Skip to content

EDL: Najib laksana program Buku Jingga

September 4, 2012

Harakahdaily,04 Sep 2012

(Kawasan pembangunan EDL di Johor)

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk membeli balik Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor Baru daripada MRCB bagi menyelesaikan isu tol yang bakal dikenakan MRCB di lebuh raya itu disambut baik oleh Pakatan Rakyat dan rakyat amnya.

Namun, ia disifatkan pelaksanaan kepada program Buku Jingga yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat telah beberapa kali membuat penegasan dalam Buku Jingga bahawa pembelian balik tol dan penamatan konsesi kepada pemilik konsesi lebuhraya adalah satu dasar yang manasabah dilakukan.

“Kerap kami dituduh bahawa dengan dasar dan polisi Pakatan Rakyat Negara akan bankrap. Kebelakangan ini, Najib-BN kerap meniru kami tanpa segan–silu,” kata Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad.

Meskipun kos serta terma pembelian semula balik ini hanya akan diketahui sebelum hujung tahun ini, Dr Dzulkefly (gambar) mengingatkan kerajaan supaya jangan mengambil kesempatan ini untuk melakukan satu pembayaran pampasan terhadap MRCB dengan keuntungan yang lumayan sekaligus mengorbankan kepentingan pembayar cukai dan rakyat.

EDL yang dibangunkan menerusi anak syarikat milik penuhnya, MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd (MLSSB) kepada kerajaan dalam usaha menyelesaikan isu berhubung kadar tolnya.

Isu EDL, yang dibuka 1 April lalu, menjadi bualan hangat susulan kadar tol yang bakal dikenakan ke atas pengguna jalan raya untuk pergi dan balik dari Singapura adalah RM15.30.

PAS mahukan kerajaan bertindak telus dan bertanggungjawab dalam hal pengurusan kewangan Negara dan tanggungjawab fidusiarinya, kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Menurut beliau, kerajaan mesti bersedia untuk mendedahkan terma perjanjian dengan EDL kerana ia pernah dilakukan oleh mantan Menteri Kerja Raya dahulu.

Pampasan mesti mengambil kira nilai pembinanaan lebuhraya tersebut dengan 12 peratus pulangan faedah kepada capital dan pinjaman (sukuk) setiap tahun kepada ‘shareholders’ yang telah dilaburkan, katanya.

Membayar lebih dari yang sepatutnya, seperti yang dilakukan sebelum ini, adalah jelas bercanggah dengan slogan Najib untuk mendahulukan rakyat dari pihak bisnes tambahan kalau kroni pulak, tambahnya.

“Kami mahukan Najib melaksanakan slogan dan retoriknya yang mahu janji ditepati. Najib terdesak untuk meniru dan melaksanakan dasar dasar Pakatan seperti termaktub dalam BUku Jingga, namun belum ada kepastian bahawa beliau akan komited untuk benat-benar melaksanakannya
samapai kehujung ataukah hanya sekadar untuk ‘kosmetik’ dan ‘window dressing’ atau solekan sahaja,” tambah beliau.

“Apakah Najib akan benar-benar telus dalam mengamalkan ‘transparency’ seebenarnya dalam mengharungi tahap-tahap penilaian seterusnya dalam pemberian penyambungan generasi Penjana Tenaga Bebas (IPP) generasi pertama dan IPP generasi baru?” soalnya.

Beliau seterusnya mempersoalkan, bersediakah EC dan Najib telus dalam pengendalian pemberian kontrak konsesi IPP dan kesemua ini.

“Apakah akan berulang peristiwa buruk pemberian kontrak dalam hal LRT Ampang kepada Konsortium George Kent dan sedikit waktu dahulu pemberian kontrak dalam kes MRT Sungai Buloh-Kajang?” soalnya bimbang.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Black Arrow permalink
    September 5, 2012 1:33 am

    Tiru idea Pakatan Rakyat bererti beliau tiada idea lah, tu. Dulu ada orang BN kata idea Pakatan Rakyat akan membankrapkan negara. Siapa yang kebankrapan idea pula?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: