutip semula hutang-debt recovery exercise’, yang disebut sebagai ‘rund-tripping dalam bahasa kewangan. Ini adalah bersesuaian dengan prinisp keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban yang didokongi kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.

5. KPMG telah didedahkan semua dokumen untuk mereka lakukan ‘due diligence’ yang menyeluruh supaya rakyat dan pembayar cukai berpuas hati dengan prestasi dan kegiatan menyelematkan dana kerajaan negeri.

6. Semalam KPMG telah secara rasmi membuat pengisytiharan bahawa “Kerajaan Selangor telah memasukki dua perjanjian untuk melunaskan hutang Talam (Debt Settlement Agreement) bagi memboleh kerajaan negeri mendapat jumlah hutang Talam yakni balik RM392 juta, di mana pembayaran kepada kerajaan negeri adalah dalam pelbagai bentuk (termasuk tunai, assignment hutang, assets- tanah, hartanah, saham).

7. Kerajaan negeri kemudian memasukki satu perjanjian Global Settlement Agreement, (GSA), yang memberikan kedudukan yang baik untuk kerajaan negeri mendapat baik hutang, seandainya Talam mengalami kebankrapan.

8. Yang pentingnya adalah KPMG menegesahkan bahawa tiada bayaran yang dibuat kepada Talam, seperti tuduhan jahat yang dibuat oleh CTY dan kawan2nya. Satu ‘bailout adalah ditakrif dalam kewangan sebagai ‘bantuan kewangan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang sakit atau akan mengalami kebankrapan sepert kes Perwaja, IWK dan MAS yang diberikan suntikan berbillion RM oleh kerajaan Pusat.

9. Yang lebih penting juga KPMG mengesahkan bahawa semua yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah dalam memenuhi kepentingan rakyat negeri Selangor dan ianya telus dan juga kerajaan negeri tidak mengalami apa jua kerugian seperti yang lazim dilakukan dalam amalan kewangan korporat bahawa pihak kreditor (pemberi hutang) terpaksa menanggung sedikit kerugian dengan bahasa ‘hair-cut’.

10. Adalah amat memalukan MCA dan BN bahawa CTY masih lagi membuat insinuasi terhadap dapatanKPMG kononnya firma auditor ini tidak diberikan scope kerja yang menyeluruh dan pendedahan dokumen yang mencukupi dan cuba menyamakan keadaan ini dengan skandal Enron dan firma auditor Arthur Anderson.

11. Kami bertiga sebagai MP Paktan Rakyat (Yb Tony Pua, YB William Leong dan saya) yang dilantik sebagai jurucakap rasmi Kerajaan Negeri Selangor dalam kes Talam ini, bersedia mengundang Datuk CTY dan kawan2 Umnonya untuk samada memilih Debat atau Wacana supaya isu dakwaan jahat mereka dapat kita tangani secara terbuka dan bersemuka, seandainya mereka masih tidak faham lagi atau mahu mempertikaian apa jua tindakan kerajaan negeri.

12. Kami juga dengan ini, mencabar dan menuntut PM Najib dan TPM Mahyuddin mendedahkan dapatan kajian Pricewaterhousecooper (PwC) terhadap siasatan yang dibuat oleh firma audit antarabangsa itu ke atas Scandal RM 250 juta NFC, seperti mana yang telah kerajaan negeri Selangor secara terbuka dedahkan untuk tatapan semua rakyat dalam kes Talam Corporation.

13. Jelas bagi rakyat kini, Siapa yang Mengota Kata atau ‘Walk The Talk’ dan siapa yang sebenarnya tidak memenuhi slogannya sendiri ‘Janji DiTepati? Ataukah benar kata anak muda Janji DiCepati saja?

14. Masa untuk Berubah telah sampai….

Dr Dzulkefly Ahmad, Yb Tony Pua dan Yb William Leong

(Jurucakap Rasmi Kerajaan Negeri Selangor atas Isu Talam Corp).

Advertisements
3 Comments leave one →
  1. Mohd Jalil b Sany permalink
    September 7, 2012 12:51 am

    Strategi debt settlement yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim jelas dan terbukti baik bagi rakyat Negeri Selangor.Apa taknya,hutang sekian banyak yang ditinggalkan oleh BN dan tak dikutip sekian lama,kini dapat dikutip dan digunakan bagi memakmorkan rakyat melalui MES dan sebagainya.Jadi kita tak perlu write -off sumber yang besar seperti itu.
    Oleh itu, rancangan berdebat diLabis,kubu kuat CTY dan kuncu-kuncunya itu, adalah amat dialu-alukan dan disokong.

  2. Black Arrow permalink
    September 7, 2012 1:23 am

    The PM should answer all the tough questions put to him.

  3. Leong Gan permalink
    September 7, 2012 2:09 am

    The PR state government should be commended for such swift and excellent action taken in recovering the huge & long-outstanding debts owed by TALAM. It set-off the debts by exchanging with lands & property taken back from TALAM, so when did Selangor Government paid cash for ‘debts’? If she had waited & that TALAM went burst, then instead it would be blamed for non action taken. Instead of solving the woes faced by Birdnest farmers, etc under his ministry, CTY has nothing to do but barking on accusation which is misleading.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: