Skip to content

Dalam Menangani Hudud PAS Memaknakan “Muwajahah Silmiyah”

August 26, 2012

Hadi: PAS akan laksana Hudud ikut saluran demokrasi

(Demokrasi adalah proses rakyat-pengundi membuat keputusan dan pilihan berdasarkan maklumat dan pengetahuan. Bagi memenangkan perlaksanaan Hudud yang terkekang dengan Akta Mahkamah Syariah, 1965, Parlimen mesti meminda dan memansuhkan peruntukan Akta ini sehingga ‘Uqubah-Hukuman’ dalam jenayah Hudud dan Qisas tidak dibataskan dengan formula ‘3-5-6’. Pindaan Perlembagaan (Constitutional Amendments) memerlukan 2/3 majoriti. Ada pun meminda atau memansuhkan Akta2 dan peruntukannya hanya memerlukan majoriti mudah (simple majority).

Persoalannya bagaimana untuk memenangi hati-budi dan keyakinan ahli parlimen -samada Islam atau bukan-Islam atau PAS-PR atau pun Umno-BN? Tentunya dengan mereka difahamkan dan diyakinkan dengan penegtahuan-ilmu bersabit Kelebihan Undang-Undang Jenayah Islam. Lalu, amat menasabah proposisi dan gesaan bahawa “Kefahaman” dan “Pengetahuan” rakyat merupakan antara syarat (syurut musbaqah) terpenting untuk benar-benar secara komited menyaksikan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 akhirnya ditaqnin(legislate-undang-undangkan) dan ditatbiqkan (dilaksanakan).

Maka pastinya amat menasabah mengesyorkan Kefahaman, Pendidikan dan Pengetahuan tentang Hudud yang dipolemikkan begini rupa dan ada pulak yang sengaja menguhurukan pemikiran rakyat dengan isu ini, memerlukan satu pendekatan yang menggemblengkan seluruh tenaga ummat – kepimpinan parti politik, NGOs, para ulama, ilmuan akademik dan sbnya.

Yang penting mesti wujud I’tiqad dan azam untuk sama mendukungi dan memenangkan titah dan taklif Allah SWT ini. Inilah cabaran “Islamists” yang mengambil pentas ‘Demokrasi’ sebagai pendekatan ‘Muwajah Silmiyah’ (Pertarungan Secara Aman-Sejahtera- Demokrasi) dalam proses Islah dan Tajdid.

Tak ramai yang faham dan tuntutan laras bahasa dan pertarungan melalui demokrasi ini.Presiden menyerlahkan penghayatan dan komitmen yang sangat JELAS dan BERANI dalam kenyataan ini. Inilah komitmen semua Gerakan Islam mutakhir ini – samada Al-Ikhwan Al-Muslimun di Timur Tengah – Mesir, Tunisia dan Morocco atau PKS di Indonesia dsbnya.

Dunia sedang memerhatikan gelagat ‘Islamists’ yang mereka mendakwa mengambil pentas Demokrasi tetapi apabila melafazkan konsep perubahan tidak tahu ‘bagaimana peraturannya’ untuk memenangkan Agenda Perubahan Islamists mereka!

PAS, dengan segala rendah hati kita nyatakan, sedikit mendahului ‘Tajribah Islamists” (Islamists Experimentation) dalam keterlibatannya dalam Demokrasi…selama demokrasi itu sihat, bebas, adil dan berfungsi.) – Dr Dzul.

Harakahdaily   25 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada.

Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu.
Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.”PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.”Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung parti itu petang ini.Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.(Kalau DAP tak mahu terima (hudud), tak apa. Sebab itu Allah menurunkan surah Al-Maidah yang mana pada ketika itu, orang Yahudi dan kafir tidak menyokong Islam dan Allah turunkan ayat itu. (Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju dia ada hak. Dan itulah demokrasi. Kita sokong demokrasi. Tetapi PAS tidak akan berhenti. Hudud merupakan kewajipan orang Islam,” katanya lagi. – laporan versi Malaysiakini)“Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan.”Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat,” katanya.Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu.

Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.

“Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.

“Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan,” katanya.

 

 

Advertisements
11 Comments leave one →
  1. Black Arrow permalink
    August 26, 2012 1:04 am

    Adalah tugas UMNO sebagai sebuah parti yang selalu menguar-uarkan bahawa mereka memperjuangkan Islam untuk melaksana Hukum Hudud.

    • Mohamad permalink
      August 26, 2012 9:50 am

      Ingat nak buat sesuatu undang-undang itu senang ke? Malahan ini melibatkan hukum yang membawa maruah Islam, perlu dilaksanakan dengan teratur dan tersusun supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari. Seperti yang diterangkan oleh Datuk Mustapha Mohamad hari ni dalam Sinar Harian, PAS jenis tak berfikir dengan waras, jenis tak rasional, jenis buta tuli, hendak buat hudud perlukan perancangan, dan semua perkara yang perlu diselesaikan sebelum hudud boleh dilaksanakan. Perbuatan PAS ini seperti membuat rumah di kawasan paya, tak tambak dah tanah, terus buat rumah, akhirnya rumah terjerlus ke dalam paya, beginilah pemikiran pelik pimpinan PAS yang beralagak pandai, tapi menyerlahkan kepandiran mereka. Nak buat hudud itu saya pun sokong, tapi kena selesaikan segala keperluan untuk membolehkan hudud dilaksanakan secara teratur dan tersusun, bukannya bila dah timbul masalah, terkial-kial nak cari penyelesaian pula.

      Apa pun PAS secara rasmi telah menolak hudud bila Presiden PAS iaitu Hadi Awang yang mewakili PAS telah menandatangani Kenyataan Bersama Penipu Rakyat untuk membuang hudud dari Penipu Rakyat, oleh sebab PAS sebahagian dari Penipu Rakyat, maka perbuatan Penipu Rakyat membuang hudud bermakna PAS juga membuang hudud, bukan setakat hudud, dengan negara Islam pun PAS sudah lempar entah ke mana.

      Saya mencabar Hadi Awang selaku Presiden PAS yang sudah wakili PAS membuang hudud sebelum ini bila dia tandatangan Kenyataan Bersama Penipu Rakya itu, supaya Hadi Awang membakar dokumen Kenyataan Bersama Penipu Rakyat di khalayak ramai dan disiarkan di dalam media untuk membuktikan Hadi Awang dan PAS benar-benar konsisten dengan hudud dan negara Islam, kalau sekadar menyalak sesama korang je apa gunanya, semua ni drama politik sajalah, sebab hakikatnya PAS begitu takut terhadap DAP, kerana PAS sudah dikuasai oleh DAP, sebab itulah semasa PAS memecat Dr. Hasan Ali yang begitu konsisten membela Islam, itu adalah arahan DAP, sebab DAP tak suka Hasan Ali, diorang suru PAS pecat beliau. Boleh PAS terangkan apakah kesalahan Dr. Hasan Ali hingga digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan kemudiannya dipecat dari PAS itu? Apakah Dr. Hasan Ali pernah ditangkap dalam bilik hotel nombor 121 dengan perempuan bukan mahram dan berdua-duaan saja? Apakah ada video Dr. Hasan Ali tengah membalun Chinadoll? Adakah Dr. Hasan Ali pernah didakwa di mahkamah atas dakwaan meliwat dan berusaha untuk menggagalkan kes sebanyak lebih dari 60 kali? Silalah jawab PAS kalau korang dipihak yang benar.

      Blah la, Penipu Rakyat komunis!

      PRU 13 undilah Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanah air.

      • Mohamad permalink
        August 27, 2012 5:41 am

        PAS sudah keliru antara perjuangan agama dengan nafsu serakah politik. Apa tidaknya mereka kerana dengkikan UMNO dan iri hati dengan kejayaan UMNO menjayakan orang bumiputera/Islam dan negara ini melalui Barisan Nasional hinggakan PAS sanggup jadi anjing suruhan DAP menyalak ke hulu ke hilir tanpa mempedulikan kepentingan bangsa dan agama, lihatlah sekarang ini PAS sudah membuang hudud dan negara Islam melalui Kenyataan Bersama Penipu Rakyat yang ditandatangani oleh PAS yang diwakili oleh Hadi Awang sebelum ini. Itu semua kerana PAS adalah anjing DAP, apa saja kehendak nafsu serakah DAP semuanya diikuti oleh PAS. Sekarang PAS berdrama pula dengan nak buat hudud pula, ini kerana PAS sudah gelisah dengan penentang orang bumiputera/Islam terhadap PAS hingga PAS mengutip balik hudud yang telah PAS buang sebelum ini kerana DAP. Pimpinan PAS menyalak sesama mereka berkenaan hudud, tapi di hadapan DAP semua pimpinan PAS kecut perut dan menikus tak tentu arah takut kepada DAP sajalah.

        Blah la, PAS Pengecut!

        PAS Bacul!

        PAS Penakut!

        PAS sekadar anjing suruhan DAP sajalah dalam Penipu Rakyat, PAS memang tak guna , PAS memang tak bermaruah, PAS pondan, PAS bapuk, kemaluan PAS telah kena potong oleh DAP, PAS sudah tiada kemaluan, PAS sudah lembik, tak guna, sebab itulah PAS tidak berani berhadapan secara bertentangan dengan DAP, PAS tidak berani membuat sidang media berkenaan hudud dan negara Islam, nyatakan pendirian rasmi PAS berhubung keduukan hudud dan negara Islam dalam Penipu Rakayt yang juga dianggotai oleh PAS itu. PAS tidak akan berani meminta supaya hudud dijadikan agenda Penipu Rakyat sebab PAS sendiri mana ada tempat dalam Penipu Rakyat, sekadar menjadi anjing suruhan kepada DAP sajalah, itulah kedudukan PAS yang begitu hina dalam Penipu Rakyat, tapi PAS rela diperanjingkan dan diperbabikan sebegitu rupa kerana PAS dengki kepada UMNO dan mengharapkan belas ihsan DAP untuk tujuan itu kerana DAP pun dekngki kepada UMNO kerana UMNO adalah benteng orang bumiputera dan Islam di negara ini. PAS pula kemaruk kuasa dan dengki tak berkesudahan kepada UMNO kerana PAS jenis bangang, tapi UMNO berkelayakan tinggi.

        Blah la, Penipu Rakyat komunis!

        PRU 13 undilah Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanah air.

    • Mohamad permalink
      August 29, 2012 4:13 pm

      Bila masa pula Barisan Nasional hudud, tidak melaksanakan bukan bermakna menolak hudud, puak PAS tidak memahami istilah, tidak dapat menilai antara menolak dan tidak melaksanakan atas sebab tertentu. Jangan tuduh Barisan Nasional tidak mahu hudud, sedangkan sebenarnya PAS sendiri sudah menolak hudud apabila Hadi Awang, Presiden PAS menandatangani Kenyataan Bersama Penipu Rakyat membuang hudud dan negara Islam keluar dari agenda Penipu Rakyat yang juga dianggotai oleh PAS itu macam mana pula? Kamu semua hanya tahu menyalahkan orang, sedangkan kamu semua sendiri tiada jalan penyelesaian terbaik kerana kaedah perlaksanaan hudud yang dicanangkan oleh PAS itu sendiri mengelirukan kerana banyak lompong-lompong untuk si pelaku kesalah melepaskan diri selain kekeliruan dalam jenayah bersama yang dilakukan oleh orang Islam dan bukan Islam atau jenayah yang dilakukan oleh orang Islam terhadap orang bukan Islam serta jenayah bukan Islam terhadap orang Islam, itu bagaimana kaedah untuk penghukumannya? Alasan yang diberikan oleh puak PAS adalah bukan Islam ikut undang-undang sivil dan orang Islam ikut undang-undang hudud, tapi dari aspek keadilan itu sendiri bangaimana pula? Apakah ini mengikut keadilan yang dituntut oleh Islam? Keadaan ini juga akan mengelirukan, malahan kadar penentuan kesalahan, kaedah untuk menilai penyabitan dalam penghukuman sesuatu kes pun tidak jelas dalam hudud ala PAS itu, sila lihat sendiri enakmen hudud PAS Kelantan 1993 dan hudud PAS Terengganu 2003 yang kedua-duanya pun ada percanggahan, ini apa cerita? Jangan bermain-main dengan perlaksanaan undang-undang malahan melibatkan hukum Allah kerana kalau tersalah cara pengendaliannya, ini akan mencetuskan masalah, menyebabkan ketidak adilan, dan ini boleh memburukkan imej Islam itu sendiri, puak PAS jenis semberono sesuka hati berbuat itu dan ini tanpa menilai secara mendalam keperluan-keperluan lain yang perlu dalam perlaksanaan hudud. Pemikiran pimpinan PAS terlalu singkat dalam banyak perkara, hanya melihat kepada permukaan, tetapi tidak menyelami isi dan dasar sesuatu perkara itu, kerana mereka tidak menilai semua sudut, tetapi mengambil satu sudut saja dan abaikan sudut-sudut lain yang tidak dapat ditangani oleh mereka sendiri.

      PAS jangan terlalu melampau mempolitikkan agama hingga akhirnya PAS sendiri yang keliru antara politik PAS dengan agama Islam itu sendiri. Lihatlah sikap PAS yang melihat semua perkara termasuk agama dari sudut politik adalah suatu yang tidak patut, sebab itulah saya menyatakan PAS sudah terlalu teruk hingga tidak tahu menilai mana satu perkara agama dan mana satu perkara politik kerana mereka sendiri telah keliru dengan diri mereka sendiri. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka.

      Apa yang jelas PAS sudah jadi anjing suruhan DAP.

      Penipu Rakyat sememangya komunis!

      PRU 13 undilah Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanah air.

  2. awang permalink
    August 27, 2012 2:21 am

    Amat mendukacitakan Sdr Mohamad berhujjah seperti Abu Jahal dan kuncu-kuncu kaum mushrikin dan munafiqin yang menentang dakwah Nabi Muhammad SAW 1400tahun lalu.

    Kalau PAS dituduh tidak ada perancangan dan strategi dalam usaha untuk melaksanakan syariat Allah SWT, cuba jelaskan apa perancangan dan strategi UMNO-BN yang telah lebih 50tahun berkuasa memerintah negara dlm usaha melaksanakan syariat Allah SWT?

    • Mohamad permalink
      August 27, 2012 11:56 am

      Siapa yang Abu Jahal wahai Awang? Strategi PAS mendenya? Strategi PAS adalah untuk memburukkan UMNO, itu sajalah, kerana PAS memang dengki dengan UMNO, PAS iri hati terhadap kejayaan UMNO menjayakan negara ini menjadi negara yang maju dan makmur sejahtera.

      Berkenaan sumbangan UMNO terhadap Islam, kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO telah mempertahankan kedudukan Islam dan bumiputera supaya terpelihara dari gangguan pihak yang mahu mengganggunya. Malahan kedudukan Islam di negara ini adalah lebih baik dari di Indonesia yang punya orang Islam lebih ramai dari negara ini, di Malaysia ada jabatan-jabatan khusus untuk pembangunan Islam, malahah ada mahkamah syariah untuk kepentingan umat Islam, di Indonesia tak ada macam ni, hanya di Acheh saja yang ada. Jadi janganlah kamu hendak memperkecilkan usaha Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO dalam usaha-usaha memartabatkan Islam, kerana di Malaysia sendiri segala aspek Islam dijaga hinggakan makan minum pun di jaga bila jabatan agama Islam di negeri-negeri dan juga JAKIM memantau makanan dan minuman di pasaran supaya benar-benar mengikut syariat Islam, di negara lain pun tak ada macam di Malaysia yang begitu menjaga Islam dalam semua aspek.

      Berhubung isu hudud, janganlah menuduh kerajaan Barisan Nasional menentang hudud kerana tak ada pun kenyataan dari pihak kerajaan yang menentang hudud. Isu hudud ini isu yang besar, Barisan Nasional melihat daripada semua aspek yang perlu disediakan untuk menjadikan hudud sebagai undang-undang negara. Malahan dalam menjalankan undang-undang, macam mana kalau banyak sangat undang-undang ada yang sivil ada yang hudud, kemudian kejadian jenayah bersilang seperti sekumpulan perompak yang ketuanya bukan Islam dan pengikutnya pula Islam, bila ditangkap, nak buat hukuman macam mana, ini perlukan pencerahan, ada puak PAS kata yang bukan Islam tu ikut undang-undang sivil, yang Islam tu ikut undang-undang hudud, jadi pertikaian di sini adalah kalau macam itu maka yang bukan Islam itu hanyalah dipenjarakan, tetapi yang Islam itu dipotong tangannya. Malahan timbul pula isu dari segi pendidikan berkenaan hudud itu sendiri, kalaulah yang melakukan rompakan itu jenis yang tak bersekolah, jenis yang tak tahu adab, tak tahu hukum hakam agama, nak hukum macam mana pula sedangkan dia jahil dari segi hukum hakam agama? Dalam Islam, semua aspek perlu dilihat sebelum hukuman dijalankan, bukannya pakai main hentam saja kerana Islam sangat mementingkan keadilan, sebab itulah dalam hudud, terlalu sukar untuk menghukum seseorang selagi tiada bukti yang betul-betul kukuh dan sebab-sebab yang begitu kukuh untuk menyabitkan sesuatu kesalahan itu. Puak PAS tak memikirkan perkara ini, mereka hanya suka-suka hati nak buat itu dan ini, bila timbul masalah mereka akan dengan senang-senang menuduh kepada kerajaan Barisan Nasional, inilah sikap PAS yang sejak dulu hingga sekarang tak berubah-ubah, bersikap tidak bertanggungjawab kerana PAS memang tidak bertanggung jawab dan jenis sambil lewa sebab itulah PAS gagal selama ini kerana parti yang gagal seperti PAS tidak dipercayai oleh orang ramai, sebab itu orang ramai pilih UMNO dan Barisan Nasional yang teratur, tersusun dalam tindakan hingga berjaya menghasilkan banyak kejayaan untuk negara dan rakyat demi agama, bangsa dan tanah air.

      Apa pun PAS sudah MENOLAK hudud dan negara Islam bila PAS yang diwakili oleh Hadi Awang, Presiden PAS telah menandatangani Kenyataan Bersama Penipu Rakyat yang menolak hudud dan negara Islam keluar dari agenda Penipu Rakyat yang mana PAS adalah sebahagian dari Penipu Rakyat itu sendiri. PAS sendiri sudah tandatangan Kenyataan Bersama itu dengan DAP dan PKR, jadi janganlah nak bermuka-muka lagi, PAS memang dah tolak hudud dan negara Islam, itu sangat jelas, tak percaya sila pi tanya Hadi Awang, dia sendiri yang wakili PAS tandatangan Kenyataan Bersama Penipu Rakyat yang tolak hudud dan negara Islam keluar dari agenda Penipu Rakyat, itu sangat jelas.

      Blah la, PAS anjing suruhan DAP!

      Blahla, Penipu Rakyat komunis!

      PRU 13 undilah Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanah air.

      • penegak HUKUM ISLAM permalink
        August 27, 2012 3:30 pm

        hanya barisan nasional sahaja menolak hukum hudud.. so fikir-fikir kan lah. Jikalau kerajaan BN benar2 hendak menegak hukum Islam kenapa tidak dipanggil ulama-ulama cerdik pandai dalam agama mengetuai hukum hudud? persoalannya kenapa hukum hudud Islam diperlekeh kan dalam akhbar harian dan MCA mencaci hukum hudud seperti menghina Islam. Dimanakah hak awak sebagai UMAT ISLAM untuk HUKUM ALLAh? AKU AKAN UNDI PAS DAN BERHARAP HUKUM TERLAKSANA JUA AKHIRNYA. BN hidup dengan rasuah dan merompak harta rakyat.

      • August 28, 2012 10:01 am

        Sdr Mohamad,Nik Aziz menjelaskan, enakmen tersebut digubal dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Almarhum Datuk Seri Setia Prof Dr Mahmud Saedon Awang Othman.

        Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Datuk Hasbullah Mohd Hassan, Datuk Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Baca lagi kat sini – http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/08/hudud-tidak-perlu-dipolemikan.html

  3. August 28, 2012 3:11 am

    […]”…perlu dilaksanakan dengan teratur dan tersusun supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari. Seperti yang diterangkan oleh Datuk Mustapha Mohamad hari ni dalam Sinar Harian, PAS jenis tak berfikir dengan waras, jenis tak rasional, jenis buta tuli, hendak buat hudud perlukan perancangan, dan semua perkara yang perlu diselesaikan sebelum hudud boleh dilaksanakan….” […] – Mohamad

    Kadang2 sukar difahami budaya org Malaysia Muslim am. Yang jelas kpd semua adalah governance yg buruk berleluasa. Jika Datuk Mustapha tersangkut dengan perbuatan seorang “Ulama” yg membuat fatwa berlatarbelakangkan bantuan RM2.0m, banyak mana ilmu perlu untuk menilainya? Apa bukti budaya pentadbiran baik yang terlibat dengannya? Kalau Datuk Mustapha tiada penglibatan langsung dan tidak bersalah, tak kan dia tak sedar, dengan tabiat urus baiknya kemudian gagal meniliti tugas yg melibatkan perkata itu? Dengan skandal Fatwa ini? Jika pun ada pemimpin UMNO yg baik, budaya buruk mereka hanya “menajiskan” semua!

    Kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dlm petikan Harakah rasional dan dalam perbandingan, tindakan Kerajaan bersabit isyu itu seolah kebudak-budakan dan memalukan diri!

    Dah tiba masanya bagi kita menguasai hidup dan destini kita dengan keupayaan kita yg juga anugerah Tuhan. Perbuatan “baik” dan positif adalah sanjungan terhadap anugerah ini!

  4. jauhar permalink
    August 29, 2012 6:48 am

    Percayalah jika kamu tolong agama allah,allah akan tolong kamu. Cepat ke lambat insya allah hudud akan wujud di negara ini yg penting niat dan cara kita hendak buat.

  5. Mohamad permalink
    August 29, 2012 4:33 pm

    Jauhar, kalau menolong Allah dengan memurnikan agama itu adalah suatu yang baik, tapi kalau mempolitikkan agama demi kepentingan diri, itu merosakkan orang ramai dan merosakkan agama sajalah. Lihatlah sikap PAS yang keterlaluan mempergunakan agama untuk kepentingan diri, mereka berpakaian kononnya alim, tapi kelakuan mereka berdemontrasi liar hingga menyusahkan orang ramai, malahan membuat hukum hakam sesat lagi mengelirukan seperti demontrasi sama seperti solat jemaah dan menunaikan haji kerana hendak menghasut orang ramai terlibat dengan demontrasi liar seperti BERSHIT 3. baru-baru ini adalah suatu yang sangat memalukan, merosakkan pemikiran masyarakat, mengelirukan masyarakat, itu adalah sikap yang sangat tidak bertanggungjawab yang diamalkan oleh PAS. PAS bukannya berpolitik untuk kepentingan agama, tapi mempergunakan agama untuk kepentingan politik kerana sikap PAS sendiri lebih mementingkan politik melebihi segala-galanya hingga sanggup menjadi anjing suruhan DAP kerana politik kedengkian terhadap UMNO adalah sangat memalukan dan sangat keji. Lihat sajalah perdebatan antara Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya dengan Nasruddin Tantawi ketua pemuda PAS, di pihak UMNO melalui Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya berhujah atas perspektif Islam dan kepentingan Islam serta kepentingan umat Islam, tetapi lihatlah Nasruddin Tantawi yang lebih gemar berpolitik, semua benda dia politikkan, hinggakan sanggup beri kenyataan mengelirukan mengenai hudud dan DAP hingga mencetuskan polemik ini antara PAS dan DAP bila Karpal Singh dan DAP jelas menentang keras hudud dan negara Islam.

    Apakah PAS hendak berpolitik untuk kepentingan agama atau memperalatkan agama untuk kepentingan politik? Lihat situasi ini:

    1. PAS menyokong kuat penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dalam penerbitan mereka sedangkan perkara ini membahayakan umat Islam yang kurang pengetahuan agama mereka hingga terpesong, PAS begitu bangga membela DAP yang hendak kalimah Allah digunakan oleh penerbitan majalah keagamaan bukan Islam sedangkan kalimah Allah itu begitu suci tetapi dibenarkan oleh PAS untuk terjerumus ke lembah kesyirikan bila Allah yang esa disamakan dengan tuhan-tuhan palsu orang bukan Islam, apa ini semua?

    2. PAS sibuk berpolitik siang dan malam, dalam ceramah politik, penceramah PAS gemar memetik ayat Al-Quran yang dipotong di sana sini untuk memburukkan UMNO, misalnya kerjasama politik UMNO dengan MIC dan MCA pada tahun 1950an telah dijadikan modal politik oleh PAS untuk memburukkan UMNO kononnya haram kerjasama politik UMNO dengan MIC dan MCA walaupun MIC dan MCA tidak menentang usaha kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional dalam membangunkan Islam dan bumiputera. Tapi lihatlah sekarang ini kerana begitu dengki dengan UMNO hingga sanggup jadi anjing suruhan DAP, boleh pula PAS kerjasama dengan DAP yang menentang hudud dan negara Islam serta bersikap tidak suka dengan pembangunan Islam dan bumiputera, apa cerita ini semua? Sekarang ini jadi halal dengan PAS memetik ayat Al-Quran yang lain pula, kerana kepentingan politik mereka, beginilah PAS yang gemar mempolitikkan agama demi kepentingan politik kedengkian mereka.

    Bertaubatlah, insaflah. Malahan rakyat patut sedar bahawa Penipu Rakyat ini memang jenis komunis kerana cara dan sikap mereka adalah sikap komunis, sila teliti dengan mendalam, maka semua orang akan sedar bahawa Penipu Rakyat ini memang jenis komunis disebabkan cara berpolitik mereka yang sebijik dengan cara komunis yang menggunakan kaedah menghancurkan perpaduan serta mencetuskan kekacauan untuk meraih populariti politik dengan politik hasutan dan demontrasi liar. Berhati-hatilah, dengan golongan komunis seperti Penipu Rakyat ini, jauhilah mereka demi agama, bangsa dan tanah air.

    PAS anjing suruhan DAP!

    Penipu Rakyat komunis!

    PRU 13 undilah Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanah air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: