Skip to content

Pakatan Rakyat Media Statement on Genocide in Myanmar

August 14, 2012

Pakatan Rakyat Media Statement

14 August 2012

 


Malaysia must protest genocide in Myanmar

Cognizant of the fact that human rights forms the foundation of an international community that is just, equitable and civilized; and

Holding firm to the principles of human rights as enshrined in the Universal Declaration of Human Rights;

Pakatan Rakyat condemns the current genocide of Rohingyas in Myanmar and urges it to be stopped.

The international community must act urgently and never allow diplomatic cover to be an excuse for  inaction as the lessons of past genocides in Bosnia and Rwanda clearly showed that only quick international attention and intervention at the earliest stage would be effective.

Pakatan Rakyat calls upon the Prime Minister Najib to take the following immediate actions:

a. Demand that Myanmar takes immediate action to stop the genocide and allow the international community to provide direct assistance to the victims;

b. Demand ASEAN to call for Myanmar to stop this genocide immediately. Malaysia was instrumental in having Myanmar be a member of ASEAN since 1997.

c. Demand China, where Malaysia has a pioneering close to 40 year diplomatic relationship, and the United States of America, which has begun removing economic sanctions because of the political reforms in Myanmar, to intervene and actively advice Myanmar to protect all minorities and stop the genocide;

d. Demand Bangladesh who has a strong relationship with Malaysia including an estimated 500,000 Bangladesh citizens working in Malaysia to provide pressure on Myanmar and to immediately open her borders to provide relief aid to the victims;

e. Demand OIC where Najib is currently attending the extraordinary summit in Mecca to make a joint-statement calling for the United Nation’s Security Council Article 35 (as Pakistan, Morocco, Azerbaijan and Togo are currently members on the Security Council) to intervene immediately.

f. Demand Najib request the National Fatwa Council to issue a fatwa on any government that fails to protect minority rights and facilitates racism and genocide as to provide the moral and spiritual argument to garner public support for Malaysia’s leadership in stopping the genocide in Myanmar and around the world for that matter.

Malaysia must act fast and decisively as not only has Najib declared Malaysia is the ‘Best Democracy’ in the world but also as an exemplary Islamic country with UMNO as the largest muslim party in the world to prove that all his statements are true and not false. The time to show moral leadership is now.

Nurul Izzah Anwar, Member of Parliament for Lembah Pantai
Liew Chin Tong, Member of Parliament for Bukit Bendera
Dr Dzulkefly Ahmad, Member of Parliament for Kuala Selangor

_____________________________________________________________________________________________________________________

Kenyataan Media Pakatan Rakyat
14 Ogos 2012

Malaysia mesti bantah pembunuhan kaum di Myanmar

Memahami bahawa hak asasi manusia adalah batu asas kepada masyarakat antarabangsa yang adil, saksama dan bertamadun; dan

Memegang teguh kepada dasar-dasar hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat;

Pakatan Rakyat mengecam pembunuhan kaum Rohingya di Myanmar yang berlaku pada masa ini dan menuntut ia dihentikan serta-merta.

Masyarakat antarabangsa mesti bertindak pantas dan jangan mengguna alasan diplomatik untuk tidak bertindak kerana dari pengajaran dari pembunuhan kaum di Bosnia dan Rwanda jelas menunjukkan bahawa hanya tindakan pantas masyarakat antarabangsa seawal mungkin akan mendatangkan hasil.

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak untuk mengambil langkah-langkah berikut:

a. Menuntut kerajaan Myanmar mengambil tindakan serta-merta untuk menghentikan pembunuhan kaum dan membenarkan masyarakat antarabangsa untuk memberi bantuan kemanusiaan terus kepada mangsa-mangsa;

b. Menuntut ASEAN mengarahkan kerajaan Myanmar menghentikan pembunuhan kaum ini serta-merta. Malaysia memainkan peranan penting dalam membolehkan Myanmar menjadi anggota ASEAN sejak 1997;

c. Menuntut negara China, yang mana Malaysia telah mempunyai hubungan diplomatik lebih 40 tahun, dan Amerika Syarikat, yang mula melonggarkan sekatan ekonomi kerana reformasi politik di Myanmar, untuk campur tangan dan memberi nasihat kepada Myanmar untuk melindungi semua golongan minoriti dan menghentikan pembunuhan kaum;

d. Menuntut negara Bangladesh yang mempunyai talian diplomatik yang kuat dengan Malaysia termasuklah kehadiran yang dianggarkan lebih 500,000 warga Bangladesh di Malaysia untuk mendesak Myanmar membuka sempadan dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tersebut;

e. Menuntut OIC di mana DS Najib sedang menyertai perjumpaan di Mekah untuk mengeluarkan kenyataan bersama menggesa Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (di mana Pakistan, Maghribi, Azerbaijan dan Togo adalah ahli Majlis Keselamatan) di bawah Perkara 35 untuk campur tangan dengan serta-merta;

f. Menuntut DS Najib menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa yang mengatakan mana-mana kerajaan yang gagal melindungi kumpulan minoriti dan menyemarakkan semangat perkauman serta pembunuhan kaum di Myanmar dan seluruh dunia.

Malaysia wajib bertindak pantas kerana bukan sahaja DS Najib telah menobatkan Malaysia sebagai mempunyai ‘Demokrasi Terbaik’ di dunia malah ianya sebuah negara contoh dengan UMNO sebagai parti pemerintah yang terbesar di dunia untuk membuktikan kenyataan beliau itu benar dan tidak palsu. Masa untuk menunjukkan kepimpinan moral sudah tiba.

Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai
Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera
Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Advertisements
4 Comments leave one →
  1. zik permalink
    August 14, 2012 6:21 am

    DR,

    Boleh tak PAKATAN lebih agresif perjuangkan isu antarabangsa selain sekadar wat media statement! Boleh tak mintak DSAI dan Haji Hadi dan LKS pergi jumpa Junta tentera dan mereka hentikan this nonsense!!Saya mintak ni sebab saya dah tau Najib dan Umno memang tak bleh harap dalam isu2 spt ni!

  2. Azman permalink
    August 14, 2012 7:58 am

    Dr,

    saya fikir skrg ni Pakatan tak byk kemampuan. Utk pressure pemimpin Pakatan yg pergi ke sana agak tidak munasabah. kecuali Pakatan dah jadi kerajaan.

    sepatutnya PM atau TPM atau Menteri Luar Malaysia yg kena buat perkara itu, walaupun terlambat sebab Turki sudahpun memulakannya. tetapi belum terlambat, sebab kerajaan Malaysia memang rapat dengan kerajaan Myanmar. bulan Mei 2012 ni, kerajaan Malaysia banyak sign perjanjian dan MOUs dgn Myanmar.

    Kerajaan Malaysia juga ada banyak kepentingan ekonomi di Myanmar, terutama Petronas dalam bidang oil n gas.
    “Malaysia has been a friend of Myanmar for a long time. “kata Tok Pa Kelate
    http://www.matrade.gov.my/en/about-matrade/media/speeches/speeches-2012/2084-welcoming-remarks-for-roundtable-meeting-betwwen-malaysia-and-myanmar-07-may-2012

  3. Rahim permalink
    August 14, 2012 8:01 am

    sepatutnya kemarin kita berdemo di Wisma Putra Malaysia atau di depan pejabat Perdana Menteri

  4. KL Man permalink
    August 14, 2012 9:05 am

    YB, i kinda agree with zik…..you can’t naively depend on them to lead by good example. PR can prove leadership in local and international crisis by start talking directly to the relevant parties as mentioned here. At the least we rakyat will be impressed and grateful for such initiative, whatever the outcome.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: